Isnin, 21 Disember 2015

Memories of Projek One14 (Part 3)

Dengan Nama Allah Yang Maha Penngasih Lagi Maha Penyayang


Sambung menulis lagi. Kali ini saya nak cerita pulak mengenai event kami kat UTM plak. Event kali nie buat kat kitorg punya fakulti iaitu fakulti pengurusan yang di panggil peer to peer event. Haritu salah eja peer tu ketua projek gelakkan saya. Cisss betol. Hahaha. Kitorg buat surat untuk menggunakan lobi bawah tu untuk sesi pameran dan juga nak pinjam barang seperti extension wire, board untuk pameran, dan juga meja kerusi. 

Kempen kat sini start pagi sampai petang. Salah satu aktiviti kat situ adalah exhibition. Exhibition kitorg highligtkan isu mengenai islamophobia, hijab abuse, racism, discrimination dan juga program yang kitorg dah buat kat sekolah haritu. Isu nie kitorg cuba sampaikan kepada audience mengenai kenapa isu nie berlaku dan apa impaknya kepada penduduk muslim dan dunia.
Discrimination board
Islamophobia board satu
Islamophobia board dua

Racism board
Hijab Abuse board
Selain tu, aktiviti lain seperti hijab experience. Aktiviti nie untuk tarik minat non-muslim merasa macam mana rasa bila pakai tudung. Respon diorg baik je. Bagi mereka, pakai tudung tidak lah susah seperti yang mereka sangka. Bila tengok diorg pakai tudung, alahaiii, comelnya. Huhuhu.

Salah seorang non muslim try pakai hijab. How cute. Huhu
Ade jugak aktiviti games. Games nie untuk menarik org ramai datang ke booth kitorg. Games nie mengenai culture mengikut continent yang ade kat dunia nie. First sekali, diorg kena baling dart. Papan dart tu sebenarnya ade warna. Dan warna tu mewakili 1 continent. So, bila kena warna hijau, diorg akan dapat soalan dari continent hijau tu, contohnya Asia. Pemenang akan dinilai bape banyak jawapan yang betol dan diorg of course akan dapat hadiah. Huahahaha

Games yang kitorg namakan A big world games, kata ketua projek. Hahaha
Selain tu jugak, ade video session. Video nie, kitorg highlightkan isu hijab experience dan juga persepsi islam pada pandangan muslim dan jugak non-muslim. Yang di interview kebanyakan nya student foreigner la. Aktiviti lain seperti sesi bergambar, sign board sebagai tanda support dari diorg. Ade jugak lecturer yang terlibat dalam kempen kitorg. Terima kasih pada diorg. Huhu


Video Session
Lastly, sepanjang kempen nie, banyak sangat cabarannya. Tido tak menentu, plan tu tak menjadik, terpaksa tukar plan last minit. Tapi, daripada projek nie jugaklah, kitorg dapat bekerja as a teamwork, daripada tak kenal terus je jadik rapat. Tiap tiap minggu nak kena update diary kat Department U.S. Pastu, buat report, sampaikan 21 jam tak tidoo langsung, 24 jam tak makan. Sebab nak kena antar kat mereka pukul 6.00 pagi waktu Malaysia pada 11 December. So, dengan buat report last minit, dengan lecturer kami tak sempat checknya, pastu duduk bersila depan CICT UTM untuk carik line internet. Well, bukan senang nak bersila kat situ pukul 6.00 pagi kau. Hahaha, satu pengalaman yang baru bagi kamiorg.

Exhibition board
Photobooth
Sign support. 

Selain ianya sebagai competition dan jugak subjek punya project, kitorg anggap ini juga sebagai satu dakwah. Untuk memperbetolkan persepsi orang bukan islam terhadap islam. Sebab tu orang cakap nak sampaikan dakwah tu susah. Even Nabi Muhammad dulu pon kena banyak lalui cabaran dugaan untuk sampaikan dakwah kepada orang. Lagipon, dakwah juga merupakan tanggungjawab semua umat islam untuk sebarkan agama kita. Betol tak? Huhuhu.

 Okehh, itu sahaja memories mengenai projek One14 nie. panjang haaa sampai tiga part haa.Okeh yang nie last. Pastu takde dah. Hahaha okeh, akan ade update lagi sementara tak busy nie. Adious.

Gambar team kitorg. Last masa kat event faculty. Huhu



Ahad, 20 Disember 2015

Memories of Projek One14 (Part 2)

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Sambung menulis blog lagi sambil menunggu bedak sejuk kering kat muka nie. Sambung lagi bercerita mengenai projek One14 nie. Bila dah list punya list, cut aktiviti nie itu, lecturer kitorg mencadangkan satu aktiviti buat poster competition kat sekolah. Sebelum buat pertandingan poster, lecturer kitorg kena bagi talk dulu mengenai extremism. Campaign kat sekolah nie di buat kat  Sekolah Menengah Kebangsaan Sri pulai perdana kat pulai Johor. Waktu kitorg pergi, memang budak budak nie dah abes final exam. Dah nak cuti sekolah dah pun. 

Talk Session
Event nie start pada pukul 1.30 petang. Kitorg kena sampai kat sekolah tu pukul 11.00 pagi.Atas arahan boss daaa. Hahaha. Sampai sampai kitorg kena set up tempat la. Macam bilik untuk di gunakan untuk buat games dan jugak untuk poster competition Selain tu, aktiviti pasang banner, pasang signboard untuk menunjukkan mereka support kitorg punya kempen, dan jugak aktiviti bergambar. 

Cabaran masa kempen kat sekolah nie, of course la student ramai. Sebab cikgu cikgu turunkan satu satu pelajar kelas diorg kat bawah untuk kitorg explain kenapa kempen nie di buat di sini. Pelajar sekolah of course diorg tak berapa tahu sangat mengenai isu keganasan yang berlaku sekarang. So, it is cabaran la kena explain more sikit kat mereka ape itu keganasan dan ape yang akan berlaku jika ianya berterusan. 

Untuk poster competition, kitorg dah letakkan tema iaitu mengenai keganasan dan juga toleransi antara kaum. Pemenang akan dapat t-shirt One14 kitorg dan juga wang tunai. Tiga pemenang akan dipilih berdasarkan sekreatif mana diorg punya poster tu. Huhuhu

Penilaian poster. Juri terdiri drpd ketua projek, yang lelaki tu, dengan lecturer kami. 
Selain tu, kitorg ade jugak social games untuk merapatkan hubungan antara kitorg dan juga murid murid kat situ la.Cewahhhh. Hahaha. Ade tiga games kitorg main berkumpulan. First games idea dari ketua projek kitorg. Main building block. Mereka di beri kertas A4 dan mereka kena pikir idea macam mana nak bina bangunan pakai kertas. Hang nak lipat ka kertas tu, nak konyokkan ka hang punya pasai. Jadik nampak bangunan. Muahahaha. Dan lima minit kemudian, mereka kena amik kad. Kad tu ade yang baik dan tidak la. Kalau kad baik, mungkin akan dpt kertas baru, dan kalau buruk, mereka kena buang 1 kertas dri bangunan tu. Huahahaha. Games ke dua adalah mind your step. Mereka kena igt mana kotak yang boleh pijak atau tak. Simple je. 
Social games. Yang duduk kat meja tu saya. Huahahha
So, main objektif kempen kat sekolah nie adalah untuk capai target audience kitorg which is millenials umur dari 13 tahun hingga 25 tahun. Kempen nie berunsur education jugak sebenarnya sebab kitorg cuba membuka mata murid murid nie tentang isu isu keganasan nie kekalkan sikap toleransi antara kaum nie. 

Photobooth. 
Sign support. 
Next entry saya akan cerita next kempen kami di UTM pulak. Ape aktiviti yang kami dah buat kat sana. Nak cerita kat sini of course la panjang kan entry nie. Okehhh adious. 

Team kitorg at school event. 


Sabtu, 19 Disember 2015

Memories of Projek One14 (Part 1)

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha pengasih


Semester yang sangat busy. Kenapa busy? Sebab sem nie saya amik subjek yang berat berat seperti marketing management, operation management dengan corporate finance. Dua subjek kena baca dan ingat, lagi satu subjek kena kira kira. Ohhh mennn.

Okehhh, go straight to the point. Tengok tajuk pasal One14. Dah ape pulak One14 nie? Projek ape nie? Haaaa meh sini nak cerita. Nie asalnya projek group untuk subjek Marketing management kami. Projek nie sebenarnya dari U.S Bureau of Educational punya. Mereka buat satu competition untuk 20 universiti dari US dan 25 international universiti termasuk la UTM, untuk develop satu digital campaign mengenai challenge extremism. Pasal keganasan la senang cerita. So, bukan calang calang universiti jugak yang join sebenarya. Bila lecturer kami bercerita mengenai projek nie, kitorg teruja sekejap. Sebab bila kitorg menang, hadiah dia agak lumayan la dan akan di jemput ke Washington untuk membuat presentation kat sana.

Sepanjang team kami buat projek nie, kami dapat dana daripada pihak sana. Banyak tau diorg bagi. Ish Ish ISh. So, actually projek nie besauu la. Nanti at the end, kitorg kena hantar report kat pihak sana untuk penilaian. Huhu.

Mula mula kitorg terima competition nie, kitorg kena pikir objective campaign nie. Ape yang kitorg nak capai dalam kempen nie. Macam macam idea lah keluar dari team kitorg. Search internet, buat literature review, tengok previous winner punya campaign macam mana diorg buat bagaii gitu. Hahaha pening pening. Akhirnya dapat kami decide nak buat objektif untuk promote yang islam tu adalah peaceful religion and to promote tolerance.

Akhirnya, kitorg dapat dua objektif yang kami nak capai. Lepas dapat objektif, kitorg listkan aktiviti ape yang nak buat. List punya list, cut aktiviti itu ini, kami decide untuk buat kempen kat sekolah dan di fakulti kami sahaja.

One14 nie adalah total surah dalam al-quran iaitu 114 surah semuanya. Kenapa kitorg pilih nama nie? Sebab kitorg nak kekalkan ciri ciri yang berdasarkan islam pada brand campaign nie bersesuaian dengan objektif. Huhu. Okeh. Nanti next entry saya akan cerita aktiviti yang kitorg dah jalankan. Banyak aktiviti dan cabaran lain yang kitorg terpaksa lalui. Huhu.
                       
Inilah campaign brand name kitorg. Logo nie boss merangkap ketua projek kitorg yang create. Huahaha
Terpaksa besarkan. Takot korg tak nampak. Nie about One14 dan jugak objektif. Huhi

Semasa discussion. Setiap isnin selepas kelas marketing. 

Another discussion. 

Plan yang kitorg list. Macam minit meeting gituuuuu. Ahaksss.
Pape pon korang boleh visit facebook pages kitorg One14, twitter dengan instagram one14_p2p dan website www.one14.info. for more information dan detail. Hehehe