Selasa, 5 November 2013

Tahun Baru Buku Baru

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, dah masuk tahun baru dah kita. 1435 H welcome..Salam maal hijrah semua. Bercakap pasal hijrah je, hijrah ade macam macam maksud. 

Sabda rasulullah s.a.w yang bermaksud:"Tiada hijrah selepas pembukaan kota makkah, tetapi yang ada (dan masih dituntut sepanjang masa) ialah hijrah dari segi niat (azam) dan (jihad)." So kalau kita niat nak tinggalkan maksiat dan perangai tak baik itu jugak Hijrah. Hurmmm

Semua orang mempunyai kisah yang berbeza. Kalau dia dulu dia yang jahat, nakal, selalu kena bantai dengan parents dia, tapi dia yang sekarang dah jadi baik, dah tak nakal macam dulu. Alhamdulillah, itu bermakna dia dah berhijrah, dah berubah kan..Macam seorang kawan saya nie, dia selalu cerita zaman dia sekolah dulu dia nakal, malam malam tak balik rumah, dia buat ape kat luar tu pun tak tahu..Selalu kena halau keluar rumah dengan ayah dia (terkejut dengar cerita dia) pastu berapa tahun tak baik dengan ayah dia. Hurmmm tapi dia yang sekarang dah ok pun. Dengan ayah dia pun dia dah ok. Tapi nakal tu ade lagi cuma tak macam dulu. Never mind. Buat la slow slow. Hahaha itu kisah lama dia. Yang berlalu biarkan berlalu. Dah Tuhan tulis dalam buku kisah dia macam tu. Yang pasti yang sekarang nie. Buku sekarang nie kena jaga. Jangan sampai isi buku baru pun sama dengan buku yang lama. Haaa

Tanamkan azam untuk berubah. Berubah menjadi yang lebih baik. Mempunyai kisah silam yang buruk tak bermakna kita tak boleh berubah. Yang penting istiqamah. In Sha ALLAH..Ok nak kemas barang esok nak balik  rumah..Selamat malam semua