Jumaat, 10 Jun 2016

Pengalaman Menjalani Latihan Praktikal di GD Express Sdn Bhd

Assalamualaikum semua..

Hai pembaca sekalian. Selamat berpuasa semua. Haaa entry nie ditulis masa bulan puasa. That why I wish for that. Hohoho. Bila bercakap pasal puasa, teringat 2 tahun lepas pernah berpuasa semasa buat latihan industri. Mohon punya mohon, last last pilih syarikat GD Express Sdn Bhd sebagai company untuk mencarik pengalaman dalam bidang industi. Hoho.

Kalau anda baca di post saya 2 tahun lepas di latihan industri, ade yang tanya best ke praktikal kat situ, adakah di serap kerja ke tak bila dah abes. Nanti saya cerita dalam entry kali nie. Sebenarnya kalau nak mohon untuk praktikal kat sini, ada syarat nya. Sekarang GD Express ataupon Gdex ada buat dua types internship: aprentice program dan normal internship program. Zaman saya dahulu iaitu tahun 2014 satu types internship je iaitu yang normal internship tu. Antara syarat dan documents yang perlu untuk mohon ade di website diorg http://www.gdexpress.com/malaysia/careers/internship-gdex/#internHorizontalTab1  

Reason saya pilih company nie sebab firstly, elaun la. Elaun Rm900. Starting zaman saya diorang naikkan elaun. Hahaha saya jenis tak suka kalau buat keje tapi elaun takde. Memang kita praktikal je, tapi kita buat kerja mereka kan. Sah sah diorg kena bagi gaji.Tak gitu? Hehehe. Lagipon kalau ada overtime, diorg akan bagi gaji OT dan kalau sakit, korg boleh claim semula duit perubatan tapi kalau pergi klinik panel diorg la. Kalau pergi klinik lain, diorg akan cover berapa percent je tah. Lupa dah. 

Yang kedua, sebab tiap tiap minggu akan tukar department. So korang boleh merasa jugak intern dan buat keje kat department lain lain. Takde la stick kat satu department je. Kat sana banyak department, contoh, logistics, HR, Corporate affairs, Credits, Accounts, Insurance and Claim and banyak lagi la. Department tu akan di arrange oleh akak akak DPRC department iaitu kak Jiha, kak Mas dengan Amalia. Amalia tu satu team praktikal dengan saya dulu. Nanti kalau korang masuk, korang akan jumpa department nie dahulu sebab department nie yang akan arrange students practical. Mula mula masuk, akan ade meeting dulu. Usually, korang akan jumpa budak praktikal dari IPTA/IPTS yang lain. So mesti ada kawan punya la. Saya dulu memang dah ada kawan yang sama UMP dulu iaitu Haziq dengan Syafiq. 

Tapi bila asyik kena tukar department nie ada cons dia jugak. Sebab kalau korang terpaksa masuk kat department yang tak best, haaaa nasib la. Kena ngadap jugak la. Tapi kalau masuk department best, korang berpeluang ikot abang2 bawak lori tu delivery barang, pergi hub carik consigment note, tengok barang rosak, tengok operation untuk pengagihan barang pos ikot negeri. Dan korang juga perpeluang ikot night operation. Means korang kena kerja malam la. Tapi siangnya korang akan cuti. Its okay. Huhuhu

Pengalaman kat sini sepanjang 6 bulan banyak sangat. Kena marah, kena berpanas dalam stor, dalam hub tu perkara biasa. Lagi lagi puasa. Paling best masuk department POD. Kena agih consignment note. Bayangkan consignment note beribu-ribu ikot branch GDex. Best sebab akak dengan abg kat situ lawak sangat. Kalau masuk situ, memang tak kering gusi. Asyik ketawa je. Dengar diorg gosip la, gaduh la, lagi lagi kak Ida dengan abg Mus. Rindu department situ. Lagi satu SSPD. Itu bos dia hensem. Pastu kalau masuk situ, kena call customer bagitahu reason barang kenapa barang diorg tak dpt nak deliver. Abes je call, dah boleh rilek. Hahaha. Pengalaman yang tak boleh lupa pernah kena kejar anjing hitam masa nak ke department transport. Sebab situ ade anjing hitam. Haaaaa

Ada yang bertanya kepada saya, kalau praktikal kat sana, akan di serap terus kerja atau sebaliknya. Jawapan akak, bergantung kepada department yang kosong. Kalau ade kosong, dan performance korang baik, dapat serap la. Contoh macam kawan saya Amalia dapat kerja dalam bahagian DPRC sebab memang nak pakai staff dan kebetulan dia baru abes praktikal masa tu. Sebelum abes korang akan ada test. Test tu just untuk memenuhi syarat, dan ada percent untuk lulus. Kalau tak lulus, kena repeat test balik tak silap saya. Sama juga macam kerja. Nak mohon kerja kat sini pon ada test jugak. Saya dulu pernah interview kat department warehouse tapi tak dapat sebab diorg nak staff laki. Sebab kerja nie ade shif. So saya reject la. Huhu

Medical card. 
Team practical dengan akak DPRC. Dari kiri Zaid, Haziq, Syahiq,Amalia,Syafiq,Hafiz,Khalilah,Faizah.Nadia, Saya.
Depan duduk: Kak Jiha, Kak Sarah dengan Kak Mas.
Kami masa weeding Kak Mas.

Lastly dapat sijil lepas korang tamat internship. 
Okeh. Itu je rasanya pengalaman yang saya ingat kot sekarang. Sebab dah dua tahun berlalu. Sepanjang praktikal kat sini, kitorg banyak buat aktiviti bersama, antaranya gi makan steamboat, buka puasa sama sama dan banyak lagi la. Okeh, sapa yang dapat praktikal kat sana, Good luck and grab banyak banyak pengetahuan kat sana. Bila intern la korang akan merasa situasi industri yang sebenar. Bila tak tahu, jangan malu untuk bertanya. Biasa staff sana layan kita baik baik je. Huhi Adios.