Selasa, 29 Mei 2012

Kahwin awal

Kahwin awal??huhu sape yang tanakk kawen wehh...tapi kawen awal nie ade baik and buruknya.yang pastinya kahwin awal nie dapat mengelakkan diri dari fitnah serta dapat menjaga kehormatan diri.sekarang memang trend orang kawen awal kan?kawan-kawan aku yang sebaya dgn aku pon dah ramai yang kahwin.buat aku nak kahwin jugak je..hahaha tapi parents aku tak bagi kahwin awal.diowg suruh aku belajar dulu..tapi kalau jodoh dah sampai nak buat macam mana ann..??huhuhu

Kahwin awal nie banyak cabaran.kena berani pikul tanggungjawab,isteri kena layan suami dgn baik.kena bahagikan masa antara belajar dgn kerja rumah..suami kena beri nafkah kepada isteri.haihhh kalau nak kahwin sekarang mmg kena pikir sedalam-dalamnya..

kadang-kadang aku terpikir kalaulah aku kahwin sekarang kan..macam mana la kehidupan aku ann.macam mana la rupa suami aku?bahagiakah aku?hahahaha berangan kuat.

sebenarnya tak salah pon kahwin awal nie..Islam pun memang menggalakkan kahwin awal nie..sebab perkahwinan yang menghalalkan yang haram..sebelum kahwin tak buleh pegang2 tangan,nak bertentangan mata pun tak buleh tapi kalau dah nikah semua tu dapat pahala lagi tu...

 Rasulullah s.a.w bersabda: “Tiga perkara yang jangan dilambat-lambatkan, iaitu solat apabila telah masuk waktunya, jenazah apabila telah siap (urusan mandi dan kafan) dan anak gadis setelah ditemui (pasangan) yang sesuai untuknya.” – (H.R. Tirmidzi)


ramai yang kahwin awal tapi bahagia je..haaaa so kahwin muda bukanlah satu masalah..huhuhu :)

Ahad, 27 Mei 2012

Aku hanya wanita biasa

Kepadamu yang akan menjadi pendampingku kelak..
Terima kasih kerana telah memilihku di antara ribuan bidadari di luar sana yang siap untuk engkau pilih..
padahal kau tahu,aku hanya wanita biasa,yang sangat jauh dari sempurna.
kerana aku ingin kau tahu aku bukanlah wanita yang sempurna,
aku begitu banyak kekurangan,maka ketahuilah.

kepadamu yang akan memilihku kelak..

aku tak sebijak siti khadijah,
kerananya ku ingin kau tahu,aku bisa saja berbuat salah dan begitu menyebalkan kamu.
maka ku bermohon padamu,jangan marah padaku,nasihati aku dengan hikmah,kerana bagiku kaulah pemimpinku.
igtlah,tak selamanya aku tampak cantik dimatamu,
ada kalanya aku akan nampak begitu kusam dan jelek.
mungkin aku sibuk menyiapkan makan untuk kau dan anak2 kita nanti.
maka aku akan tampak kotor dan berbau asap.
atau aku tak sempat berdandan untuk menyambutmu pulang dari kerja.
jadi jika esok pagi kau mendapati aku begitu letih dan ada lingkaran hitam di mataku,maka tetapkanlah tersenyum padaku,kerana kau adalah kekuatanku..

Padamu yang menjadi nahkoda dalam hidupku kelak..

ketahuilah aku tak sesabar fatimah,
ada kalanya kau akan menemukanku begitu marah,menangis dan tak terkawal,
bukan kerana aku membangkab padamu,
tapi aku hanya wanita biasa,aku juga perlukan tampat untuk menumpahkan beban dihatiku,
tempat untuk melepaskan penatku,
maka bersabarlah,yang ku perlukan hanya pelukan dan belaianmu..
kerana bagiku kau adalah titisan embun yang mampu memadamkan segala resahku..

ketahuilah...
tiap harinya,tiap jam,minit dan detiknya,
telah aku lewati dengan selalu jatuh cinta padamu..
maka,cintailah aku apa adanya aku..
jangan harapkan aku menjadi wanita sempurna..
maafkan aku kerana aku bukan puteri..
aku hanya wanita biasa

maka...terimalah aku seadanya wahai calon imamku..
insyaallah..moga kasoh sayang kita akan kekal berpanjangan sampai syurga...amin

Sabtu, 26 Mei 2012

hati wanita



Hati yang terluka umpama besi yang bengkok
walau diketuk 
ianya sukar untuk kembali ke bentuk asalnya
Parut yang tinggal lebih menyiksakan

Hati wanita ibarat sekuntum bunga
yang mudah layu jika tidak dijaga...dibelai
jagalah bunga itu agar ianya tidak mudah layu...

Jumaat, 25 Mei 2012

Senyum lahh

Bila segala perancangan kita tidak menjadi seperti yang kita harapkan,SENYUMLAH dan INGATLAH....MANUSIA hanya mampu merancang dengan cita-cita,tetapi ALLAH merancang dengan CINTA
"Harta yang paling untung adalah SABAR,
Teman yang paling akrab adalah  AMAL,
Orang yang paling MANIS adalah orang yang menghulurkan senyuman dengan ikhlas kerana selain sedekah,senyuman itu ibarat lukisan rahsia hati dan senyuman itu tidak menyakitkan tetapi menjadi penawar hati yang sakit.."

So,walau ape pon yang terjadi,kita kena tetap senyum walaupon pahitnya kehidupan nie..huhu

Sabtu, 19 Mei 2012

La tahzan (jangan bersedih)

Dan janganlah kamu (merasa) lemah,dan janganlah (pula) bersedih hati, sebab kamu paling tinggi (darjatnya),jika kamu orang yang beriman (3:319)

Jika kau merasa kecewa,pandanglah ke sungai,
airnya tetap mengalir biarpun
berjuta batu yg menghalang
Jika kau merasa sedih,
pandanglah ke langit,
kau akan sedar bahawa
ALLAH SENTIASA BERSAMAMU

kebahagiaan itu ibarat mengutip serpihan kaca...ada yg berjaya mengutip dgn banyak ada juga yg sedikit..
TETAPI tiada seorang pon yg berjaya mengutip semua..
manakalu semasa mengutip, pasti ada yg akan terluka...so kuatkan diri,cuba jadi insan yang tabahh

sebaliknya jangan bersedih...ALLAH pasti bersama dgn orang2 yang SABAR
walau ape pon yg terjadi,kita mesti redah...biarpun payah sbb kita ade ALLAH
ALLAH is the first and foremost!!!

Jangan berputus asa

Sekuat mana pun godaan yang kita hadapi,
sekuat ape pun cubaan yang harus kita jalani,
sebesar apa pun kegagalan yg kita rasai,
sejauh mana pun hari-hari yang kita lalui,
JANGAN pernah berhenti berharap pertolongan ilahi,
kerana harapan adalah masa hadapan,
kerana harapan adalah sumber kekuatan,
kerana doa adalah pintu kebaikan dan
kerana doa adalah senjata orang beriman

TRUST IN ALLAH
May ALLAH gives his help,answer solutions, and ways creating of being patient

Selasa, 15 Mei 2012

Ujian Allah satu teguran

Ada kalanya,teguran drpd ahli keluarga atau rakan menyebabkan kita marah dan enggan menerima kritikan, tetapi teguran Allah mungkin dgn cara mendatangkan musibah menimbulkan keinsafan untuk menilai kembali perkara yg kita lakukan..
Nabi SAW bersabda bermaksud:"Tidak ada sesuatu menimpa seseorang Islam sama ada kepenatan, kesakitan, kesusahan memikirkan perkara yang akan datang, kedukaan, sesuatu yang menyakiti, atau kesusahan mengingatkan apa yg berlaku sehinggakan tikaman diru mencucuknya melainkan Allah hapuskan dengan sebabnya, sebahagian dari dosanya."( Hadis riwayat abu Sa'id al-Khudri dan Abu Hurairah)..
Allah takkan beri ujian kepada hambanya jika hambanya tidak mampu untuk menanggung ujian tu.
Sebaliknya,jangan kita berputus asa berdoa supaya diberi kesabaran dan pada masa yg sama mengharapkan belas ehsan-Nya supaya dikembalikan nikmat kehidupan..

Selasa, 8 Mei 2012

Amalan utk jadi wanita solehah

Harap2 la aku dapat jadi wanita mcm nie...huuuu
Amalan-amalan itu ialah:

1. Mendirikan solat/sembahyang.
Semua manusia yang sudah mencapai umur baligh diwajibkan ke atasnya solat fardhu 5 waktu sehari semalam. Solat fardhu dengan rajin dan lakukannya juga solat sunat sebagai menampung kekurangan yg terdapat pada solat wajib itu tadi.


2. Menjaga solatnya.
Seseorang yg wajib solat dituntut juga khusyuk ketika menunaikan kewajipan itu.Selain khusyuk , menunaikan solat juga dituntut beristiqamah iaitu melakukan solat dengan berterusan mengerjakannya serta menjaga waktunya, ini bermaksud solat itu mesti di awal waktu dan tidak melengah2kan nya.


3. Bersyukur dan redha.
Manusia ini biasa mempunyai tabiat yg buruk kerana apabila ditimpakan ujian atau musibah sering mengeluh dan adakalanya seperti menyalahkan takdir. Tetapi apabila senang dan kaya sedikit mereka cepat lupa diri. Sebaiknya kita bersyukur dan redho dgn setiap pemberian Allah. Janji Allah dlm alquran, apabila kamu bersyukur aku akan tambahkan nikmat kpdmu tetapi sekiranya kamu kufur ingatlah azabku amat pedih.


4. Selalu bersedekah.
Murah hati adalah sifat yang mulia. Kehidupan akan menjadi indah dan bahagia apabila semua orang ada perasaan ingin saling bantu membantu sesama saudara seagama. Sehinggakan malaikat berdoa agar orang yg rajin memberi sedekah itu Allah swt akan gantikan dengan ganjaran yg berlipat kali ganda.


5. Menjaga maruah diri.
Untuk menjadi wanita solehah hendaklan wanita itu menjaga maruahnya dengan menutup aurat dgan betul. Memelihara diri dan kehormatannya serta menjauhi perlakuan yg boleh mendorongnya melakukan kemaksiatan dan perbuatan keji.


6. Takut murka Allah.
Wanita solehah sentiasa patuh kepada ajaran Allah dan menjauhi semua larangan Nya. Walaupun Allah tidak dapat dilihat tetapi sentiasa merasakan Allah itu Maha Melihat semua perbuatan Hambanya. Malu melakukan kejahatan dan kemaksiatan kerana takut akan azab dan pembalasan dari Allah swt.


7.Menjaga amanah.
Sebagai wanita perlulah menjaga amanah yang telah dipikulkan ke atasnya seperti amanah menjadi seorang isteri, seorang ibu, seorang pekerja dan seorang tetangga. Amanah kepada Allah, seprtia didalam surah Fatihah ” kepada Engkau kami menyembah dan kepada Engkau kami memohon pertolongan.


8. Pandai mengaji Al-Quran.
Wanita solehah selain solat, menjaga solatnya dgn istiqamah, menjaga amanah dan memelihara diri ,mestilah juga tahu mengaji Quran dan suka/sering menjadikan Quran itu sebagai sahabatnya. Kerana rumah yg tiadak diperdengarkan alunan bacaan Quran ibarat seperti sebuah kubur.!


Begitulah serba sedikit amalan untuk menjadi wanita solehah. Sebagai panduan buat semua yg bercita2 menjadi wanita solehah..InsyaAllah.