Khamis, 23 Mac 2017

Pengalaman Menyambung Pengajian Master Dan Tips Buat Research

Assalamualaikum Semua pembaca blog sekalian, 

Lama nya tak update blog. Sudah 5 bulan agaknya. Maaflah semua. Sangat sibuk dengan dunia pelajar postgrad nie. Entry kali nie mengenai pengalaman saya sendiri sambung master dan sedikit tips buat mereka yang tengah start nak buat Master atau phD research. Huhu. Saya dah update sebenarnya cara-cara nak apply master di post sebelum nie 

Seperti yang saya janjikan yang saya akan post mengenai kos master yang saya ambil sekarang nie dan pengalaman bila berada di dunia student postgrad nie. Nak sambung belajar nie memang kena banyak buat research dulu sebelum decide kos apa kita nak ambil bila nak buat master atau phD. Tambahan lagi, banyak universiti di Malaysia mahupun di oversea yang menawarkan kos yang hampir sama. Di Malaysia sahaja dah berapa banyak universiti awam di campur pulak dengan universiti swasta. Dengan kos yang bermacam-macam lagi la memeningkan. Iyaa dok? Huhi

Kos master yang saya ambil sekarang adalah master of management, specialization technology management di UTM Skudai. Kenapa saya ambil kos nie? Sebab kos nie sama dengan saya punya degree di UMP dulu. Saya fesyen tak suka campur kos. Lebih suka fokus pada satu bidang sahaja. Kos master di UTM nie mixed mode which means that saya ambil coursework dan juga research. Mode campur la senang cerita. Sebab apa saya ambil mode nie, sebab saya nak rasa dua dua mode, kelas dan juga research. Lagi senang. Haha. UTM juga menawarkan research mode juga untuk kos nie tapi fokus buat research jelah. Ade juga kelas tapi kelas research method dan TITAS sahaja. Kalau mixed mode ade subjek lain yang kena ambil contohnya, finance, marketing, operation management, managing change, and innovation. First semester biasa kena gi kelas macam biasa, then 2nd semester baru daftar buat research. Sekarang saya dah semester 5 dan bukan grad on time la. Kenapa tak grad on time? Sebab sangkut tang research. Main main je buat, sebab tu kena extend. Nasib dapat sv yang memang baik gila. Asal jumpa je seru nama solehan. Bila lama tak jumpa dia akan tanya 'awak apa khabar?' Lecturer yang tak pernah lekang dengan senyuman. Hahaha. Nasib la dapat anak murid macam saya nie. Bila nak jumpa, baru prepare apa yang patot. Nak jumpa main wasep je padahal kena set appointment at least 24 jam sebelum appointment time. Hahaha maap Dr. Umar. Lain kali saya akan behave. Huehehe. Jangan contohi saya ye pembaca sekalian. Nak jumpa sv mohon set appointment. Huhi. 

Bila berada di dunia student master nie, macam macam dugaan dan cabaran saya hadapi. Berendam air mata jugak la. Sampaikan pernah terlintas di fikiran nie nak berenti belajar pun ada. Seriesly. Pengalaman pertama sekali, bila berhadapan dengan kekurangan wang belanja. Saya sambung master hanya bergantung harap dengan biasiswa myBrain15. Biasiswa nie hanya tanggung student punya yuran pengajian sahaja. So paham paham la, duit untuk makan, topup, minyak kereta semua harapkan duit parents. Kat UTM nie saya terpaksa guna kereta sebab fakulti dan kolej kediaman tersangat la jauh. Nak gi kafe makan pun kena guna kereta. So, berjimat sangat la penting. Kadang nampak je benda yang kita nak sangat beli, tapi bila memikirkan duit parents bagi untuk makan semua tu, saya terpaksa abaikan. Stail saya pulak, kalau duit parents bagi memang saya guna untuk makan, topup minyak kereta semua tu lah. Kalau nak beli baju ke, seluar ke, memang saya akan guna duit sendiri. Dugaan tu. Huhu. So, sekarang nie, memang saya ade buat keje sambil sambil contuhnya ambil upah buat assignment orang, tolong lecturer buat keje, ataupun join skim pelajar bekerja (SPB). 

Yang kedua, research. Haaa ini memang cabaran paling berat bagi student postgrad. Buat research dah memang menjadi adat resam student postgrad. Takkan boleh lari punya. Even korang ambil coursework pon ade research jugak tapi tak seberat master by research la. Apa cabaran buat research? First sekali tajuk. Nak buat research kena tahu tajuk research korang dan apa yang korang nak kaji. Bayangkan bidang yang korang ambil pon luas. Kena kecikkan la skop research tu. Huhu. Then jumpa sv tak boleh dengan tangan kosong. Setiap kali jumpa sv kena tunjuk progress korang. Haaaa standard la tu. Jangan pergi jumpa sv korang tanpa sebarang persediaan. Nanti diorg halau balik nanti. Haaaa. Yang penting kena tahu basic pasal research korang tu. Untuk yang zero knowledge macam mana nak buat research dan carik apa yang korang nak kaji, meh saya bagi tips sikit.

Carik Rujukan

First sekali, carik la jurnal-jurnal yang berkaitan dengan research korang. Baca dan hadamkan. At least, korang dah jimat masa untuk buat rujukan nanti. Dari situ, korang dah dapat gambaran sikit apa yang korang nak kaji nanti. And at least bila korang jumpa sv boleh tunjuk sikit apa yang korang dah buat. Carik references dan buku buku, thesis thesis senior sebagai rujukan/ ilmu-ilmu asas. Cara nak carik rujukan sangat penting samada korang google je ataupun pergi je ke library database. Macam sv saya ajar, pergi je kat google scholar. Taip keyword haaa keluar la list-list dia tu. Kadang ada paper yang kena bayar. Bese saya mintakkan kawan dari universiti lain tolong downloadkan. Huhehuhe.

Basic Knowledge Pasal Komputer

Lagi satu, haaa basic knowledge pasal komputer kena ada beb. Zaman laa nie memang semua penulisan guna komputer terutamanya Microsoft office (Microsoft word, excel, power point). Lagi satu kena mahir software jugak. Macam saya, research saya kena analyze pakai SPSS. So, sedikit sebanyak kena tahu basic software nie. Kalau tak, macam mana nak analyze data. Huuuu. Selain tu, kalau nak buat rujukan, ade software yang boleh manage korang punya rujukan nanti. Senang just copy paste je masukkan dalam ruang references dalam thesis korang seperti Mendeley or Endnote.
Saya guna mendeley untuk manage references thesis saya. 

Penulisan

Ade certain certain perkataan atau ayat yang tidak boleh di tulis dalam thesis. I mean it is not sound like academic punya penulisan la. Maksudnya, penulisan mestilah kena formal. Nie sv saya ajar la. Contoh perkataan yang prohibited dalam academic penulisan adalah 'for sure', 'dare', atau ayat ayat yang macam keras la. Kiranya tak sesuai la perkataan tu. Hoho. Lagi satu, rujukan kena yang latest punya. Maksudnya, tahun tu elakkan ambil yang 1990 ke atas lagi-lagi fakta. Dan ayat fakta kena state reference/sumber dan tahun berapa. Kena alert.

Istiqamah

Haaa ini paling penting. Sebab kita buat research tak sama macam belajar dalam kelas. Research nie bila tak siap, selagi tu korang kena hadap sampai muntah. Bila tak siap, melangau la korang. Haha. Apa yang penting korang kena istiqamah. Setkan sehari tu berapa jam fokus pada research. Macam sv kawan saya, dia setkan 8 jam sehari ngadap research dia masa phD dulu. Ikotla  nak ngadap 2 jam je ke, tapi bila 8 jam, so maksudnya kena ngadap thesis tu 4 kali la sehari. Cukup kan 8 jam. Haaaa, kalau saya tak sanggup kot. Saya ikot mood. Kadang kalau rajin, memang siang sampai malam saya ngadap. Tapi, bila dah jumpa sv, saya tak pandang dah research tu. Tengok hari lain pulak. Haha maap sv. Hehe.

Persediaan Mental

Haaa ini pon penting jugak. Macam yang saya mention la, bila kita buat research, memang macam-macam dugaan ada. File kena virus la, file hilang la, laptop rosak la, sv reject chapter korang la. Kena buat semula, kena repair balik la bagai. So, saya nasihatkan buat backup. Simpan file thesis korang kat mana-mana la, email ke, google drive ke. Jangan simpan kat pendrive sebab pendrive senang kena virus. So bila hadapi benda-benda macam nie, be positive. Ohhh ya, menda-menda seperti gugur rambut dan muka timbul jerawat tu menda biasa bila berada di dunia postgrad nie. Hahaha. Ingat, setiap kejayaan takkan datang bergolek tanpa jerit perih yang kita hadapi. Thats why nak berjaya sangat susah. And then, jangan tinggalkan research korang tu lama sangat. Sat lagi nak recap balik, haaa nangis nanti. Lagi satu, carik la kawan-kawan dan sv kita untuk mendengar dan sentiasa cuba dan terus mencuba. Ingat, mental memang kena kuat bila kita jadi student master dengan phD nie. Dan jangan overload sangat. Rehatkan la minda dan badan anda tu. Petang-petang tak buat kerja, pergi la joging. Cewahhh. Hoho

Haaa tulisan merah merah tu sv saya yang conteng. Huhu
Haaaa nie salah satu yang sv saya conteng lagi. Nie 1st time jumpa dia la nie. Huhu
Nie full proposal thesis. Nie after defense proposal. Viva exam belum lagi yer. Huhu
So, konklusinya, sambung master dan phD bukan la sesuatu yang senang. Nanti bila korang naik pentas pegang skrol master phD, mesti korang nangis punya bila pikir apa yang korang lalui nie. Cewahhh. Ingat balik apa tujuan korang sambung belajar nie. Pokok pangkalnya, niat kita nie nak tuntut ilmu. Sebab tu ianya di anggap ibadah. Kerana apa? Kerana menuntut ilmu adalah jalan menuju Syurga dan sesungguhnya, Allah S.W.T mengangkat darjat ahli ilmu di dunia dan akhirat. So, sapa sapa yang ada niat nak sambung belajar tu, good luck and all the best. Kepada sapa-sapa yang masih dalam perjuangan untuk memegang skrol master dan phD, jangan putus asa, jangan putus harap. Survive la selagi boleh. Ingat orang tersayang. Malaysia boleh. Ehehehe