Rabu, 14 Oktober 2015

Hijrah Seorang Muslimah

Assalamualaikum pembaca blog sekalian..
 
 
Haaa Salam Maal Hijrah buat semua umat islam. Harini bermula tahun baru, buku baru. Pengalaman manis di jadikan kenangan, pengalaman buruk di jadikan pengajaran. UTM cuti esok. Ramai jugak yang balik. Baru je hantar sorang kawan saya balik tadi. Huahaha
 
Entry kali nie mengenai Hijrah. Hijrah seorang muslimah. Hijrah.Ape itu Hijrah? Dari segi bahasa, Hijrah adalah berpindah. Dari segi islam, Hijrah means perpindahan Rasulullah dan para sahabat dari Kota Mekah ke Yathrib iaitu Madinah pada tahun 622 Masihi, iaitu 13 tahun selepas baginda di utuskan menjadi rasul.
 
But but but, orang kita kadang kadang bila bercakap pasal hijrah, mereka akan terpikir berpindah dari ape yang buruk kepada yang lebih baik. Contohnya, kalau dulu dia mat rempit, tapi sekarang dia dah jadik baik, dah tak tinggal solat, pergi masjid dan tinggalkan hobi merempit dia tu. Hahaha. Begitu jga dengan perempuan. Kalau dahulu dia free hair, tapi sekarang dia jadi muslimah. Pakai tudung mengikut syariat islam, menutup dada, bertudung labuh, pakai baju labuh melepasi punggung.
 
Kenapa Allah mewajibkan perempuan menutup aurat? Supaya kehormatan kita terjaga dan secara automatik kita akan berasa malu untuk buat menda menda yang dilarang dalam islam. Huhuhu. Ramai dah kawan kawan saya yang berhijrah dari segi aurat. Bila ade baju yang lengan pendek sikit, mereka akan pakai handsock dan mula memakai stokin bila keluar. Alhamdulillah, saya pon dalam fasa itu sekarang. Huhuhu
 
Saya admit yang cabaran nak ke arah situ memang banyak. Godaan sangat banyak. Kadang kadang bila nak keluar rasa macam malasnya nak pakai stokin and handsock. Leceh kan? Tapi dalam melakukan Hijrah, paksaan tu perlu ada. Sebab bila kita paksa diri kita, lama lama kita akan biasa dan takkan selesa bila keluar tak pakai handsock dengan stokin. Huuuuuuu
 
Ada sesetengah muslimah, drastik terus dalam melakukan perubahan, but for me, I just want to make it slowly. Sebab saya tak suka lakukan perubahan secara drastik. Take time. Kalau dulu, saya still on/ off pakai handsock and stokin, tapi sekarang bila dah biasa memang dah wajib pakai semua tu sebelum keluar. Haksssss.
 
So, guys, ape pon yang anda lalui dalam fasa hijrah, kuatkan hati anda. Segala halangan dijadikan cabaran. Semoga kita terus istiqamah dalam melakukan perubahan untuk menggapai SyurgaNYA. Dan yakinlah, bila kita berubah kerana Allah, Allah akan permudahkan usrusan kita. Inshaallah.
Jika tak mampu lakukan secara drastik, make it slowly. Huhuhu
Siapa kata berpakaian mengikut syariat islam tu tak lawa? Boleh kot. Lawa kot. Muahahaha