Sabtu, 28 Disember 2013

Ceritera 4 Tahun Di UMP

Assalamualaikum...

Berakhir je exam petang tadi, maka setapak je lagi saya akan keluar dari UMP nie. Sekejap je masa berlalu. Selepas nie masing2 akan bawak diri. Ade yang nak kerja, ade yang nak sambung master, ade yang nak kawen, ade jugak yang rancang nak kerja sambil belajar. Tak kesah la ape pun rancangan korang semua, temann di sini sentiasa mendoakan korang berjaya dalam mencapai cita-cita korang. Huahuahua

Sekejap je masa berlalu. Betol kata mak saya, 4 tahun tu tak lama mana pun. Tup tup dah nak abes dah. Terlalu banyak kenangan kat UMP nie. Tak terkira rasanya. Lepas abes sem nie, masing2 akan pergi Latihan Industri ataupun praktikal. Maklum la, LI tak sama mcm belajar kat sini. Masing2 bawak diri pergi sana. Jumpa pun nanti time konvo je. Hohoho sedih la tu. Sedihh la jugak. Antara gambar sedikit kenangan masa kat UMP nie sepanjang 4 tahun nie. Huhu terima kasih teman-teman ITM semua.Korg memang terbaikk. Huahua

Tak lupa juga kepada roomate saya, bia, pika, and wana..Korang memang roomate yang baik..Kalau aku sakit, diorg antara orang yang paling kelam kabut sekali..Hahaha maklum la, temannn nie selalu sakit..
Macam macamm sakit haa ade..Hahaha terima kasihhh roomate ku sygg..Di harap korg jaga diri sepanjang LI nanti. Huhu

Tak lupa jugak kepada teman baik ku, liza, nur dengan nabil..Kalau tengok gambar kat bawah tu, semua chubby2 kan?Aku sorg je yang kurus keding..hahaha ternyata sahabat tak mengenal saiz badan..Hahahhaa jahat gila aku nie..haha jangan marah arrr.Hehehe korang memang kawan aku susah dan senang. Selalu tengok aku menangis, layan perangai aku yang gila2 nie, yang selalu blur nie. hahaha tiga2 orang nie memang lain2 perangai. Si liza yang kuat bebel macam mak nenek,kalau dengar dia bebel conform kena tutup telinga..Hahaha nur pulak, kalau dah angin satu badan, memang semua orang gerun, termasuk aku. Haha nabil pulak, ok dia sorang je lelaki dalam geng kamiorg..Ibarat macam liza cakap la, dia hero kamiorg. Nak gi mana2 memang kena mintak tolong dia la. Nampak je macam tu tapi pandai masak oiii. Untung la bini dia tapi dia selalu meroyan pasal cinta dia tu. Tak abes2..hahaha cepat la nabil oiii kawen. Huhu
And lastly tak lupa juga untuk geng2 semampan (mahasiswa anak pahang) aku. Semampan bagi banyak kenangan sepanjang aku join program diorg.Dapat kenal2 geng2 anak pahang dari Universiti lain.Sekarang aku just mantan je.Aku pun tak tahu ape sumbangan aku pada semampan.Maaf tak dpt beri komitmen sgt dalam kelab nie, tapi aku sentiasa doakan semoga semampan terus maju..yeahhhh Huhu.Sayangg semampan.

Ok nanti kita story lagi. Nak tidoo sebab esok nak kena basuh ayam? Pehal nak basuh ayamm. Haha esok malam ade bbq last event kamiorg sebelum kamiorg praktikal.Doakan semuanya berjalan lancar..Cauuu dulu..Assalamualaikum..

Ahad, 8 Disember 2013

Sukarelawan Banjir (part 2)

Assalamualaikum..

Harini sambung lagi tolong mangsa banjir hari ke dua..Harini pulak kamiorg tolong dua buah rumah. Satu rumah Dr. Hadi, lecturer kat fakulti kamiorg, satu lagi buah rumah kat permatang badak. Kat rumah lecturer OSH tak silap..Huhu, harini ada sedikit rezeki sarapan roti dengan inti kaya, planta, jem strawberi dengan oren.Huuuuu seronok..Huahua

Sedikit gambar situasi hari kedua.Rumah pertama kamiorg pergi. Banyak sangat cuci pinggan kat rumah orang nie. Dalam beratus jugak la. Sebab orang nie memang suka kumpul pinggan kot.Haha.

Bergambar bersama tuan rumah

Antara classmate yang tolong.







Petang pukul 2.00 petang, bertolak pergi rumah lecturer OSH kat permatang badak..Situasi kat rumah kedua. Hoho






Abes je dari rumah kedua, tuan rumah sumbang RM 50.Mulanya tanakkk amik tapi tuan rumah paksa juga. So, kamiorg gi KFC belanje kfc bucket yang besar tu. Cukup la, janji free kan. Rezeki sebab tolong orang dalam kesusahan..Huhu



Semoga bantuan kamiorg mampu meringankan beban yang di tanggung mangsa banjir dalam mengharungi ujian dari ALLAH s.w.t. Kamiorg hanya mampu menolong dari segi tenaga. Ape yang di ceritakan dalam entry nie bukan nak menunjuk, tapi cuma nak berkongsi apa yang kami cuba bantu untuk menolong mangsa banjir nie. Terpulang pada orang nak kata ape, tapi kamiorg dah pergi tolong, dengan redah hujannya. Mujur tak demam nie. Huahua sekian assalamualaikum.

Sabtu, 7 Disember 2013

Sukarelawan Banjir (part 1)

Assalamualaikum..

Lama sudah tak update blog..Nie masa untuk bersihkan.Huahua..Petang tadi tengah mengantuk melayan internet tiba tiba dapat satu mesej kat facebook dari Al-ikhtiaruddin ajak pergi bantu salah seorang lecturer yang jadi mangsa banjir. Rasa macam nak pergi je. Tak dapat tolong dari segi kewangan, dapat tolong dari segi tenaga jadi la. Huhu, saya dan ada beberapa orang classmate pun join la. Takde buat ape kan. Huhu, berbekalkan lima biji kereta kamiorg bertolak pukul 4 petang tadi. Huhu..Sampai je kat kampung permatang badak tu, sedihhh je tengok diorg bersihkan rumah diorg.Banyak perabut yang dah rosak sebab banjir.Makan banyak duit jugak nak baiki semua nie. Adoiiii, sedihh betol. 

Bersihkan depan rumah

Setelah semua kerja siap.
Antara classmate yang join

With norliza zafira. Abaikan baju kuning tu. Tak hensem pun.Haha

Awekkkk hot..Haha

Model penyapu..Haha



Esok sambung part 2.Ade lagi rumah pensyarah dan staf fakulti yang akan kamiorg tolong esok.Nak kena bangun awal sebab ditugaskan untuk menyediakan sarapan.Huhu harap semuanya berjalan lancarrr esok.Selamat malam.. Peace Yooo..

Selasa, 5 November 2013

Tahun Baru Buku Baru

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, dah masuk tahun baru dah kita. 1435 H welcome..Salam maal hijrah semua. Bercakap pasal hijrah je, hijrah ade macam macam maksud. 

Sabda rasulullah s.a.w yang bermaksud:"Tiada hijrah selepas pembukaan kota makkah, tetapi yang ada (dan masih dituntut sepanjang masa) ialah hijrah dari segi niat (azam) dan (jihad)." So kalau kita niat nak tinggalkan maksiat dan perangai tak baik itu jugak Hijrah. Hurmmm

Semua orang mempunyai kisah yang berbeza. Kalau dia dulu dia yang jahat, nakal, selalu kena bantai dengan parents dia, tapi dia yang sekarang dah jadi baik, dah tak nakal macam dulu. Alhamdulillah, itu bermakna dia dah berhijrah, dah berubah kan..Macam seorang kawan saya nie, dia selalu cerita zaman dia sekolah dulu dia nakal, malam malam tak balik rumah, dia buat ape kat luar tu pun tak tahu..Selalu kena halau keluar rumah dengan ayah dia (terkejut dengar cerita dia) pastu berapa tahun tak baik dengan ayah dia. Hurmmm tapi dia yang sekarang dah ok pun. Dengan ayah dia pun dia dah ok. Tapi nakal tu ade lagi cuma tak macam dulu. Never mind. Buat la slow slow. Hahaha itu kisah lama dia. Yang berlalu biarkan berlalu. Dah Tuhan tulis dalam buku kisah dia macam tu. Yang pasti yang sekarang nie. Buku sekarang nie kena jaga. Jangan sampai isi buku baru pun sama dengan buku yang lama. Haaa

Tanamkan azam untuk berubah. Berubah menjadi yang lebih baik. Mempunyai kisah silam yang buruk tak bermakna kita tak boleh berubah. Yang penting istiqamah. In Sha ALLAH..Ok nak kemas barang esok nak balik  rumah..Selamat malam semua

Khamis, 31 Oktober 2013

Tempat Mengadu

Assalamualaikum semua...

Haaaa tempat mengadu.Manusia mana yang tak ada masalah kan.Semua manusia ada masalah tersendiri, dari segi kewangan la, masalah keluarga la, masalah bercinta pun ada..Hahaha. Dan bila kita di timpa kesusahan je, bila ada masalah je, mesti kita akan cari sesiapa untuk berkongsi masalah kita, tapi ada juga sesetengah orang dia tak suka berkongsi masalah dia..Huhu

Tak kisah la kepada siapa pun kita mengadu, parents kita ke, kawan kita ke, adek beradik kita ke, tapi dari segi ape jua aspek kehidupan, kebergantungan kita pada ALLAH adalah kekuatan seorang muslim.Jangan sesekali merungut atau mengeluh. Jika kita mengalami masalah, mengadulah pada DIA. Kerana DIA yang mendatangkan ujian nie pada kita untuk kita jadi kuat. Berdoa lah pada DIA.Hanya dengan berdoa sahaja yang mampu mengubah takdir DIA. 

Tapi bagi saya, jika saya dalam kesedihan tak pun rindukan seseorang, saya akan pandang ke arah langit. Rasa tenang sangat. Rasa macam ALLAH sedang memerhati saya. Hurmmmm. In Sha ALLAH DIA dengar segala keluh resah kita, dan DIA akan makbulkan doa kita..

Indeed ALLAH does not fail in (His) promise (13:31)



Selasa, 29 Oktober 2013

Sambut Birthday

Haaa birthday dah lama lepas dah tapi harini baru update. Sebabnya cari folder gambar tak jumpa, lepas tu, memory card pulak kena virus. Adoii sedih gila. Tu pun ade lagi gambar yang tak jumpa lagi. Nie several gambar je yang jumpa..Huhu Terima kasih pada kawan-kawan yang sudi sambut birthday saya. Tak dapat digambarkan dengan kata-kata. Hohoii, diorg siap buat suprise lagi, suruh saya pergi jauh-jauh semata-mata nak buat suprise. Sampai ade yang buli suruh gi amik plastik sebab diorg nak bawak keluar kek tu dari beg diorg..Macam mana diorg masukkan kek kat dalam beg pun tak tahu la..Hoho

Kawan-kawan yang comel.Haha

Nak potong kek..Yummy.

Sedappppnyaaa makan.

Jemput makan semua.Hoho

Khamis, 24 Oktober 2013

Hope

Assalamualaikum...

Lama tak update blog..Huhu, takde idea laa nak update ape kat blog..Hohoho lagipun busy sgt sekarang dgn thesis nya, dengan kuiz nya dengan testnya..Haihhhh

Pendek kan tajuk entri kali nie..Haaaa satu perkataan yang semua manusia ada tapi ianya belum tentu kita dapat capai ataupun sebaliknya..Semua orang memasang harapan yang sangat indah termasuk saya. Tetapi bila kita di beri ujian sikit je daripada DIA, mulalah nak melatah..

"Ahhhh..malas dah la nak berharap lepas nie.."

Haaaa tapi ade jugak yang kata jangan berharap pada benda yang kita sendiri tak pasti.Kelak kita yang akan merana. Contohnya jangan berharap yang kita akan kahwin dengan orang yang kita cinta sebab kita tak tahu dia jodoh kita atau sebaliknya.
Hurmmm betol jugak. Tapi itu berharap pada manusia .Bukan pada Ilahi.

Kekadang kita tak harapkan ianya terjadi tapi ianya datang jugak kat kita. Haaa kenapa yeh?Sebab Allah nak menguji hambanya. Nak tengok kebergantungan kita pada DIA. Sejauh mana harapan kita pada dia. Sejauh mana yakinnya kita pada dia. Sejauh mana bersyukurnya kita pada DIA.

Tapi siapalah kita untuk minta yang lebih lebih kan? Kita hanya mampu berharap ape yang kita mimpikan tu akan jadi kenyataan tapi hanya TUHAN je yang tahu kerana DIA lah penentu harapan kita.

Khamis, 3 Oktober 2013

Kecil hati

Assalamualaikum..

Kecil hati? Hurmm manusia mana yang tak pernah merasa kecil hati dengan seseorang kan..?Kecil hati dengan boyfriend, kecil hati dengan kawan baik pun ada la. Even saya pun pernah merasa. Sakit sangat sangat. Kadang kadang sampai menangis pun ada. Yelah, kawan baik saya tu bersangka buruk dengan saya. Kalau kita sakit hati dengan orang yang kita tak rapat tu tak kisah sangat tapi nie kita kecil hati dengan orang yang kita rapat..Haaaa memang rasa nak je terajang muka dia kan? Kutuk dia dari belakang pun ada jugak sebab waktu tu tengah buat luahan hati pada seseorang. Hahaha

Hati nie sebenarnya organ yang sangat sensitif. Kadang kadang dengan kata kata dari mulut seseorang pun buleh buat hati kita parah. Haaa so kalau kita berada dalam situasi macam nie, apa kita nak buat?

Senang je.. Maafkan dia. Hooo gila nak maafkan dia? Kenapa pulak nak kena maafkan dia?

Sebab dia jugak pernah jadi sahabat kita, pasti akan terselit kebaikan masa kita kawan dengan dia. Ya, memang saya tak tegur dia dalam beberapa hari nie, tapi sekarang dah ok pun. Sebab saya dah maafkan dia pun even dia tak tahu saya kecil hati dengan dia. Maafkan dia dengan ikhlas. Kenapa? Sebab bila kita ikhlas, ALLAH akan sentiasa memberikan yang terbaik buat hambaNYA. Saya ade teringat mesej daripada mirul, dia cakap kat saya "kawan baik tak semestinya baik. Macam macam kawan ada." Haa bila baca mesej dia tu, baru terpikir. A'ah betul kata dia. Manusia semua tak sempurna. Dan kawan nie ada macam ragam. Ada kawan yang buleh buat kita jadi lebih baik, ada juga kawan yang buleh buat kita jadi jahat.Hurmmm

Oklah, saya nak renovate hati saya nie..Hahaha nak sambung buat thesis..Jumpa lagi.

Isnin, 9 September 2013

Tahun Akhir..

Bermulanya semester nie, maka saya sudah pon berada di tahun akhir.Rasa macam 4 tahun tu sekejap je.Betol la kata orang, 4 tahun tu sebenarnya tak lama pon.Pejam celik pejam celik je KATA KOOO..hahaha

Bila berada di tahun akhir nie, ramai la orang akan kata, bestnya dah tahun akhir.Dah nak abes belajar dah, tapi diorg tak tahu student tahun akhir nie beban dia makin bertambah..Memang la dah nak abes tapi kamiorg tak seseronok macam tahun satu dengan tahun dua..Diorang buleh enjoy lagi.Kamiorg nie dihantui dengan thesis yang masih lagi belum selesai..Adoi ape la nasib..

Apa apa pon, kenalah kuatkan semangat.Biasalah, tuntut ilmu tu bukannya senang..Kalau tak, takdenya orang cakap tuntut ilmu hingga ke negara China..Hoooo ayat.Oklah, esok dah start kelas yang pertama pukul 10 pagi..So, kena tidoo awal malam nie, takot esok terlajak tidoo.Terlajak tidoo takpe lagi..Jangan terlajak subuh sudah la..Hahahhaa Selamat malam.
Inilah salah satu dari perjalanan hidup kita di muka bumi ini..Peace yoo

Khamis, 20 Jun 2013

Selamat hari lahir solehan...

20 jun 1991.Tarikh dimana saya dilahirkan di dunia nie..Tarikh di mana mak saya tengah menanggung kesakitan ketika melahirkan saya..In sha Allah, nanti saya pulak merasa..Alhamdulillah, saya masih lagi di beri peluang selama 22 tahun hidup di bumi Allah nie..Dah 22 tahun dah saya..Terasa macam tak percaya je.Tapi itulah hakikatnya..Saya masih lagi tak matang.Hahahha

Yang pastinya dia masih lagi bukan orang pertama yang wish birthday saya..Sedih kan?Huhu, come on lehan. Jangan sedih-sedih yoo...hoho.Takde telur, tepung air sampah seperti yang kawan aku kata.. Nasib baik, kalau tak, mati saya..Tak payah berkek-kek bagai tu. Membazir je..Haha

Happy birthday solehan..Semoga anda dimurahkan rezeki, dipanjangkan umur, semoga dapat la jodoh yang soleh..Cewahhh, haha semoga redha Allah sentiasa mengiringimu selalu..huhu


Selasa, 18 Jun 2013

Berakhirnya semester 6


Asslamualaikum...

Dah lama rasa tak update blog..Biasa la busy an..Haha, poyooo je..VIVA thesis satu dah lepas dengan lancarnya.Lecturer cakap thesis proposal saya terbaik.Gembira gilaa saya dengar tadi..Mungkin berkat doa mak dengan abah kat mekah barangkali..Alhamdulillah.Alhamdulillah. Alhamdulillah..Sekarang final exam dan Hari nie paper last saya..Maka berakhirlah semester 6 tahun 3 di UMP nie..Sedihh pulak.Yelah, semester depan dah tahun akhir dah..Sekejap je rasa belajar kat UMP nie..Macam-macam dugaan yang ada masa belajar nie, yelah nak mencapai sesuatu kejayaan tu bukan senang.

Lepas nie cuti tiga bulan akan bermula tapi saya tak duduk kat rumah macam tu je..Thesis saya masih lagi menganggu saya, huhu data mesti kena collect sebab nak analyse result thesis saya nie..Hadoii, tempat nak collect data pon takde lagi..Ohhh tuhan, permudahkan la segalanya.Dah la tengah sedih abah masih lagi kat mekah..Takde sapa nak amik barang kat sini..Huuu, kalau la ada suami kan best..Buleh la suruh dia amikkan.nyahahahaha berangan kuat..Oklah nak sambung tengok running man..hoho selamat malam semua

Sabtu, 1 Jun 2013

Lari,...


Assalamualaikum...

Hooo,agak lama tak update blog..Sambil dengar lagu dandut kat Hotfm nie..Haha..Biasa la busy..Minggu depan hari isnin saya bakal berdepan dengan dua orang panel thesis yang sememangnya scary..Dengar2 cerita drpd kawan-kawan yang sama panel dgn saya, sesi 1 diorg present hari khamis haritu, ramai jugak la yang kena hentam..So, nasib saya hari isnin nie tak tahu macam mana...Ya Allah, kuatkan aku..Huuu

Rasa nak lari je.Tanakkk present..Bawak la saya kemana aje...Haha tapi kalau saya tak present, saya takkan dapat markah untuk presentation saya..Nak tanakk saya terpaksa present jugak.Nak lari kemana kan?Jauh mana kita nak lari?Yee dok?

Allah dah sebut dalam surah Al-hadid,,

Dan Allah sentiasa bersama kamu di mana kamu berada (Al-Hadid, 4)

See? Nak lari kemana an? Allah akan sentiasa bersama anda di mana anda berada. Kuatlah Kuatlah Kuatlah..Sometimes bila kita ada problem, kita kena jugak face menda nie..Makin kita lari, makin banyak masalah datang menimpa kita..So keep moving on. Kadang musuh kita, syaitan bukan la kuat sangat, cuma iman kita je yang lemah..So we must upgrade the faith.. Kete kita buleh upgrade, handphone pon buleh upgrade, iman kita bila lagi nak upgrade kan?

Bersangka baik la dengan dia..Bila kita berusaha, in sha allah akan ade jalan bagi kita untuk menuju kejayaan..Orang kata bersusah dahulu, bersenang kemudian kan..Jadikan setiap ujian sebagai hadiah dari ALLAH. All difficult that we face ada hikmahnya. Semua tu adalah preparation for our future..PSM jugak adalah preparation untuk kita keje nanti, yee dok? Haha usaha la memperbaiki hidup..Huhu

Isnin depan saya akan berperang dgn presentation yang saya rasa takott sangat2..Hopefully, i can do better in my thesis presentation and for my panel, don't ask me difficult question..Please be nice to me..Huhu

Rabu, 8 Mei 2013

Solehahkah aku?

Hoho..entry di atas..Seakan-akan nama saya an tapi huruf H tu je bertukar dengan N...huhu
Tengah tengah buat thesis tiba-tiba terlintas di pikiran nak tulis pasal menda nie..Ade yang kata kat saya,alaa nama dah nak sama dah..solehan dan solehah..perangai pon mesti la solehah...Errrr~~bila dengar orang cakap macam tu tak tahu nak kata ape..Yelah saya nie tak solehah seperti nama saya tu.Orang kata nama Solehan tu untuk lelaki, tapi saya cari kat kamus maksod nama solehan takde pon...Ade nama Solehah je..Maksud Solehan dengan Solehah tu sama yeh? sebab ustazah kat sekolah saya dulu cakap nama solehan dengan solehah tu sama...So bila dengar tu rasa macam seronok kejap..Nyahahaha

Ade orang kata hanya perempuan yang bertudung labuh, yang belajar agama je yang buleh jadi solehah..No no kawan..Seorang perempuan yang taat pada ALLAH, RASUL, IBUBAPA dan juga SUAMI tu pon dah cukup nak jadi solehah..Haaa

Ade orang cakap "aku nak jadi solehah sebab nanti aku dapat cari lelaki yang soleh.Nak dapat lelaki soleh kena la jadi solehah dulu"..hohoho.tak semestinya sahabat-sahabat sekalian...takkan nak jadi solehah selepas kawen?macam mana pula kalau sebelum kawen?tanakk jadi solehah la..?Takkan kita tanakk jadi solehah untuk ibubapa kita kan?Haaaa itulah yang sering kita lupa.Kita lupa bahawa sebelum kawen, ayahlah yang tanggung segalanya berkaitan dengan kita..Ayahlah yang akan di tanya oleh ALLAH di akhirat kelak..

Sahabat-sahabatku,jom la kita muhasabah diri kita. Pikir semula adakah kita dah cukup solehah untuk parents kita?..Sebelum kawen nie,kita usaha jadi solehah untuk ibubapa kita dulu, lepas kawen baru la usaha jadi solehah untuk suami kita, even we don't know who our future husband right?..Believe it, if we are trying to be Solehah for our parents, automatically we will be solehah for our husband..In SHa ALLAH...:)


Jumaat, 26 April 2013

Tambah Koleksi Buku Lagi

Haaa harini memang hari yang agak busy bagi saya.Pergi jumpa pensyarah dua kali..Dah la bilik pensyarah tu agak jauh jugak...Ohhh penat.Demi thesis yang tercinta nie.Terpaksa la kerah tenaga sikit..huhuhu

Berbalik pada tajuk entry kat atas,lepas balik dari jumpa lecturer,gi gerai buku kat salah satu tempat kat UMP nie..Banyak juga la buku dia jual.Memandangkan baucer buku ade lagi RM50,so saya dapat la beli tiga buku..

Nie buku 1st sekali saya amik..Tajuk dia 33 Pesan Nabi..Dalam buku nie,penulisan dia berdasarkan komik..Watak utama dia 3 ekor kartun tu la..Hurmmm menarik jugak la tengok kat dalam buku nie..Takde la bosan kan.Bagi yang minat baca komik buleh la baca buku nie..Lagi berguna tau..hoooo

Buku yang kedua tajuknya Bolehkah Bercouple?Penulisnya Ustaz Mohd Nidzam Abd Kadir..Saya tertarik dengan buku nie sebab saya pun tergolong dalam golongan yang diceritakan buku tu kan..Banyak tips yang ade dalam buku nie..Dan juga ianya banyak menceritakan hubungan antara lelaki dan perempuan..Batas antara lelaki dan perempuan..huhu

Haaa inilah buku yang betol2 menarik perhatian saya tadi..Tak tahu lagi satu buku nak amik ape nak cukupkan lagi RM50,tiba2 terpandang buku nie..Buku nie banyak memberi kepahaman bagi saya tentang cinta kepada ALLAH..Yelah,cinta bukan sahaja untuk manusia tetapi cinta juga untuk Allah, Nabi junjungan kita iaitu Muhammad, ibu bapa, haiwan dan juga tumbuh tumbuhan..Tetapi cinta yang paling agung, paling utama adalah cinta kepada Ilahi dan juga Muhammad..

Haaa,tapi tak sempat kot nak baca sekarang..Saya kena baca masa cuti sem nanti.Baru la syok.Sekarang masih busy dengan thesis yang adoii,susahhhnya (Ishh,tak baek merungut..)huhuhu..So,kepada sesiapa yang tak abeskan lagi baucer buku tu,beli la buku-buku macam nie..Haaa.Tak pon buat la hadiah untuk sape2.Haaa ok jugak tu..ngeheheheh


Ahad, 21 April 2013

Ditindih Ketika Tidoo?


 Assalamualaikum
Hoooo entry kali nie.Takpe la,lain sikit entry kali nie..hahaha.Tak semua orang pernah mengalami entry di atas kan?Tapi saya nie dah masok kali kedua dah..1st kat matrik dulu(matrik Pahang)..Kali kedua kat sini pulak.Kat UMP..Malam semalam saya stay up untuk siapkan thesis saya nie..So lambat la tido.Masa nak tidoo saya terasa sesak nafas,tangan saya langsung tak dapat bergerak..Dan saya juga tak dapat baca secebis ayat al-quran sekalipun...Ya ALLAH,takotnya saya masa tu..Meremang bulu roma lepas tu..huhu.Lepas tu baru saya buleh menyebut ALLAH HUAKHBAR (allah maha besar)..Baru la badan saya rasa ringan..Selepas tu saya baca ayat kursi banyak kali sampai saya terlena.

Betol ke Peristiwa ditindih ketika tidoo tu wujud ar?Hurmmm dari segi saintifik, benda nie di panggil sleep paralysis iaitu apabila otak kita aktif waktu kita mimpi, maka arahan daripada otak untuk sampai ke anggota badan kita akan lambat..Sebab tu badan kita tak buleh nak gerak.Tapi lepas tu ok dah..

Dari segi Spiritual pulak,urmm tak pasti la pulak kenapa wujud menda nie..Tapi syaitan kan,memang keje dia menyesatkan manusia dan cuba untuk menganggu manusia even kita tengah tidoo. Tapi sympton yang spritual pulak tak buleh bercakap dan tak leh bergerak..

So, apabila kita berada dalam situasi macam nie,jangan sesekali panik..Cuba untuk gerak2 kan badan anda..Cuba juga baca ayat kursi untuk hilangkan gangguan tidoo tu..Sebelum tido tu,amik wuduk dulu,baca ayat kursi,3 Qul dan juga doa sebelum tidoo..Tiada kuasa yang lebih hebat melainkan kuasa DIA,iaitu ALLAH YANG ESA..