Rabu, 17 Mei 2017

Travelog: Kedai Makan Rahmat, Pasir Gudang Johor.

Assalamualaikum Semua Pembaca Blog Sekalian,..


Selalu entry pasal makeup, pasal master la, pasal skincare la. Sekarang saya nak update pasal makan pula. Seperti yang anda baca kat entry di atas, last weekend haritu, saya dan kawan saya pergi mandi kat Desaru, Johor. Punya la teringin nak mandi pantai dari tahun lepas lagi. Last weekend haritu baru la dapat mandi.

Lepas mandi, perut pon dah lapar. So, kitorang decide pergi makan kat Pasir Gudang. Sebab dekat dengan rumah kawan. Dengan berbekalkan GPS waze, sampailah kitorang kat Restoran Makan Rahmat. Sampai je kat situ, makkk aihh banyak gila kereta kat tempat parking. Sampaikan kitaorang kena tunggu orang keluar dulu, then baru parking.

Sebelum duduk kat meja, kena tempah menu dulu kat kaunter makanan, then baru diorang serve kan tempat duduk. Tapi series tak lama pon tunggu makanan sampai. Sekejap je. Sebenarnya banyak lauk dia, tapi sebab kitaorang sampai lambat, jadi lauk pon dah banyak abes. Restoran dia tepi muara sungai je. Atas air la. Kalau sampai awal, dapat la duduk meja betul2 tepi laut je. Kalau lambat, dapat la meja tengah tengah.

Tapi kalau nak reserve pon boleh. Tapi tak pasti macam mana nak reserve. Rasa nya call dulu la kot. Nombor telefon korang boleh tengok kat apps Tripvisor boleh. Ade no. telefon kat situ.

Menu yang paling femes kat sini adalah ikan siakap goreng. Isi memang lembut gila. Ade lauk lain jugak seperti udang goreng. Tiap tiap hari ade lauk special. Macam kitaorang pergi haritu ade lauk ketam berlada, kerang masak apa tah dan sambal telur. Ramai la yang order ketam masak berlada tu. Di sebabkan kekangan wang, kitaorang order ikan siakap jelah. Huuuuuu

Nasi putih dia.
Ikan Siakap Goreng dia. Boleh tempah dua tiga ekor ikan kalau datang ramai.
Any review pasal restoran nie atau nak dapatkan no. telefon restoran Kedai Makan Rahmat nie, boleh go to website Tripvisor https://www.tripadvisor.com.my/Restaurant_Review-g298280-d5484367-Reviews-Kedai_Makan_Rahmat-Pasir_Gudang_Johor_Bahru_District_Johor.html



Lauk lain yang kami order.

Penuh lauk. Huhi. Dia akan bagi kicap lada. Boleh cicah dengan isi ikan siakap goreng tu.

Air. Saya order air sirap limau je.
Okeh. Itu sahaja untuk entry kali nie. Next entry saya akan buat travelog kat Batu Pahat pula. Jelajah makanan apa pula yang best. Adoius.