Selasa, 22 November 2016

Review: Hada Labo AHA BHA Face Wash, Mild Peeling Lotion and UV Perfect Gel

Assalamualaikum Pembaca Blog sekalian,

Lama nya tak update blog. Mintak maaf sangat sangat, busy dalam menempuhi liku-liku kehidupan sebagai pelajar master di UTM nie.Alahaii sapa kata sambung belajar ke peringkat master dan PhD tu senang? Banyak sangat cabarannya tau. Lagi-lagi bila tengah buat research or dissertation. Kadang-kadang rasa putus asa, rasa give up tu mestilah ada. Betol tak student-student postgrad sekalian? Nanti next entry saya sharekan apa cabaran dan tips semasam menjadi sutdents postgraduate nie. Huhu.

Entry kali nie pasal review lagi. Kali mengenai daily face wash, toner dan moisturizer yang saya pakai. Saya sangat admit yang kulit muka saya tak lawa dan tak flawwless mana pon. Tapi as a girl, mesti kita impikan kulit yang bersih, bebas dari sebarang jeragat, jerawat, bekas jerawat bagai lah. Huhi. Dulu muka saya gelap, masa kat sekolah dengan matriks. Then, masa kat UMP, timbul pulak jerawat kat pipi kiri dengan kanan nie haa. Siap tggal parut lagi tu. Adoii lagi la tension. 
Muka masa Matrik. Masa nie mana ade kamera 360 lagi. Haha

Untuk nak hilangkan parut jerawat nie, memang saya dah try banyak dah produk. Tapi takde sangat kesan. Sampailah saya tengok review dari blog2 orang lain then terbaca la review orang mengenai Hada Labo nie. Umum tahu bahawa Hada Labo nie produk dari Jepun dan ambassador dia Jun Ji Hyun. Sapa tak kenal dia tu, heroin cerita My Love From Another Star dan yang terbaharu cerita The Legend of the Blue Sea. Haaaa tengok la muka dia. Cun kot. Walaupon dah kawen dan ada anak sorang dah, tapi muka tetap flawless. Haha. 

Hada Labo ada banyak face wash. Tapi saya pakai Aha Bha Face Wash. Firstly, nak cerita pasal Hada Labo Aha Bha Face Wash. This face wash sesuai dengan masalah kulit muka saya sekarang, pore-acne and oily skin. Biasa saya pakai pagi dan juga malam sebelum tido tiap tiap hari. Face wash nie jugak ada:
Double Action Exfoliating Formula iaitu AHA (glycolic acid) and BHA (salicylic acid) yang boleh melembutkan, dan remove cel kulit mati. 
Boleh buang blackhead dan polish kulit kusam refine's skin texture supaya kulit lembut dan radiant.
Triple Anti-pollution formula iaitu membantu dan protect kulit dari sebarang pollution environment
Low irritating and pH balance skin dan no alcohol, mineral oil and colorant. Huhi

AHA BHA Face Wash Depan
AHA BHA Face Wash belakang
Untuk Mild peeling lotion pula, ini sebenarnya bukan lotion tangan or kaki tau. Tapi toner. Orang Jepun memang panggil toner tu lotion sebenarnya. Sebab tu semua toner Hada Labo tu dia tulis lotion. Don't get confius. Huhi. This lotion ada Gluconic acid yang boleh buat kulit kita fresh and lembut bila apply. Lotion nie sesuai untuk kulit normal to combination skin. Bese saya pakai lepas pakai face wash. Just titik atas tapak tangan dan tap je kat muka. Saya tak suka pakai kapas. Sebab ada tips yang mengatakan toner lagi mudah serap ke dalam kulit jika kita tap2 kan je dengan tangan berbanding guna kapas. Lagi satu tips, selepas cuci muka kita dengan face wash, terus je apply toner sebab ianya boleh elakkan muka kita dari kering. Sebab buih dari face wash boleh buat kulit kita kering, so bila pakai toner terus boleh elakkan muka kita keep hydrate semula. That why saya letak lotion nie kat bilik air, sebab lepas cuci muka terus je pakai lotion nie. Huhi
Mild Peeling Lotion depan

Mild Peeling Lotion  belakang
Untuk moisturizer pulak, saya pakai Hada Labo UV Gel SPF 50++. This gel 5 dalam 1 tau. Dia boleh jadi essence, makeup base, moisturizer, mask dan juga face primer untuk intense hydrate dan UV protection. Haaaa jimat kan. Selain moisture kulit, dia jugak boleh jadik UV protector sebab ada SPF 50++. Saya kalau carik moisturizer memang akan carik yang ada SPF sebab bila kita keluar, memang akan terdedah dengan sinaran UVA and UVB. So, this gel memang sangat membantu untuk protect kulit saya dari UV. Selain tu jugak, gel nie ada vitamin C derivative yang boleh remove kulit kusam dan keeps kulit kita glow. Dia ada mengandungi dua jenis acid iaitu Nano hyaluronic and hyaluronic acid yang juga boleh intense and keeps hydration tahan lama. Biasa saya pakai siang je sebab gel nie ade UV. Malam mana ade UV. Hahaha saya pakai juga pada waktu malam tapi pakai kat mana2 part kulit yang kering je sebab dia kan boleh mositurize kulit kita. 

Ini Perfect UV Gel SPF 50++ depan. Belakang dia tulisan Jepun je. Mana paham. Huhi 
Ini set yang saya pakai tiap tiap hari 
Produk nie boleh dapat kat Watson, Guardian dan pasaraya Giant and Aeon pon ada. Harga nya mahal jugak la. Nangis jugak la saya kalau nak beli lagi-lagi masih bergelar students nie, tapi di sebabkan kesan dia saya suka., terpaksa jugak beli.Huuuuu. Kalau face wash biasa dalam RM 27. Mild Peeling Lotion dalam Rm 49.90 dan UV Gel SPF 50 ++ dalam RM 44.90. Selalu lah buat perbandingan harga macam saya. Kalau kat pasaraya biasa mahal, so saya selalu beli kat Watson or Guardian sahaja. Huhu setakat nie saya pakai, parut jerawat makin pudar, dan jerawat kat pipi kanan saya dah berkurangan. Orang kata kalau parut jerawat makin pudar, maka muka kita makin cerah la tu. Huhi. Okeh, kepada semua yang masih mencari skin care apa yang sesuai dengan kulit acne-prone and oily skin, cuba lah Set Hada Labo AHA BHA nie. Dan pilihlah produk yang sesuai dengan masalah kulit anda. Jangan main tarammm je. Nanti jadi makin teruk nanti. Haaaa okehlah. Selamat mencuba. Adious..




Jumaat, 10 Jun 2016

Pengalaman Menjalani Latihan Praktikal di GD Express Sdn Bhd

Assalamualaikum semua..

Hai pembaca sekalian. Selamat berpuasa semua. Haaa entry nie ditulis masa bulan puasa. That why I wish for that. Hohoho. Bila bercakap pasal puasa, teringat 2 tahun lepas pernah berpuasa semasa buat latihan industri. Mohon punya mohon, last last pilih syarikat GD Express Sdn Bhd sebagai company untuk mencarik pengalaman dalam bidang industi. Hoho.

Kalau anda baca di post saya 2 tahun lepas di latihan industri, ade yang tanya best ke praktikal kat situ, adakah di serap kerja ke tak bila dah abes. Nanti saya cerita dalam entry kali nie. Sebenarnya kalau nak mohon untuk praktikal kat sini, ada syarat nya. Sekarang GD Express ataupon Gdex ada buat dua types internship: aprentice program dan normal internship program. Zaman saya dahulu iaitu tahun 2014 satu types internship je iaitu yang normal internship tu. Antara syarat dan documents yang perlu untuk mohon ade di website diorg http://www.gdexpress.com/malaysia/careers/internship-gdex/#internHorizontalTab1  

Reason saya pilih company nie sebab firstly, elaun la. Elaun Rm900. Starting zaman saya diorang naikkan elaun. Hahaha saya jenis tak suka kalau buat keje tapi elaun takde. Memang kita praktikal je, tapi kita buat kerja mereka kan. Sah sah diorg kena bagi gaji.Tak gitu? Hehehe. Lagipon kalau ada overtime, diorg akan bagi gaji OT dan kalau sakit, korg boleh claim semula duit perubatan tapi kalau pergi klinik panel diorg la. Kalau pergi klinik lain, diorg akan cover berapa percent je tah. Lupa dah. 

Yang kedua, sebab tiap tiap minggu akan tukar department. So korang boleh merasa jugak intern dan buat keje kat department lain lain. Takde la stick kat satu department je. Kat sana banyak department, contoh, logistics, HR, Corporate affairs, Credits, Accounts, Insurance and Claim and banyak lagi la. Department tu akan di arrange oleh akak akak DPRC department iaitu kak Jiha, kak Mas dengan Amalia. Amalia tu satu team praktikal dengan saya dulu. Nanti kalau korang masuk, korang akan jumpa department nie dahulu sebab department nie yang akan arrange students practical. Mula mula masuk, akan ade meeting dulu. Usually, korang akan jumpa budak praktikal dari IPTA/IPTS yang lain. So mesti ada kawan punya la. Saya dulu memang dah ada kawan yang sama UMP dulu iaitu Haziq dengan Syafiq. 

Tapi bila asyik kena tukar department nie ada cons dia jugak. Sebab kalau korang terpaksa masuk kat department yang tak best, haaaa nasib la. Kena ngadap jugak la. Tapi kalau masuk department best, korang berpeluang ikot abang2 bawak lori tu delivery barang, pergi hub carik consigment note, tengok barang rosak, tengok operation untuk pengagihan barang pos ikot negeri. Dan korang juga perpeluang ikot night operation. Means korang kena kerja malam la. Tapi siangnya korang akan cuti. Its okay. Huhuhu

Pengalaman kat sini sepanjang 6 bulan banyak sangat. Kena marah, kena berpanas dalam stor, dalam hub tu perkara biasa. Lagi lagi puasa. Paling best masuk department POD. Kena agih consignment note. Bayangkan consignment note beribu-ribu ikot branch GDex. Best sebab akak dengan abg kat situ lawak sangat. Kalau masuk situ, memang tak kering gusi. Asyik ketawa je. Dengar diorg gosip la, gaduh la, lagi lagi kak Ida dengan abg Mus. Rindu department situ. Lagi satu SSPD. Itu bos dia hensem. Pastu kalau masuk situ, kena call customer bagitahu reason barang kenapa barang diorg tak dpt nak deliver. Abes je call, dah boleh rilek. Hahaha. Pengalaman yang tak boleh lupa pernah kena kejar anjing hitam masa nak ke department transport. Sebab situ ade anjing hitam. Haaaaa

Ada yang bertanya kepada saya, kalau praktikal kat sana, akan di serap terus kerja atau sebaliknya. Jawapan akak, bergantung kepada department yang kosong. Kalau ade kosong, dan performance korang baik, dapat serap la. Contoh macam kawan saya Amalia dapat kerja dalam bahagian DPRC sebab memang nak pakai staff dan kebetulan dia baru abes praktikal masa tu. Sebelum abes korang akan ada test. Test tu just untuk memenuhi syarat, dan ada percent untuk lulus. Kalau tak lulus, kena repeat test balik tak silap saya. Sama juga macam kerja. Nak mohon kerja kat sini pon ada test jugak. Saya dulu pernah interview kat department warehouse tapi tak dapat sebab diorg nak staff laki. Sebab kerja nie ade shif. So saya reject la. Huhu

Medical card. 
Team practical dengan akak DPRC. Dari kiri Zaid, Haziq, Syahiq,Amalia,Syafiq,Hafiz,Khalilah,Faizah.Nadia, Saya.
Depan duduk: Kak Jiha, Kak Sarah dengan Kak Mas.
Kami masa weeding Kak Mas.

Lastly dapat sijil lepas korang tamat internship. 
Okeh. Itu je rasanya pengalaman yang saya ingat kot sekarang. Sebab dah dua tahun berlalu. Sepanjang praktikal kat sini, kitorg banyak buat aktiviti bersama, antaranya gi makan steamboat, buka puasa sama sama dan banyak lagi la. Okeh, sapa yang dapat praktikal kat sana, Good luck and grab banyak banyak pengetahuan kat sana. Bila intern la korang akan merasa situasi industri yang sebenar. Bila tak tahu, jangan malu untuk bertanya. Biasa staff sana layan kita baik baik je. Huhi Adios. 


Khamis, 21 April 2016

Review: Metholatum Botanics Facial Sheet Mask

Assalamualaikum pembaca blog sekalian..

Lama tak menulis. Last menulis bulan februari haritu. Maaf la. Busy sangat. Nak kejar dateline untuk hantar proposal. Tapi sekarang ambil kesempatan sekejap nak update blog. Bosan jugak hari hari ngadap thesis nie. Haihhhhhhh

Entry kali nie sesuai untuk sesiapa yang tengah usya usya face mask. Haaa saya dulu tak biasa sangat pakai face mask. Tapi dulu kawan pernah bagi face mask peel off yang tarik tu. Tapi tu jenama Garnier. Sejak tu, saya biasakan diri pakai face mask. Sekarang memang banyak sangat jenama jenama skin care yang keluarkan face mask. Face mask pulak ade bermacam macam. Untuk dry skin la, combination skin la, ataupon all skin type boleh pakai. Sometimes kita pon keliru nak pakai face mask mana satu kan? Hahaha

Mehh saya kenalkan face mask yang saya selalu pakai. Saya baru je pakai dalam dua bulan gitu. 1st time pakai alahaiii bestnya. Baunyaaa wangi, pastu essence dia pon banyak. Dalam 22 ml of herbal essence. Dan yang penting ianya natural produk herbal extracts. Inspirasi dari alam semulajadi. 

Packet muka depan

Packet muka belakang

Tadaaaaa. Ini dia Metholatum Botanics face mask. Nie yang saya biasa pakai. Untuk hydrating and brightening face. Dia ade aloe vera. Huhu. Actually, facial mask nie ade banyak jenis. Ade lavender, rosemary, delima, minyak rosehip dan saya pakai nie aloe vera. Tapi jenis tu ikot jenis kulit kita la.

Terdapat 5 jenis facial mask

Cara nak pakai boleh tengok kat belakang packaging tu. 

Arahan pakai:
Buka dan letak sheet mask kat muka dan gently urut mask kat seluruh muka. Biarkan selama 10-15 minit. Lepas tu removekan dari muka. Essence yang ade kat muka tu urutkan supaya ianya fully absorb kat dalam muka.

Facial mask nie korang boleh dapatkan kat Guardian dengan harga RM 6.90. Murahh je. Cuma setakat nie takde jual bundle lagi. Selalu jumpa jual satu satu je. Huhu. Okeh, selamat mencuba. Rehatkan dan manjakan kulit muka anda dengan facial mask nie okeh. Adoius. Jumpa lagi. 

Sabtu, 20 Februari 2016

Move On Dan Lepaskan Dia Pergi

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Hai pembaca blog sekalian. Sama ada yang follow saya atau tak. Saya menulis blog bukan untuk nak dapatkan follower ramai tapi ini adalah tempat untuk saya luahkan isi hati nie haaa. Hahaha sobs sobs. Menulis sambil mendengar lagu Big Bang nie, siapa peminat Kpop mesti kenal group nie kan. Dari korea terdiri dari 5 orang namja. Hahaha actually saya salah seorang peminat BigBang sebab lagu diorg. Walaupon tak paham tapi sedap di dengar. Huahaha okehhh straight to the point. 

Dah lama tak tulis tajuk pasal hati dan perasaan nie. Asyik post pasal review, makanan dengan projek je.Move on. Ape yang di maksudkan dengan move on nie? Ade banyak maksod sebenarnya. Tapi bagi saya, move on beerti kita redha dan terima kenyataan orang yang kita sayang tu bukan lagi jodoh kita, bukan lagi orang yang ada dalam hati dia. 

Ada yang kata move on nie maksod kita boleh lupakan dia dan boleh bercinta dengan orang lain la apa la. Saya tak berapa setuju dengan perkataan lupa tu sebab kita manusia biasa. Bukannya komputer yang boleh tekan je delect, terus hilang. Hakikatnya, kenangan tu akan tetap ada dalam ingatan.

Kan? Huhuhu

Ade yang bertanya kepada saya, "kau dah move on ke belum Lehan?" Aisehhh payah nak jawab soalan tu. Sebab saya sendiri tak tahu saya dah move on ke belum. Classmate saya siap bagi theory lagi. "Cukup setahun mesti kau dapat lupa dia Lehan". Banyak theory betol dia tu. Tahu la pandai. Hahahaha

Actually benda nie sangat sangat makan banyak masa. Jujur saya dulu, masa putus, saya banyak sangat menangis. Ade orang kadang kadang putus cinta terus jadik gila sebab tak boleh terima dia dengan kita dah finish. Maybe terlalu sayang. Sebab perkataan "terlalu" tulah kita susah nak move on. Dulu kawan kawan saya pernah nasihat saya, jangan terlalu sayangkan dia, tapi saya tak endahkan. Bila dah jadi macam ni, baru terpikir balik. Betol kata diorang,

So, dalam kita nak move on nie apa yang perlu kita buat? Firstly, perlu ingat. Tuhan rancang sesuatu tu mesti bersebab. Allah takes something then He will replace it with someone yang lagi better. Sedih? Sangat sangat sedih. Sebab kenangan dengan dia banyak sangat. Yang kedua, dulu saya terlalu berharap akan sampai ke jinjang pelamin.That why Islam haramkan couple. Sebab bila dah jadik macam nie, baru nampak akibatnya kan? Ade hikmah di sebaliknya. Hurmmmm.

Secondly, bila kita dalam situasi macam nie, ingatlah DIA. Luahkan pada DIA. Hanya DIA yang tahu kenapa DIA susun hidup kita macam nie. Things will be better. Lama lama, saya dah nampak hikmahnya sikit sikit. Pertamanya, saya dah tak terlibat lagi dalam perkara couple couple nie. Saya dah buat perkara yang sia sia, sepanjang 4 tahun. Buat apa kita couple tapi kalau tak rancang untuk kahwin kan? Bukankah itu buang masa je? Keduanya, saya lebih menghargai kawan kawan. Kalau dulu, saya mesej, call hanya dengan dia. Sehingga abaikan kawan kawan. Hanya dengar cakap dia. Padahal bila susah dulu, kawan kawan saya banyak tolong saya. Sebab tu kawan dengan boyfriend, ade perbezaannya. Bila susah, kawan yang kita carik. Bukan boyfriend kita. Betol tak?

Ketiga, keep usaha dan didiklah hati untuk tidak terdetik rindu dia sesuka hati. Memang betol, saya akui bukan senang. Kadang kadang dengar lagu sedih, tiba tiba teringat kat dia. Hahahaha. Kalau saya, saya akan buat buat busy kan diri. Sebab ada orang pernah bagi saya tips nie. Kadang kadang berjaya, tapi bila kerja dah siap, sama je. Ingat balik kat dia. Bestfrind saya pulak bagi tips, kalau nak lupakan dia, saya kena carik orang lain. Tu lagi gila tu. Sama maksudnya macam terlibat dengan couple balik. Hahaha. 

Tapi life masih panjang. Buat apa nak ingat kat dia lelama. Kau akan sakit nanti. Banyak lagi benda yang harus anda fikir. Maybe dia bukan yang terbaik untuk kita. Dan anda, akan dapat yang lagi baik. Mana tahu dapat macam G-Dragon ke? Macam Taeyang ke? Siapa diorang? Google lah sendiri. Hahaha

Okeh bye. Adios. Semoga sesiapa yang tengah move on tu akan berada dalam keadaan yang redha, tenang, bukan masih dalam keadaan menangis, sedih. Okeh. Assalamualaikum. 

Jumaat, 12 Februari 2016

Review: Bio-essence Miracle Bio Water

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Hai pembaca sekalian. Entry kali nie nak review sikit pasal produk Bio-essence Miracle Bio Water. Bagi pengguna tegar Bio-essence mesti pernah tengok atau dengar pasal produk ni. Actually dah lama saya pakai produk nie around 3 tahun jugak la. 

Saya tengah demam masa tengah tulis entry nie. Maklumkah sekejap hujan sekejap panas Malaysia sekarang. Aiyaaa. Cuaca panas kat Malaysia nie boleh menyebabkan kulit kita kering dan jugak panas. Of course la kita nakkan produk yang boleh sejukkan kulit kita, or become more hydrating la gitu. Huhu. Mula mula saya kenal dengan produk nie masa buat presentation dalam kelas. Masa tu kelas management of technology. Semua pelajar di kehendaki pilih satu produk berasaskan technology, so present la technology apa yang di pakai, features semua. And one of my friends present pasal produk nie. Semua terkejut dah kenapa present pasal produk kecantikan. Siap bawak bagi chance untuk kitorg spray lagi tu. 

Inilah Miracle Bio Water

Tapi kawan saya menerang kan teknologi yang di pakai dalam produk nie. Produk nie menggunakan spring water yang boleh menyejukkan kulit kita, selain tu ade jugak Bio-energy fluid yang boleh give benefits dalam dermatology. First time spray kat muka masa dalam kelas dulu, rasa fresh gila muka. Muka rasa sejuk gila. Nie sebab produk nie mengandungi low uniquely mineral and low salt yang mana boleh bagi maximum hydration. With low of both mineral and salt,it's will give your skin feel 2x cooling, soothing, softening, moisturizing and anti-irritaing effects. 

Produk nie bukan saja boleh guna kat muka tapi boleh juga guna kat rambut dan badan. Untuk kulit sensitif pon boleh dan bukan saja orang dewasa boleh pakai. Baby pon boleh guna jugak. 

List of benefits kat belakang botol. 


Benefits bila kita gunakan produk nie:

Control minyak kat muka effectively
Memperbaiki pores
For whitens and brightens skin
Skin becomes more elasticity
Kurangkan dark circles and give lifts skin
Relieves sensitive skin
Mengurangkan jerawat dan jugak redness
Boleh guna lepas make-up for longer lasting and natural look
Melembapkan and menyuburkan kulit
Mengurangkan tiredness and give energising kat kulit
Soothes skin after treatment
Melembapkan lustrous hair
Mengurangkan rambut kering
Menyegarkan dan melembapkan kulit lepas exercise
Soothes and calms damage skin
Under hot sun boleh melembapkan and refresh kulit kita.

Cara guna miracle bio water nie:
Just hold the bottle around 20 cm form targeted area and spray saja kat muka, rambut atau kawasan yang kita nak. Tak perlu pat dry after make-up. Biarkan saja sampai kering. Senang. 

 Just spray ke kat mana yang anda nak.Spray pon tak terlalu ketat. So tekan sahaja. 
Produk nie boleh dapat kat Watson or Guardian. Biasa saya beli kat situ saja. Ade dalam 100ml (itu yang kecik la) atau 300ml (itu botol besar). Biasa kalau botol kecik dalam RM 20 something la. Kalau 300ml dalam RM 46 something gitu. Biasa saya beli yang kecik je. Tak mampu nak beli yang botol besar tu since dah jadik student nie kena berjimat sikit. Hahahaha

Okeh. Jumpa lagi. Adios. 




Ahad, 3 Januari 2016

Makan Besar atau Big Food Restaurant

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Hai pembaca sekalian. Yang tengah mencari tempat makan kat Johor Bahru tu. Entry kali nie saya nak share mengenai makanan. First time nie entry pasal makanan. Huahahaha nangis bawah meja. Seperti yang semua student student tengah lalui sekarang, iaitu final exam including me. Abes sahaja exam, kita orang mula mencarik tempat makan sebagai rewards untuk diri sendiri. Yelah mana tak nya, dua hari betapa kat library. Pastu gap untuk dua paper hanya 2 hari je. Mata pon macam panda haaa. Huuuuuu tapi ade lagi 1 paper tapi gap seminggu. So, enjoy dulu. Huhu

Okehhh, back to our entry tadi, malam tadi kita orang keluar and soalan wajib setiap hari adalah "nak makan kat mana nie?" Haaaaa soalan susah nak jawab nie. So, kawan ada suggestkan makan kat Big Food Restaurant. Haaaa kawan cakap harga memang mahal tapi sangat berbaloi sebab portion dia banyak gila. Mulanya macam tak percaya. So, kita orang pon pecuttt la pergi sana. Hahaha

Sekali sampai sini, tengok dari luar, gilaaaa wowww memang betol la. Pinggan besar pastu makanan penuh atas pinggan tu. Hahahaa saya yang kuat makan nie pon takkan abes punya. Tanya kawan ape yang sedap kat sini tengah tengah tengok menu tu. Hehe
Ini menu dia. Korang boleh pilih nak makan ape. Huhu

So dia suggestkan makan Nasi Goreng Chicken Chop. Nasi goreng nie ade ayam chispy, memang rangup gila, pastu ade sambal, dengan sos black paper. Kitaorg pergi tiga orang pon share2 makanan takot tak abes. So amik lagi 1 makanan iaitu Pasta Ala Arrabiata. Huiii nama dia. Yang tu pon sedap jugak. Huhu. 


Dari view tepi. Nasi Goreng Chicken chop. 

Nasi Goreng Chicken Chop. Banyakkan nasi dia?
Nie Pasta Ala Arrabiata. Ala ala spageti meatball gitu. 
Kat sini pon boleh buat birthday party. Sebab semalam ada orang buat birthday party. Di buka start pukul 3pm sampai 12 am. Tapi hari isnin restaurant nie closed. 

Korang boleh visit diorg punya Instagram https://www.instagram.com/bigfoodfnb/?hl=en

So, kepada yang tengah carik tempat makan kat Johor Bahru tu, boleh la pergi sini. Happy makan makan okeh.

Bertiga sahaja. Order dua makanan je. Tengok meja sebelah tak abes makan. Mungkin 1st time datang sini.Tak tahu lagi kot. Rasa nak mintak je makanan kat diorg. Hahaha
Tengah nak betolkan tudung, kawan dah amik gambar. Begini la jadiknya. Hahaha
 Abes je makan, kita orang jalan jalan kat Danga Bay. Berjalan jalan di tepi pantai. Nampak couple berdating sana sini. Penacong pon ramai ke sini. So, bergambar la kat kartun ape ke nama kartun nie entah la. Huahaha
At Danga Bay park.

 Okehh jumpa lagi. Adiousss.