Khamis, 31 Oktober 2013

Tempat Mengadu

Assalamualaikum semua...

Haaaa tempat mengadu.Manusia mana yang tak ada masalah kan.Semua manusia ada masalah tersendiri, dari segi kewangan la, masalah keluarga la, masalah bercinta pun ada..Hahaha. Dan bila kita di timpa kesusahan je, bila ada masalah je, mesti kita akan cari sesiapa untuk berkongsi masalah kita, tapi ada juga sesetengah orang dia tak suka berkongsi masalah dia..Huhu

Tak kisah la kepada siapa pun kita mengadu, parents kita ke, kawan kita ke, adek beradik kita ke, tapi dari segi ape jua aspek kehidupan, kebergantungan kita pada ALLAH adalah kekuatan seorang muslim.Jangan sesekali merungut atau mengeluh. Jika kita mengalami masalah, mengadulah pada DIA. Kerana DIA yang mendatangkan ujian nie pada kita untuk kita jadi kuat. Berdoa lah pada DIA.Hanya dengan berdoa sahaja yang mampu mengubah takdir DIA. 

Tapi bagi saya, jika saya dalam kesedihan tak pun rindukan seseorang, saya akan pandang ke arah langit. Rasa tenang sangat. Rasa macam ALLAH sedang memerhati saya. Hurmmmm. In Sha ALLAH DIA dengar segala keluh resah kita, dan DIA akan makbulkan doa kita..

Indeed ALLAH does not fail in (His) promise (13:31)



Selasa, 29 Oktober 2013

Sambut Birthday

Haaa birthday dah lama lepas dah tapi harini baru update. Sebabnya cari folder gambar tak jumpa, lepas tu, memory card pulak kena virus. Adoii sedih gila. Tu pun ade lagi gambar yang tak jumpa lagi. Nie several gambar je yang jumpa..Huhu Terima kasih pada kawan-kawan yang sudi sambut birthday saya. Tak dapat digambarkan dengan kata-kata. Hohoii, diorg siap buat suprise lagi, suruh saya pergi jauh-jauh semata-mata nak buat suprise. Sampai ade yang buli suruh gi amik plastik sebab diorg nak bawak keluar kek tu dari beg diorg..Macam mana diorg masukkan kek kat dalam beg pun tak tahu la..Hoho

Kawan-kawan yang comel.Haha

Nak potong kek..Yummy.

Sedappppnyaaa makan.

Jemput makan semua.Hoho

Khamis, 24 Oktober 2013

Hope

Assalamualaikum...

Lama tak update blog..Huhu, takde idea laa nak update ape kat blog..Hohoho lagipun busy sgt sekarang dgn thesis nya, dengan kuiz nya dengan testnya..Haihhhh

Pendek kan tajuk entri kali nie..Haaaa satu perkataan yang semua manusia ada tapi ianya belum tentu kita dapat capai ataupun sebaliknya..Semua orang memasang harapan yang sangat indah termasuk saya. Tetapi bila kita di beri ujian sikit je daripada DIA, mulalah nak melatah..

"Ahhhh..malas dah la nak berharap lepas nie.."

Haaaa tapi ade jugak yang kata jangan berharap pada benda yang kita sendiri tak pasti.Kelak kita yang akan merana. Contohnya jangan berharap yang kita akan kahwin dengan orang yang kita cinta sebab kita tak tahu dia jodoh kita atau sebaliknya.
Hurmmm betol jugak. Tapi itu berharap pada manusia .Bukan pada Ilahi.

Kekadang kita tak harapkan ianya terjadi tapi ianya datang jugak kat kita. Haaa kenapa yeh?Sebab Allah nak menguji hambanya. Nak tengok kebergantungan kita pada DIA. Sejauh mana harapan kita pada dia. Sejauh mana yakinnya kita pada dia. Sejauh mana bersyukurnya kita pada DIA.

Tapi siapalah kita untuk minta yang lebih lebih kan? Kita hanya mampu berharap ape yang kita mimpikan tu akan jadi kenyataan tapi hanya TUHAN je yang tahu kerana DIA lah penentu harapan kita.

Khamis, 3 Oktober 2013

Kecil hati

Assalamualaikum..

Kecil hati? Hurmm manusia mana yang tak pernah merasa kecil hati dengan seseorang kan..?Kecil hati dengan boyfriend, kecil hati dengan kawan baik pun ada la. Even saya pun pernah merasa. Sakit sangat sangat. Kadang kadang sampai menangis pun ada. Yelah, kawan baik saya tu bersangka buruk dengan saya. Kalau kita sakit hati dengan orang yang kita tak rapat tu tak kisah sangat tapi nie kita kecil hati dengan orang yang kita rapat..Haaaa memang rasa nak je terajang muka dia kan? Kutuk dia dari belakang pun ada jugak sebab waktu tu tengah buat luahan hati pada seseorang. Hahaha

Hati nie sebenarnya organ yang sangat sensitif. Kadang kadang dengan kata kata dari mulut seseorang pun buleh buat hati kita parah. Haaa so kalau kita berada dalam situasi macam nie, apa kita nak buat?

Senang je.. Maafkan dia. Hooo gila nak maafkan dia? Kenapa pulak nak kena maafkan dia?

Sebab dia jugak pernah jadi sahabat kita, pasti akan terselit kebaikan masa kita kawan dengan dia. Ya, memang saya tak tegur dia dalam beberapa hari nie, tapi sekarang dah ok pun. Sebab saya dah maafkan dia pun even dia tak tahu saya kecil hati dengan dia. Maafkan dia dengan ikhlas. Kenapa? Sebab bila kita ikhlas, ALLAH akan sentiasa memberikan yang terbaik buat hambaNYA. Saya ade teringat mesej daripada mirul, dia cakap kat saya "kawan baik tak semestinya baik. Macam macam kawan ada." Haa bila baca mesej dia tu, baru terpikir. A'ah betul kata dia. Manusia semua tak sempurna. Dan kawan nie ada macam ragam. Ada kawan yang buleh buat kita jadi lebih baik, ada juga kawan yang buleh buat kita jadi jahat.Hurmmm

Oklah, saya nak renovate hati saya nie..Hahaha nak sambung buat thesis..Jumpa lagi.