Sabtu, 21 November 2015

Scrub untuk mengurangkan jerawat

Assalamualaikum ...

Hai pembaca blog sekalian. Entry kali nie sesuai untuk sesiapa yang tengah mencari scrub untuk menghilangkan jerawat. Kali nie saya nak update sikit mengenai scrub muka. Baru baru ini muka saya naik jerawat akibat salah ambil produk. Lagi satu, saya ade resdung jugak tapi selalu selsema je pagi pagi. Cuma baru baru nie pipi kiri dengan kanan naik jerawat. Banyak pulak tu. Mental sekejap. Sobbb Sobb..
Satu hari, kawan suruh pakai scrub muka. Dulu memang ade pakai scrub tapi saya berenti sekejap. Tak pakai dah. Sebab malas nak beli pencuci muka banyak banyak. Hahaha.
Saya pergi watson dan terjumpa satu scrub nie. ST IVES Blemish control. Ini memang untuk acne treatment. Tanya kawan ape maksod blemish tu sebab English saya memang tak berapa bagos so blemish tu tak tahu ape maksodnya. Hahaha. Sebelum beli, memang saya ade tengok review pengguna yang dah guna scrub nie. Ade yang memberi respon baik, ade jugak yang komen ianya tak berkesan. Well, actually it's depend on our skin. Kalau tak sesuai, memang ianya tak berkesan. Saya pon try jelah beli. Tak cuba tak tahu.
Sesetengah scrub, dia punya pasir pasir tu sikit gila. So, sama je macam pencuci muka biasa. Tapi, this product memang scrub dia banyak gila. Bila pakai rasa macam banyak gila pasir kat muka. Haha. Sebenarnya, banyak jenis St Ives nie banyak jenis scrubnya. Ade yang untuk freshkan muka. Tapi saya ambil yang nie sebab ianya memang sesuai dengan masalah kulit saya la. Selain jerawat, it's also to minimizes pores and blackheads. So bila pakai muka rasa lembut gila.
Direction nak pakai nie, pakai tiga kali sehari. Ade direction dia kat belakang produk nie. Tapi apabila kulit muka anda kering, pakai sekali sehari je. Lelama, baru la pakai dua or tiga kali sehari. Biasa nya saya pakai sekali sehari je. Saya biasa banyakkan gosok kat kawasan jerawat tu dengan T-zone dengan harapan jerawat akan kecut. Haha.
Sekarang, saya dah pakai dah sebulan. Alhamdulillah, jerawat kat pipi nie dah making kurang. Kena consistent la pakai. Produk nie boleh dapat kat watson ataupon guardian dengan harga RM 15.92 gitu la. Azam setakat nie memang nak nyahkan jerawat dari muka nie. Huuuuuu.
Ini lah scrub nya. Hahaha.
Okeh. Highly recommend sangat product nie. Sape sape yang ade masalah jerawat macam saya, cuba la try pakai tapi better try buat research dulu which product yang sesuai dengan kulit anda. Huhu. Thats all. Jumpa lagi. Adioussss.


Selasa, 17 November 2015

Bachelor of Industrial Technology Management with hons.

Assalamualaikum...
 
 
Hai pembaca sekalian. Merujuk kepada entry di atas, cehhh macam tulis surat pulak. Entry nie mungkin sesuai untuk mereka yang tengah mencari kos untuk sambung belajar dan sesuai untuk mereka yang sememangnya zero knowledge dalam kos nie. Hahaha. Ada yang bertanya kepada saya, degree dulu ambil kos ape? Saya jawab la saya dari kos Bachelor of industrial technology management or pengurusan teknologi industri. Tapiii haaa mereka tanya balik, tu kos ape tu? Kos tu belajar ape je? Paling menyakitkan hati ade yang bertanya saya tak susah ke nak carik keje nanti? Rasa nak jotos je muka dia. Ingat budak engineering tu memang gerenti dapat keje ke? Hohohoho marohhh pulak. Haha
 
Okehh, firstly saya cerita macam mana saya boleh dapat kos nie. Sebenarnya saya tak apply kos nie pon. Langsung tak tahu pasal kos nie. Saya apply kos lain actually kalau kat UMP. Tapi rezeki lebih memihak ke arah kos nie. Jadik saya terima dengan redha. Saya search kat internet ape objectif kos nie, subjek yang perlu di belajar, dan basic yang kita perlu ada untuk belajar kos nie. Bila search, saya ternganga sekejap. Sebab SPM saya amik kos sains tulen dan matrik saya amik kos sains fizik. So saya memang takde basic education langsung untuk semua subjek dia. .Gelisah tu tuhan saja yang tahu. Tapi saya daftar jugak kt UMP under this kos. Bila berkenalan dengan kawan2 kat sana, ramai jugak yang sama nasib macam saya. So, tak risau dah. Haha cuma kena usaha keras jugak la untuk belajar2 basic finance, management, account, innovation semua tu. Huhu
 
Actually kos nie korg akan belajar mengenai pengurusan dalam bidang industri. Kalau kat UMP, kos nie fokus dalam manufacturing industri. Pengurusan industri nie luas tau. Tak fokus kepada pengurusan pejabat je tapi merangkumi semua department dalam industri tu. Kalau korg ambil kos nie di UMP, korg akan jumpa subjek basic management like creative and innovation, human resources, OSH and CAD design. And core subjek like industrial management, procument or purchasing, supply chain management, operation management, production control, logistics management, strategic management and projek management. So, lecturer kat UMP yang mengajar dalam semua subjek nie ada banyak pengalaman dalam bidang industri means that sebelum mereka jadi pensyarah, mereka dah lama kerja dalam sector industry. Selalunya lecturer banyak bagi contoh2 yang mereka lalui masa mereka kerja dulu. Senang la kan. Lagi kita paham.
 
Korg bukan sahaja belajar theory, tapi subjek calculation juga ada. Macam finance, accounting, optimization method (igt lagi lecturer foreigner mengajar, huhu), matematics for management, applied statistic and statistical process control (main dengan graf dengan belajar software Minitab).
See. My certificate for bachelor. Huuuu

 Walau apa pon ape basic education kita, kalau kita usaha sikit, mesti kita dapat kuasai kos ini. Kos nie senang je nak skor tapi di sebabkan saya malas dan bercintan cintun masa degree dulu, so tersasar la pointer dulu. Pengajarannya, jangan bercinta masa belajar. Hahahaha okehh. Jumpa lagi.