Khamis, 21 April 2016

Review: Metholatum Botanics Facial Sheet Mask

Assalamualaikum pembaca blog sekalian..

Lama tak menulis. Last menulis bulan februari haritu. Maaf la. Busy sangat. Nak kejar dateline untuk hantar proposal. Tapi sekarang ambil kesempatan sekejap nak update blog. Bosan jugak hari hari ngadap thesis nie. Haihhhhhhh

Entry kali nie sesuai untuk sesiapa yang tengah usya usya face mask. Haaa saya dulu tak biasa sangat pakai face mask. Tapi dulu kawan pernah bagi face mask peel off yang tarik tu. Tapi tu jenama Garnier. Sejak tu, saya biasakan diri pakai face mask. Sekarang memang banyak sangat jenama jenama skin care yang keluarkan face mask. Face mask pulak ade bermacam macam. Untuk dry skin la, combination skin la, ataupon all skin type boleh pakai. Sometimes kita pon keliru nak pakai face mask mana satu kan? Hahaha

Mehh saya kenalkan face mask yang saya selalu pakai. Saya baru je pakai dalam dua bulan gitu. 1st time pakai alahaiii bestnya. Baunyaaa wangi, pastu essence dia pon banyak. Dalam 22 ml of herbal essence. Dan yang penting ianya natural produk herbal extracts. Inspirasi dari alam semulajadi. 

Packet muka depan

Packet muka belakang

Tadaaaaa. Ini dia Metholatum Botanics face mask. Nie yang saya biasa pakai. Untuk hydrating and brightening face. Dia ade aloe vera. Huhu. Actually, facial mask nie ade banyak jenis. Ade lavender, rosemary, delima, minyak rosehip dan saya pakai nie aloe vera. Tapi jenis tu ikot jenis kulit kita la.

Terdapat 5 jenis facial mask

Cara nak pakai boleh tengok kat belakang packaging tu. 

Arahan pakai:
Buka dan letak sheet mask kat muka dan gently urut mask kat seluruh muka. Biarkan selama 10-15 minit. Lepas tu removekan dari muka. Essence yang ade kat muka tu urutkan supaya ianya fully absorb kat dalam muka.

Facial mask nie korang boleh dapatkan kat Guardian dengan harga RM 6.90. Murahh je. Cuma setakat nie takde jual bundle lagi. Selalu jumpa jual satu satu je. Huhu. Okeh, selamat mencuba. Rehatkan dan manjakan kulit muka anda dengan facial mask nie okeh. Adoius. Jumpa lagi.