Isnin, 28 September 2015

Liku Liku Kehidupan Pelajar Master (Episod 2)

Assalamualaikum semua pembaca sekalian...

Harap anda semua jaga la kesihatan hendaknya. Musim jerebu. Hujan pon tak nak turun kat skudai ni haaa. Huhu. Okeh saya akan share lagi mengenai perjalanan pelajar master or phD nie episod ke dua. Banyak lagi cerita yang belum saya share kan lagi. Huhi.

Ade jugak kawan kawan saya yang bertanya kepada saya mengenai yuran. Actually yuran bergantung kepada pihak universiti jugak. Tapi kos saya di UTM semester pertama lagi mahal dari semester 2 dan ke 3. Sebab mungkin semester pertama tu baru masuk, jadik ade lah tu benda lain nak kena cover. Ade biasiswa yang available untuk taja korang punya yuran if korang dapat sambung study in postgrad. Contohnya MyBrain. Tapi yang nie just taja korang punya yuran sahaja lah. Tapi if korang bayar dahulu yuran pengajian, then korang dapat MyBrain, yuran yang korang dah bayar tu MyBrain akan bayar semula cuma lama sikit la nak dapat duit tu. Tapi sampai bulan 12 nie sahaja. Next year tak ada lagi tajaan nie sebab ikot RMK ke berapa tah saya pon tak igt memang KPM taja sampai bulan 12 sahaja. Tapi tak apa, ada lagi biasiswa lain. Salah seorang kawan saya dapat JPA, tapi untuk postgrad ada interview. Kena alert la bila mereka bukak untuk application. Pinjaman MARA pon ada jugak tapi start tahun nie, mereka akan kenakan 7% interest katanya. Entah la, tapi saya setakat nie hanya ambil MyBrain jelah. Huhu

Lagi satu yang saya nak share pasal pelajar postgrad nie adalah cara pelajar postgrad and pelajar undergrad belajar takkan sama. Yaa, that why postgrad lagi tinggi dari undergrad. Pelajar postgrad banyak kena guna critical thinking. Kena banyak membaca case study, kena relate theory dengan contoh, lepas tu lecturer pon diorg ajar sikit je. Selebihnya atas usaha kita sendiri. Kena banyak membaca buku buku lain. Huhi

Lagi satu, anda akan jumpa ramai foreigner sebab basically foreigner ramai jugak yang sambung study sebagai pelajar postgrad kat Malaysia nie. Lagi lagi student exchange. Macam entry episod satu haritu, ade pelajar exchange dari negara China, tapi sekarang beliau dah balik China dah. Nama dia Bob. Selalu kitorg akan bercerita mengenai Malaysia dan dia akan bercerita mengenai China. Haha semoga beliau sehat sehat sahaja di sana sekarang. Huhi.

And finally, nak cerita nie. Main stress pelajar postgrad nie adalah research sebenarnya. Bukan nya assignment ke, final exam ke, mid term test ke, group project ke bukang sama sekali. Khususnya master mixedmode memang ade assignment, projek, test tapi itu bukan main stress. Hahaha, well semestinya mana mana pelajar postgrad takkan boleh lari dari research, sebab itulah syarat untuk kita sambung phD nanti. 

 Ada yang berkata kepada saya rugi sambung study, baik terus keje la. Haaaa peduli kan kata orang. Niat di hati nie hanya nak tuntut ilmu dan rezeki ade di mana mana je. Tak semestinya kita sambung study, at the end kita tak dapat kerja terus. Jangan sempitkan mindset anda. Huahahaha Peluang untuk sambung study tu tak selalu ade tapi kerja boleh di carik betol dak? Okehhh mana mana pembaca blog nie yang akan sambung study untuk master or phD, tahniah saya ucapkan dan selamat maju jaya saya ucapkan. Selamat menempuh research yang mencabar gila gila tu. Hahahaha adiouss
Inilah team marketing yang akan menempuh projek besar jemputan dari orang dari negara US under Barack Obama Office. Harap berjaya ke US hendaknya. Doakan2 yer. Huhu yang berdiri dari kiri: purple tu saya (as secretary), Hihi lepas tu Anna, Kak ida, Meor (captain projek nie), Izzat, Musa (pelajar dari China), Nabihah, Kak Rin, Farah dan Suhaili.
Yang duduk tu dari kiri, Syira, next, Dr Hazarina (lecturer marketing and coordinator projek nie), and Syikin (Bendahari and runner). Hahaha itu sahaja.

Anna, Farah and Syira tu pelajar undergrad marketing. Diorg volunteer nak join team nie. Huahaha. Sekian, Terima kasih. Akan ade update lagi. Tunggu naaa. Hahahaha



Ahad, 20 September 2015

Liku Liku Kehidupan Pelajar Master (Episod 1).

Assalamualaikum pembaca blog sekalian..

Rasa lama sangat tak update blog. Ramai  kawan yang menegur kenapa saya jarang update blog sekarang. Busy sangat sekarang. Sape kata pelajar master tak sibuk? Banyak kena kejaaa assignment dengan projek lagi haaa. Sebab tu level nya lebih tinggi dari sarjana muda. Huhu

Okelah entry kali nie mengenai perasaan seorang pelajar postgrad. Kepada sesiapa yang mahu sambung belajar ke peringkat nie sesuai baca nie. Sebab ianya sama sekali tidak sama dengan zaman sarjana muda anda. Series series. Even anda take the same university also. Hurmmmm

Entry dulu saya pernah bercerita that Im take decision to continue postgraduate at UTM Skudai. Huhu saya mengambil kos sarjana pengurusan: major in technology management. Kenapa saya ambil kos nie? Sebab my bachelor in the same course with it. So, I think I want to take same course also. Ade juga yang pelajar yang background bachelor mereka kos lain, then dalam master mereka ambil kos lain. Sesetengah orang mungkin mampu kot. Tapi saya better ambil kos yang sama la. Sebab lagi mendalam kita boleh belajar mengenai bidang tersebut. Huhu

Kenapa saya mengatakan pelajar postgrad and undergrad is different? Because master have 3 mode. Master by cousework, master by research, and master by mixedmode (campuran research dan coursework). Saya sarankan buat kajian dahulu sebelum anda ambil mana mana bidang dan universiti mana yang menawarkan, dan juga mode mana yang anda nak ambil.Ade certain certain universiti menawarkan kos yang sama tapi mode yang berbeza. Contohnya, di UTHM atau UMP, mereka menawarkan sarjana pengurusan teknologi tapi hanya dalam mode research. Kalau di UTM, kos yang sama tapi dalam mixedmode. Saya amik mixedmode sebab saya yakin yang saya tak mampu buat mode research. Huhuhu.

Lagi satu ade kawan kawan saya bertanya macam mana nak mintak master? Haaa ade jugak yang tak tahu. Pergi sahaja ke website universiti yang anda mahu. Saya suggest search banyak universiti sikit sebab anda akan dapat buat pilihan sikit. Bukan pergi kat website MOE yeh. Itu untuk pelajar undergrad. Jangan salah paham.Hahaha

Bila anda sambung master, anda kena terima hakikat yang sebenarnya pelajar master tak ramai sebenarnya tak macam undergrad. Macam saya, classmate saya sem nie cuma ade 8 orang sahaja. Batch saya cuma 5 orang, I mean yang masuk sama tarikh dengan saya la. Sikit kan. Lecturer pon macam takde mood nak ajooo sebab pelajar sikit sangat. Hahahaha

Gambar classmate sem lepas. Waktu nie baru lepas exam and ade seorang student exchange yang pakai baju melayu dari China. Akan saya cerita di episod 2. Muehehehe
Okehhhh akan ade episod dua sebab nak cerita dalam satu entry banyak sangat. Nanti anda akan malas baca. Hahaha. Ade lagi yang akan di cerita. Stay membaca. Adiossss.