Jumaat, 26 April 2013

Tambah Koleksi Buku Lagi

Haaa harini memang hari yang agak busy bagi saya.Pergi jumpa pensyarah dua kali..Dah la bilik pensyarah tu agak jauh jugak...Ohhh penat.Demi thesis yang tercinta nie.Terpaksa la kerah tenaga sikit..huhuhu

Berbalik pada tajuk entry kat atas,lepas balik dari jumpa lecturer,gi gerai buku kat salah satu tempat kat UMP nie..Banyak juga la buku dia jual.Memandangkan baucer buku ade lagi RM50,so saya dapat la beli tiga buku..

Nie buku 1st sekali saya amik..Tajuk dia 33 Pesan Nabi..Dalam buku nie,penulisan dia berdasarkan komik..Watak utama dia 3 ekor kartun tu la..Hurmmm menarik jugak la tengok kat dalam buku nie..Takde la bosan kan.Bagi yang minat baca komik buleh la baca buku nie..Lagi berguna tau..hoooo

Buku yang kedua tajuknya Bolehkah Bercouple?Penulisnya Ustaz Mohd Nidzam Abd Kadir..Saya tertarik dengan buku nie sebab saya pun tergolong dalam golongan yang diceritakan buku tu kan..Banyak tips yang ade dalam buku nie..Dan juga ianya banyak menceritakan hubungan antara lelaki dan perempuan..Batas antara lelaki dan perempuan..huhu

Haaa inilah buku yang betol2 menarik perhatian saya tadi..Tak tahu lagi satu buku nak amik ape nak cukupkan lagi RM50,tiba2 terpandang buku nie..Buku nie banyak memberi kepahaman bagi saya tentang cinta kepada ALLAH..Yelah,cinta bukan sahaja untuk manusia tetapi cinta juga untuk Allah, Nabi junjungan kita iaitu Muhammad, ibu bapa, haiwan dan juga tumbuh tumbuhan..Tetapi cinta yang paling agung, paling utama adalah cinta kepada Ilahi dan juga Muhammad..

Haaa,tapi tak sempat kot nak baca sekarang..Saya kena baca masa cuti sem nanti.Baru la syok.Sekarang masih busy dengan thesis yang adoii,susahhhnya (Ishh,tak baek merungut..)huhuhu..So,kepada sesiapa yang tak abeskan lagi baucer buku tu,beli la buku-buku macam nie..Haaa.Tak pon buat la hadiah untuk sape2.Haaa ok jugak tu..ngeheheheh


Ahad, 21 April 2013

Ditindih Ketika Tidoo?


 Assalamualaikum
Hoooo entry kali nie.Takpe la,lain sikit entry kali nie..hahaha.Tak semua orang pernah mengalami entry di atas kan?Tapi saya nie dah masok kali kedua dah..1st kat matrik dulu(matrik Pahang)..Kali kedua kat sini pulak.Kat UMP..Malam semalam saya stay up untuk siapkan thesis saya nie..So lambat la tido.Masa nak tidoo saya terasa sesak nafas,tangan saya langsung tak dapat bergerak..Dan saya juga tak dapat baca secebis ayat al-quran sekalipun...Ya ALLAH,takotnya saya masa tu..Meremang bulu roma lepas tu..huhu.Lepas tu baru saya buleh menyebut ALLAH HUAKHBAR (allah maha besar)..Baru la badan saya rasa ringan..Selepas tu saya baca ayat kursi banyak kali sampai saya terlena.

Betol ke Peristiwa ditindih ketika tidoo tu wujud ar?Hurmmm dari segi saintifik, benda nie di panggil sleep paralysis iaitu apabila otak kita aktif waktu kita mimpi, maka arahan daripada otak untuk sampai ke anggota badan kita akan lambat..Sebab tu badan kita tak buleh nak gerak.Tapi lepas tu ok dah..

Dari segi Spiritual pulak,urmm tak pasti la pulak kenapa wujud menda nie..Tapi syaitan kan,memang keje dia menyesatkan manusia dan cuba untuk menganggu manusia even kita tengah tidoo. Tapi sympton yang spritual pulak tak buleh bercakap dan tak leh bergerak..

So, apabila kita berada dalam situasi macam nie,jangan sesekali panik..Cuba untuk gerak2 kan badan anda..Cuba juga baca ayat kursi untuk hilangkan gangguan tidoo tu..Sebelum tido tu,amik wuduk dulu,baca ayat kursi,3 Qul dan juga doa sebelum tidoo..Tiada kuasa yang lebih hebat melainkan kuasa DIA,iaitu ALLAH YANG ESA..

Jumaat, 19 April 2013

Tekanan Sebagai Seorang Pelajar

 Dengan nama ALLAH yang maha pengasih lagi maha penyayang..Assalamualaikum

Sejak jadi senior kat ump nie (lagi 2 semester nak abes),makin banyak pulak stress melanda diri nie..Maklum la dengan thesis yang banyak pulak ragam dia...adoyaiii stressssss..Bukan saya je yang stress,kawan-kawan yang lain pon stress jugak dengan thesis nie..

Tapi biasa la belajar an.Mana ade tak stress..Semua pelajar mesti ade rasa stress..Bukan pelajar jelah,semua orang la pernah merasa stress.Kadang-kadang kalau saya stress,saya boleh menangis tau..huhuhu bese la,hati saya nie lembut sikit..Asal ade rasa sedih je,,air mata saya nie senang je keluar..huhu

Tapi sebenarnya dengan rasa stress nie la,kita mampu menjadi insan yang kuat..Yelah bukan senang nak jadi insan yang berjaya kan..Kena harungi banyak cabaran..woaaaaaaa tapi kita sebagai umat islam kena percaya yang stress nie sebahagian dari ujian dia..So, kena sentiasa banyak berdoa pada DIA.
Banyak lagi sebenarnya amalan untuk kita kurangkan rasa stress nie..Antaranya baca al-quran, biasakan diri dengan mengambil wuduk, banyakkan solat sunat, dan juga berprasangka baik la dengan ALLAH..Jangan salahkan DIA apabila kita ditimpa musibah, sebab DIA beri ujian kepada kita sebab DIA rindu nak dengar kita berdoa pada dia..
So,jangan sedih-sedih lagi..Senyum-senyum selalu..cau dulu.Assalamualaikum.