Khamis, 13 April 2017

Tips Untuk Jaga Kulit Muka.

Assalamualaikum Pembaca belog sekalian..

Entri kali nie mengenai tips penjagaan kulit muka. Haaa umum tahu sekarang banyak produk-produk kat luar sana tu. Ade yang boleh dibeli di farmasi, ade yang boleh beli kat online. Ade yang dah di uji secara dermatologically, ade yang tak. Main beli pukal pastu buat brand sendiri. Kalau boleh elakkan dari beli produk macam nie. Nak beli produk skincare, pastikan buat survey atau research dulu. Cari info kat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dahulu sama ada produk tu selamat atau tak untuk kita. Nowadays, memang banyak sangat produk lagi lagi yang local ade bahan beracun, dan banyak dah kes bila pakai muka berjerawat bernanah, muka menggelupas, muka pecah, eahhh hahaha. Mohon hati-hati.

Okeh, back to the title entri tadi, penjagaan kulit. Kulit saya pon bukan flawless pon. Sebelum nie, kulit muka saya gelap dan kusam. Banyak jugak la produk yang saya pernah cuba sebelum nie antaranya Nano-white, Bio-Essence, Simplysiti, Garnier, dan Safi. Haaaa main tukar-tukar produk mula mula nya. Tapi 2 tahun lepas, saya ade try satu produk online nie. Brand dirahsia. Dulu muka saya hanya berjerawat kat pipi kanan. Tapi bila try produk nie, terus pipi kiri naik jerawat pulak. Malah, makin teruk. Sampaikan gatal-gatal la. Lepas tu, saya terus stop pakai. Bila stop pakai, makin teruk pulak. Asal tumbuh je, hilang tinggal parut, lepas tu tumbuh kat tempat lain pulak. Naik fed up la saya. Lepas tu, saya pantang makan. Kacang memang elakkan la. 

Actually, macam macam tips jugak la saya try untuk kurangkan jerawat nie. Sampaikan saya jumpa skincare Hadalabo nie. Boleh tengok entry saya kat http://ceritadaripadaku.blogspot.my/2016/11/review-hada-labo-aha-bha-face-wash-mild.html 
Skincare nie memang saya pakai hingga harini.

Face Scrub
Selain itu, saya juga pakai scrub. Scrub sangat penting untuk remove dead skin cell, remove dirt, blackhead and whitehead. Sekarang saya pakai scrub ST. IVES Green Tea Scrub. Umum tahu Green tea sangat bagus untuk jerawat. Saya cuma pakai dua hari sekali sahaja, walaupun sebenarnya boleh jugak pakai tiap-tiap hari. Sebab dia punya scrub smooth je. Tak kasar. Kalau muka tak breakout, mungkin la boleh apply tiap-tiap hari. Bagi muka yang baru nak sembuh dari breakout nie, masih tak berani nak pakai tiap-tiap hari kot. Huhuhu

Bedak Sejuk sebagai Masker
Selain itu, saya jugak amalkan pakai bedak sejuk. Haaaa, orang dulu-dulu memang pakai bedak sejuk kan. Sebab tu muka orang-orang tua mana ade jerawat. Huhi. Korang boleh je carik kat kedai jamu. Situ banyak. Macam saya, mak cik saya bagi sebab besan dia jual bedak sejuk. Ada yang original (means tak campur apa-apa la), ada juga yang campur dengan kayu manis. Yang ini bagus untuk jerawat. Bese saya pakai yang ini masa muka saya tengah breakout haritu. Kalau yang original, saya suka campur dengan kunyit sikit sebelum pakai kat muka. Cara pakai, amik beberapa biji bedak sejuk tu, then campurkan sedikit dengan air. Kalau nak campur dengan kunyit, then letak je sekali dengan bedak sejuk tu. Kalau nak order, boleh wassup Mak Ngah Jauriah di 012-589 7651 ataupun search facebook makngah.juariah.3

Makeup Remover
Haaaaa ramai yang salah sangka dengan mekap remover. Ada yang cakap "alaa bukan penting pon makeup remover nie. Basuh muka dengan air sudahhh." Haaaa salah kak cik adek. Make up remover sangattt penting. Sebab make up akan totally can be removed by this remover. Then, baru korang boleh basuh muka. Ini kerana make up juga boleh menyebabkan muka korang berminyak dan berjerawat. Selain tu, make up remover pon boleh remove korang punya kotoran kat muka tu. Lagipun, tak semua make up boleh ditanggalkan dengan air. Kalau ade yang waterproof macam mana. Haaa Haaaa. Biasa saya akan remove make up dahulu then baru cuci muka tu. Make up remover yang saya pakai hanya Garnier Micellar water yang cap biru tu (pure active). Yang tu sesuai untuk muka sensitif. Cara pakai, just titik kat kapas muka, then lapkan atau tekapkan kat muka korang. Boleh dapat kat Watsons or Guardian. Harga masa saya beli RM 9.90 sahaja (harga pengenalan). Sekarang dah RM 13.70 I guess. 
Disebabkan lupa nak ambil gambar, saya ambil kat internet sahaja. Huhu

Face Mist
Saya juga pakai face mist. Yang nie saya baru je try. Nie saya beli online je. Face mist yang saya pakai nie adalah Mineral Green Tea Face Mist dari DYXY. This kind of product untuk hydrating and glowing. Selain tu, face mist nie jugak boleh rawat muka kita tau sebab dia ade green tea. Haaa kalau muka jerawat tu, boleh la try. Just sembur je kat muka. Saya suka sembur bila muka saya tak pakai apa-apa. Sehari sekali. Huhiii Boleh dapatkan di nyyra beauty (instagram) dan NYYRA Beauty Stokis DYXY Johor (facebook). Johor sebab saya beli kat stokis NYYRA Johor. 

Dari depan
Dari belakang. 

Bio Oil
Bahagian Hadapan

Bio Oil dari belakang. Ade explanation kegunaan Bio Oil.

Bio oil nie memang bagus untuk merawat parut. Dan juga tahan lama. Saya dah pakai oil nie bertahun tahun dah walaupon botol kecik. Dan kena konsisten pakai. Biasa saya pakai malam kalau saya tak pakai bedak sejuk. Lepas dalam 1 jam gitu saya cuci muka. Selain pakai kat parut, saya apply jugak kat tepi tepi hidung nie sebab dia boleh jugak merawat uneven skin tone. Produk nie juga boleh dapat kat guardian atau watsons samada botol kecil atau besar. Harga tak berapa ingat dah. Huhu

Bedak Berubat Aiken
Nie bukan sekadar bedak. Tapi ini adalah bedak berubat. Bedak berubat aiken nie boleh merawat ruam-ruam dan jerawat, kemerahan, bau badan dan kaki dan sebagainya. Bagi yang tak suka pakai diodorant, boleh la pakai bedak nie. Bedak nie takde bau. Bedak nie saya pakai kat muka kalau saya tak pakai make up ataupon nak keluar kejap je. Masa muka tengah breakout dulu, saya memang amalkan bedak nie apply sebelum tidur. Pakai kat tempat yang breakout. Boleh cari kat Watsons atau Guardian je ataupun kat pasaraya. 

Cuka Epal dan Pati Delima (Gulsan)

Selain itu produk untuk luaran, saya juga amalkan produk untuk dalaman. Cewahhh. Yang saya amalkan adalah pemakanan sunnah iaitu makan cuka epal dan pati delima. Saya cerita pasal cuka epal dulu ye. Cuka epal nie korang boleh makan atau boleh dijadikan sebagai toner muka tau. Tapi saya biasa buat makan je. Campur dengan air then minum lepas lunch tiap-tiap hari. Tidak di sarankan minum macam tu je sebab dia tajam sangat. Dan jangan minum time perut kosong. Nanti boleh effect kat perut. Cuka epal nie banyak khasiatnya tau. Cuka epal nie kaya dengan anti oksiden, so memang bagus untuk kulit dan juga boleh cuci usus, merawat diabetes, boleh kuruskan badan, keluarkan kahak, menstabilkan gula dalam badan dan sebagainya. Yang saya guna sekarang adalah jenama Halawatulsunnah dalam RM 12.90. Boleh dapat kat kedai jamu la. Biasa banyak jenama cuka epal nie. Pilih je. Hahaha
Cuka epal dan Gulsan
Untuk pati delima, haaa nie kakak saya yang recommend. Pati delima pon banyak khasiatnya. Antaranya boleh menstabilkan kitaran haid. Asalnya, saya makan untuk kitaran haid nie la. Sebab saya ade senggugut dan pernah haid tak datang dalam 3 bulan jugak la. Kakak saya sarankan saya makan nie, lepas tu baru la senggugut saya kurang dan period datang. Saya ade buat research sikit, wanita memang patut amalkan pati delima nie. Selain dari menstabilkan kitaran haid, ia juga boleh mencantikkan kulit, membuang lemak lebihan kat perut, mencegah kanser rahim, merawat keputihan, dan juga untuk kurus. Huhi biasa saya amalkan pagi dengan malam tiap-tiap hari. Biasa saya tuang kat sudu minum macam tu je. Kalau tak tahan masam dia tu, campur la dengan air. Pati delima nie boleh dapat kat kedai jamu dalam RM 12.90.

Tips Tambahan
Okeh. Ade tambahan sikit. Kalau nak cuci muka tu, cuci la tangan dulu. Kot kot tangan tadi pegang apa-apa ke, kotor tangan tu. Lepas tu pegang pula muka. Dan, kalau duduk saja saja tu, jangan la gatal-gatal pegang muka korang tu. Itu pon boleh jadi punca jerawat juga tau. Selain itu, jangan campur tuala badan dan muka. Haaaa nie kebanyakan orang selalu buat. Asingkan tuala badan dan muka okeh. Kalau saya, saya akan tukar tuala muka tu seminggu sekali. Kadang saya tak suka sangat lap muka dengan tuala. Kalau boleh, saya biar je muka tu kering sendiri. Ataupun, saya dapkan je muka dengan tuala. Jangan lap muka macam korang lap badan korang okeh. Sarung bantal pon kena kerap tukar. At least, seminggu sekali.

Okeh. Itu sahaja yang dapat saya sharekan untuk entri kali nie. Harap semua pembaca dapat sedikit info untuk di amalkan bersama. Semua perempuan memang idamkan kecantikan kan. Termasuk saya. Huuuu. Selamat mencuba semua.