Selasa, 3 Mac 2015

Sukarnya Membuat Satu Keputusan.

Assalamualaikum..

Hai blog. Terasa lama sangat tak mengudate blog. Kalau la blog nie boleh bercakap, mesti dia bising dah. Dia ingat tuan dia nie dah lupa kat dia. Haha, sejak tamat pengajian kat UMP nie, macam-macam dugaan dilalui. Macam-macam saya belajar tentang dunia luar, ragam dunia pekerjaan, ragam berjumpa dengan orang-orang. Alahaiiii...

Entry kali nie berkenaan dengan keputusan. Mentang-mentang harini keputusan SPM keluar kan. Terus update pasal keputusan. Haha, ini bukan mengenai keputusan SPM ke, PT3 ke PMR ke, tapi ini mengenai keputusan mengenai masa hadapan. Hurmmmm, bunyi macam berat je. Memang la berat. Dah nama pon sukar kan. Huhihuhi.

Okeylah. Biar saya cerita ape yang berlaku pada aku berkenaan dengan keputusan. Seminggu selepas saya konvokesyen, saya ditawarkan bekerja di sebuah syarikat di Shah Alam. Sebulan je saya keje, saya dapat tawaran sambung ke peringkat sarjana. Mulanya saya cakap kat mak saya, saya nak tolak tawaran nie. Asalnya nak keje dulu. Nak pegang duit dulu. Asalnya mak saya terima keputusan yang aku buat. Tapi datang pulak kakak saya. Dia cakap sayang kalau tolak tawaran nie. Masa muda macam ini lah nak belajar. Nanti dah kawen ke, ade anak mesti takkan sambung dah. Ahhh sudah. Lama lama mak dan jugak bapa saya suruh aku sambung lagi. Saya dah dalam dilemma. Mana satu nak ikut. Ikot kata hati ataupon parents? Tak nak ikot, tak sampai hati. Sedangkan mereka sanggup pergi ke Kuala Lumpur untuk jual saham Felda semata-mata nak tampung yuran saya untuk sambung belajar. Lagi la saya dalam dilemma. Sampai datang kerja pon dalam keadaan serabut, makan tak lalu, tido tak lena lah dibuatnya.

Memandangkan tinggi sangat harapan family nak saya belajar lagi,  hari-hari pujuk, akhirnya, saya buat keputusan untuk sambung. Ikut kata mak bapak lebih baik. Lagipon, mak bapak mana yang tak nak anak dia hidup susah. Mungkin dengan ikut cakap mereka, masa depan kita akan cerah, ALLAH permudahkan segala urusan. Siapa tahu kan? Kerja boleh dicari, tapi peluang nak sambung belajar tu tak selalu ade. Siapa yang situasi dia sama macam saya, memang ianya satu keputusan yang sukar. Ramai jugak kawan-kawan saya yang sama situasi macam saya. Memang diorg pon termenung macam orang gila la mikir. Haha that why lah ALLAH mewujudkan solat istikharah. Jikalau kita dalam kesusahan dalam membuat keputusan, mohon petunjuk dari DIA. Sesungguhnya, petunjuk dari DIA itulah yang terbaik.

And finally, saya disini. Di Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Cewahhh, nak jugak tulihhh nama penuh. Huaha, Tengok budak-budak degree kat sini, teringat zaman degree kat UMP dulu. Alahaii, kalau la ade time machine, nak je kembali ke zaman itu.Rindu sangat zaman degree, rindu UMP. Rindu rakan-rakan sebatch 2010/2014...Huuuuu.