Rabu, 27 Mac 2013

Mimpi~~

Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang...Assalamualaikum

Entry kat atas nie membuatkan jiwa saya kacau..cehh poyoo je..haha Mimpi?Semua orang pernah bermimpi masa tidoo..Kadang2 ianya masok akal ade juga yang tak..Haha Cuma mimpi tu kadang-kadang best dan semestinya kita akan nak ianya jadi kenyataan.Tapi bermimpi tu buruk,semua orang tanakk ianya jadi kenyataan an?Ade yang kata mimpi tu mainan tidoo dan ianya tak membawa ape2 maksud pon..huhu tapi malam semalam saya mimpi buruk gilaa..huhu

Semalam saya rasa letih gila..then malam tu saya tidoo awal..Selalunya kalau saya tido,saya akan amik air sembahyang dulu..Yelah,tidoo dalam keadaan suci,malaikat akan jaga kita sepanjang kita tidoo tau..Tapi malam semalam saya betol2 lupa nak amik wuduk dulu sebelum tido...huhu

P/s: sebelum tidoo mohhh leh amik wuduk dulu..hahaha


Tapi saya tanakk cerita ape mimpi saya tu...Cuma nak share ape perasaan saya bila bangun tidoo teringat mimpi tu..Rasa macam nak nangis tapi air mata tak keluar.Bila nak tido semula petang tadi,baru la air mata tu keluar..Sebab orang kata mimpi tu tandanya kita akan lalui menda tu satu hari nanti.So bila igt ayat tu,air mata saya akan mengalir..Terpikir kenapa saya mimpi macam tu?huhuhu

Semua Manusia tanakk rasai kesedihan..Begitu juga aku.Tapi dengan kesedihan nie jugak la kita akan jadi kuat..dengan rasa sedih nie jugak la cara ALLAH menguji hambanya...So,kita harus kuat hadapi nya...Ya ALLAH,kalau di takdirkan mimpi tu akan aku lalui satu hari nanti,aku berharap aku akan kuat hadapinya..Tapi aku bermohon,jauhilah aku dari ianya jadi kenyataan..aminn..





Selasa, 19 Mac 2013

Jeleskah saya?

Agak lama tak update blog..Bese la.orang busy.hahahha.
Entry kat atas tu nampak macam pelik..Tapi itulah yang saya rasa sekarang nie..Kenapa saya jeles?hahaha
Tak dapat di nafikan bila tengok orang upload gambar diorg kuar dating dengan pakwe diorg..
Muka bahagia je kan?Bila tengok gambar tu,hanya mampu senyum,,hahaha..Tapi saya?Gambar dengan dia pon takde..
Jangan kata gambar,,dating pon takde..Buleh kira la dating dengan dia bape kali je..Tapi tu kebetulan je.
Tapi tak pernah dating berdua arr...Tapi tu tak penting..
Sebab bagi saya,saya lebih suka keluar dengan dia ramai-ramai..
Takde la dia bosan dengan saya an..hahaha jumpa pon dalam kelas je,tu pon buat donorr je..muahaha
Bohong la kalau saya tak teringin nak jumpa dia,tak rindu dia,nak keluar sama2..Kalau sakit,dia buleh tahu,(manja la tu konon) hahaha

Jangan kata dating,contact pon jarang-jarang..yang paling dasyat kadang2 sampai 4 bulan tak contact,bila naik sem tak bertegur sapa..mcm bukan saya punya laki je.hahaha
Bila time birthday masing2,,takde2 hadiah nya..Just wish je,tapi tak kesah pon.asalkan igt birthday masing2 dah..haha
haaa pelik arkk?Tapi itulah Kamiorg..Bila saya cerita kat orang lain,semua macam errrrr~
Tak tahu ape perasaan diorg..Mungkin pelik kenapa kamiorg macam nie..hahaha

Sampai pernah ade yang kata "kalau aku jadi ko,aku tinggalkan aje lelaki macam tu.."hahahah emosi betol dia tu..kalau ikotkan hati,nak je bagi penumbuk..tapi kang nanti tak abes belajar kang dia tu..hahahaha
Sampai ade yang tak tahu saya nie dia punya perempuan pon ade...Yang paling sedihh lagi,ade yang sangka perempuan lain tulah awek dia..seball doh,tapi takpe la..



Yelah,saya nie cuma manusia biasa..Perempuan yang lemah,tak pernah terlepas dari perasaan nie..Even Siti Aisyah pon cemburu sebab Nabi Muhammad selalu sebut nama Siti Khadijah..Namun ape2 pon,selagi kamiorg tak kahwin,selagi itulah kamiorg takleh jadi macam couple yang lain..Yang keluar berdua-duaan tanpa Muhrim,,berpegang tangan,selalu SMS bagai tu...cewahhh poyooo je...hahaha

Terbaca cerita Imam Muda Hilal Asraf..
 (.....da yang tanya, macam mana kami menjaga hubungan kami sepanjang 2 tahun pertunangan?

Sebenarnya telah saya coretkan perkara ini di dalam Buku Motivasi Cinta: Sebelum Aku Bernikah secara panjang lebar.




Namun ringkasnya kalau boleh diceritakan di sini adalah, kami berdua memahami bahawa kami mahukan keberkatan daripada Ilahi. Percintaan bukan matlamat hidup, percintaan hanyalah checkpoint. Matlamat hidup adalah redha Allah. Maka cinta itu mestilah diletakkan bawah redha Allah SWT.


Maka sepanjang 2 tahun itu kami lebih banyak menyibukkan diri dengan usaha nak mempertingkatkan diri. Kami masing-masing sibuk dengan usrah masing-masing, pelajaran masing-masing, rakan masing-masing, keluarga masing-masing dan sebagainya.


Cuma sekali-sekala, baru kami berhubung melalui email. Masa birthday salah seorang daripada kami, yang seorang lagi akan SMS wish birthday. Masa saya pulang bercuti ke Malaysia, kami akan set ibu bapa kami untuk bawa kami bertemu, ditemani kedua-dua ibu bapa kami. Sekali sekala kami bertukar hadiah. Begitulah.


Tapi taklah kemaruk sampai hari-hari contact, SMS tanya dah makan ke belum atau sekadar apa khabar, atau berjumpa sebulan sekali. Bukan. Bahkan kami akan sentiasa rujuk pada Ummi Abah dan Ibu Ayah kami.


Begitulah kami melalui 2 tahun pertunangan kami. Simple sahaja.


Pokok pangkalnya, jangan kemaruk sangat. Allah matlamat kita. Cinta itu sampingan sahaja dalam mencapai matlamat itu. Maka cinta kena tunduk pada apa yang Allah redha.


Sibukkanlah diri dengan persiapan untuk mengemudi rumahtangga. Itu amat amat amat penting.


Sweet-sweet, asmara-asmara, jumpa hari-hari, contact hari-hari, itu semua lepas kahwin pasti ada. Jangan risau. ♥......)
Tengok tak ayat UAI nie...Haaa,ape pon saya hanya mampu berpegang pada janji Allah..Setiap manusia dicipta berpasang-pasangan..Kalau ade jodoh dengan dia,,berjauhan 7 negara sekalipon tetap akan bersama akhirnya..Hanya mampu berdoa.

Ahad, 3 Mac 2013

Janji seorang suami~





Dah baca cerita nie?Sweet tak?Hahaha Tugas utama seorang suami adelah membimbing isteri dan anak2 ke arah Jannah..Bukan senang tau nak jadi seorang suami dan bukan mudah juga nak jadi seorang isteri...Hakikat nya bukan senang la hidup berumah tangga nie..hoho,dari masa akad nikah tu lagi kita dah berjanji yang kita akan jalankan tanggungjawab masing..(Lain kali orang gi akad nikah tu tengok la.haha)Tapi bukan beerti hidup berumah tangga nie sentiasa susah..Kalau suami dan juga isteri tu tahu tanggungjawab masing2 dan jalankan tanggungjawab mereka dengan ikhlas,pasti rumah tangga akan bahagia..So,bakal suamiku,janji dengan saya tau yang awak akan pimpin tangan saya menuju ke syurga..Saya akan cuba jadi isteri yang solehah..In Sha ALLAH..hehe

"Terdidiknya seorang isteri apabila solehnya seorang suami.Sebab tu mencari yang soleh itu penting kerana suami yang akan membimbing isterinya"

Cehhhh gaya tulis entry nie macam dah expect je pasal kahwin padahal kursus kahwin tak amik lagi..haha

p/s: i'm not married yet.Entry nie je yang lebih.Hahaha