Isnin, 24 Disember 2012

Hujan vs Exam

Sebenarnya masa tgh menulis blog nie,hujan baru je berenti kat bumi Gambang nie..Semua kecoh Kuantan banjir, nak keluar tak buleh..Takpe, ade hikmah di sebaliknya..Jangan kita cela kedatangannya..Hakikatnya, musim panas lagi banyak dari musim hujan an?.Cuba korang pikir, dengan banjir tu, korang takde la buang masa gi kuantan, duit pon jimat...Habiskan masa dengan study tu..Ape guna UMP nie bagi seminggu untuk kita ulangkaji pelajaran an..hohoho

Nah ayat ini:

Allah, Dialah yang mengirim angin, lalu angin itu menggerakkan awan dan Allah membentangkannya di langit menurut yang dikehendaki-Nya, dan menjadikannya bergumpal-gumpal; lalu kamu lihat (hujan) keluar dari celah-celahnya, maka apabila ”hujan” itu turun mengenai hamba-hamba-Nya yang dikehendaki-Nya tiba-tiba mereka menjadi gembira. (QS. 30:48)

Sebenarnya hujan nie pembawa rahmat..Dia boleh bagi air kat tumbuh-tumbuhan..buleh jugak bagi haiwan minum..Selain tu ,hujan nie jugak pembersih udara kita yang tengah kotor mungkin di sebabkan pencemaran alam..huahahaha..Lagipon i like the smell of rain.Tak tahu la kenapa..hahaha Alhamdulillah

Tapi kalau hujan mesti suhu sejuk an..kalau suhu sejuk, tido mesti best an..Pakai selimut tebal2 waaaa tapi kena kurangkan waktu tidoo untuk struggle this sem,..Study last2 minit an..huhu, ape2 pon i will try the best i can.. Exam start 2/1/2012 subjek Applied Statistics..huuu~~ Do pray for me :)

Khamis, 20 Disember 2012

Time sambut birthday

Sepanjang 21 tahun saya hidup di muka bumi nie,tak pernah lagi saya sambut birthday saya dan tak pernah ade orang sambut birthday saya.kalau sampai je time birthday saya,rasa macam hari biasa,bukan hari yang istimewa bagi saya..pernah jugak terlintas kat fikiran nie nak jugak merasa an orang sambut birthday kita.huuuu~~

16/12/2012 mungkin hari yang tak dapat saya lupa sebab waktu nie adelah 1st time nampak nama saya tertulis di atas sebuah kek LEHAN.bukan saya birthday saya yang diorg sambut tapi ade lagi 3 orang lagi birthday diorg yang disambut..hahahha,memang rasa terharu gila walaupon birthday saya dah 6 bulan berlalu..hahaha

Serba sedikit gambar masa suprise tu...huhu..Terima kasih sahabat2 ku.Dapat jugak merasa an orang sambut birthday saya..huahua,semoga hubungan kita berkekalan until JANNAH dan diberkati ALLAH SWT.. ;)
Tgh tipu lilin

Belah kek...huahua




Kawan2 yang tersayang di UMP ini..haha
Bersama roomate ku yang sengal.hahaha jgn marah ar.
 

Selasa, 11 Disember 2012

Takpe ke Pompuan Tak Pandai Masak?

Haaaa pelik an bila tengok post nie...sebenarnya saya tengah mengantuk,dok mengadap subjek nie yang banyak perkataan nie..Maklum lah esok ade quiz.Tu yang rajin tu...huhu,tiba2 terlintas di fikiran nak update blog pasal post nie..huahuahua

Perempuan....hurmmm perempuan memang sinonim dengan memasak.Tapi ade jugak lelaki yang pandai masak,macam Chef Wan...Memang laa.Tapi semua perempuan kat dalam dunia nie kena pandai masak tau...kalau tak macam mana nak kahwin? huhu

Kalau orang tanya saya,saya pandai masak ke tak..saya hanya hurmmmm hurmmmm entah entah...hahaha,kalau setakat masakan kampung tu boleh la...kalau nak yang resepi grand2,saya pon tak reti an...huhu yelahh,saya dulu sekolah asrama..pastu masok matrik,pastu Alhamdulillah,masok Universiti pulakk...bila nak pandai masak an..huhu tapi takleh salahkan semua nie..Kita kan gi belajar...hehe

Tapi pasti akan rasa sedih ann kalau kita sebagai isteri tak reti masak lauk favourite suami...?huurmmmm bagi saya an,saya pon mesti sedih jugakk (sebab lauk  favourite dia tak reti masak lagi...) sebab lauk tu saya tak pernah masak langsung kat rumah.Sebab tulah tak tahu masak lauk tu.sape suruh minat lauk tu..uhuhu.Yelah,,nak jadi isteri yang terbaik kan,mesti la kena pandai masak..Pikat hati suami dengan masakan kita.cewahhhh haha takpe benda tu semua boleh belajar..Jangan sedih2 yer..

Takpe,masih ade masa untuk kita belajar semua nie,janji kita istiqamah.Nak jadi pandai dalam masak ok la tu..yang penting masak sikit2 dulu lama2 mesti pandai punye...ok,saya nak sambung study balik...huhu

Jumaat, 7 Disember 2012

Bersangka Baik Dengan ALLAH

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِاارَّحِيم
In the name of Allah, the Most Gracious and the Most Merciful.

السلام عليكم

Aku selalu mengikut sangkaan hambaKu.
Aku sentiasa bersama-samanya.
Ketika ia mengingatiKu dalam dirinya, Aku pun mengingatiNya dalam diriKu.
Jika dia mengingatiKu di hadapan orang ramai, Aku pun akan mengingatinya di hadapan orang yang lebih ramai.
Jika dia mendekatiKu sepanjang sejengkal, Aku akan mendekatinya sehasta.
Jika dia mendekatiKu sehasta, Aku akan mendekatinya sedepa.
Jika dia mendatangiKu dengan berjalan kaki, Aku akan mendatanginya dgn berlari

(HR Bukhari)

manusia bila ditimpa kesusahan sikit je,mulalah merungut..menyalahkan takdir pon ade la..huhu
bila ditimpa kesusahan yang banyak je,mulalah meletakkan kesalahan pada ilahi,melepaskan amarah masing2..termasuk la saya kadang2.bila kita terlalu tension an,bila emosi kita tak stabil..huhu
Bila kita berada dalam situasi macam nie ,astagrfirullah,, astagfirullah,, astagfirullah.. banyak2 kan la istigfar pada dia.Nescaya hati kita akan tenang..

Ingat semua, tak semua yang kita impi kita akan dapat.ape yang ALLAH rancang adalah yang terbaik untuk diri kita.

Sememangnya kehidupan di dunia nie tak seindah yang kita harapkan.Jika ade orang lain yang akan bagi andaian buruk kepada anda,,adakah anda akan membantunya?pasti tidak kan?sama juga dengan ALLAH..

Dan yakinlah bahawa ALLAH akan sentiasa membantu kita dalam kesusahan,,kerana ape?kerana kita adalah HAMBAnya..kann?

 Bersangka baik lah pada DIA. Pasti akan ade yang lebih baik untuk kita nanti.

Maka,senyumlah semua, ALLAH sentiasa ade untuk kita...:)

Ahad, 2 Disember 2012

Dia Takdir ALLAH atau bukan?

Manusia nie sejak dari dalam perut ibu lagi dah di tetapkan dah bila kita akan lahir,bila kita akan mati, siapakah jodoh kita, perjalanan hidup kita macam mana semuanya dah di tetapkan dah..

Manusia nie ibarat pelakon dah ALLAH adalah pengarahnya..ewahhh,haha

Bila kita minat kat seseorang tu, suka dengan sifat dia, tengok pon dari jauh je, mula la terdetik kalau la nanti dia la kot orang yang betol..tapi tiba2 ALLAH cakap dia bukan untukmu...pasti kita akan kecewa gila an, sedih an..huuuuuu tapi jangan la bersedih lama sangat, ALLAH sentiasa ade bersama kita..huhu

Walaupon susah nak terima tapi kita kena jugak terima..yelahh,semua orang tak bertuah macam dena bahrin, macam irine nadia..( kalau baca blog diorg tersenyum je..huahuahua)
Saya tertarik dengan satu ayat dari al-quran nie..
 “Mungkin sesuatu yg kau sukai itu buruk bagimu dan mungkin sesuatu yg kau benci itu baik bagi mu.. sesungguhnya Allah maha mengetahui” (Al-Baqarah:216)

Mungkin Allah temukan kita dengan orang yang salah sebab nakk kita hargai orang yang tepat bagi kita bila kita jumpa dia.. Ingat,, ape yang di takdirkan oleh ALLAH tu adalah yang terbaik untuk kita, mungkin sekarang nie kita tak nampak lagi..tapi nanti kita akan tahu.

Bila cinta kita tak kesampaian, maka bersabar lah..mungkin ade hikmah di sebaliknya.."dan jika dia bukan untukku, aku REDHA ya ALLAH..sesungguhnya aku tahu ape yang kau rancang mungkin ianya baik bagiku..biar sekuat mana pon aku menyintaimu, jika dia bukan untukku, maka lenyapkan la perasaan nie ya ALLAH".


# Sesungguhnya perasaan cinta itu tu milik dia..bila-bila masa DIA boleh bagi, dan juga bila-bila masa dia boleh tarik semula..cinta pada manusia belum tentu indah di penghujungnya, tapi cinta pada ALLAH tak akan pernah temui jalan kecewa...Berdoa adalah jalan terbaik bagi kita..huhu