Sabtu, 20 Februari 2016

Move On Dan Lepaskan Dia Pergi

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Hai pembaca blog sekalian. Sama ada yang follow saya atau tak. Saya menulis blog bukan untuk nak dapatkan follower ramai tapi ini adalah tempat untuk saya luahkan isi hati nie haaa. Hahaha sobs sobs. Menulis sambil mendengar lagu Big Bang nie, siapa peminat Kpop mesti kenal group nie kan. Dari korea terdiri dari 5 orang namja. Hahaha actually saya salah seorang peminat BigBang sebab lagu diorg. Walaupon tak paham tapi sedap di dengar. Huahaha okehhh straight to the point. 

Dah lama tak tulis tajuk pasal hati dan perasaan nie. Asyik post pasal review, makanan dengan projek je.Move on. Ape yang di maksudkan dengan move on nie? Ade banyak maksod sebenarnya. Tapi bagi saya, move on beerti kita redha dan terima kenyataan orang yang kita sayang tu bukan lagi jodoh kita, bukan lagi orang yang ada dalam hati dia. 

Ada yang kata move on nie maksod kita boleh lupakan dia dan boleh bercinta dengan orang lain la apa la. Saya tak berapa setuju dengan perkataan lupa tu sebab kita manusia biasa. Bukannya komputer yang boleh tekan je delect, terus hilang. Hakikatnya, kenangan tu akan tetap ada dalam ingatan.

Kan? Huhuhu

Ade yang bertanya kepada saya, "kau dah move on ke belum Lehan?" Aisehhh payah nak jawab soalan tu. Sebab saya sendiri tak tahu saya dah move on ke belum. Classmate saya siap bagi theory lagi. "Cukup setahun mesti kau dapat lupa dia Lehan". Banyak theory betol dia tu. Tahu la pandai. Hahahaha

Actually benda nie sangat sangat makan banyak masa. Jujur saya dulu, masa putus, saya banyak sangat menangis. Ade orang kadang kadang putus cinta terus jadik gila sebab tak boleh terima dia dengan kita dah finish. Maybe terlalu sayang. Sebab perkataan "terlalu" tulah kita susah nak move on. Dulu kawan kawan saya pernah nasihat saya, jangan terlalu sayangkan dia, tapi saya tak endahkan. Bila dah jadi macam ni, baru terpikir balik. Betol kata diorang,

So, dalam kita nak move on nie apa yang perlu kita buat? Firstly, perlu ingat. Tuhan rancang sesuatu tu mesti bersebab. Allah takes something then He will replace it with someone yang lagi better. Sedih? Sangat sangat sedih. Sebab kenangan dengan dia banyak sangat. Yang kedua, dulu saya terlalu berharap akan sampai ke jinjang pelamin.That why Islam haramkan couple. Sebab bila dah jadik macam nie, baru nampak akibatnya kan? Ade hikmah di sebaliknya. Hurmmmm.

Secondly, bila kita dalam situasi macam nie, ingatlah DIA. Luahkan pada DIA. Hanya DIA yang tahu kenapa DIA susun hidup kita macam nie. Things will be better. Lama lama, saya dah nampak hikmahnya sikit sikit. Pertamanya, saya dah tak terlibat lagi dalam perkara couple couple nie. Saya dah buat perkara yang sia sia, sepanjang 4 tahun. Buat apa kita couple tapi kalau tak rancang untuk kahwin kan? Bukankah itu buang masa je? Keduanya, saya lebih menghargai kawan kawan. Kalau dulu, saya mesej, call hanya dengan dia. Sehingga abaikan kawan kawan. Hanya dengar cakap dia. Padahal bila susah dulu, kawan kawan saya banyak tolong saya. Sebab tu kawan dengan boyfriend, ade perbezaannya. Bila susah, kawan yang kita carik. Bukan boyfriend kita. Betol tak?

Ketiga, keep usaha dan didiklah hati untuk tidak terdetik rindu dia sesuka hati. Memang betol, saya akui bukan senang. Kadang kadang dengar lagu sedih, tiba tiba teringat kat dia. Hahahaha. Kalau saya, saya akan buat buat busy kan diri. Sebab ada orang pernah bagi saya tips nie. Kadang kadang berjaya, tapi bila kerja dah siap, sama je. Ingat balik kat dia. Bestfrind saya pulak bagi tips, kalau nak lupakan dia, saya kena carik orang lain. Tu lagi gila tu. Sama maksudnya macam terlibat dengan couple balik. Hahaha. 

Tapi life masih panjang. Buat apa nak ingat kat dia lelama. Kau akan sakit nanti. Banyak lagi benda yang harus anda fikir. Maybe dia bukan yang terbaik untuk kita. Dan anda, akan dapat yang lagi baik. Mana tahu dapat macam G-Dragon ke? Macam Taeyang ke? Siapa diorang? Google lah sendiri. Hahaha

Okeh bye. Adios. Semoga sesiapa yang tengah move on tu akan berada dalam keadaan yang redha, tenang, bukan masih dalam keadaan menangis, sedih. Okeh. Assalamualaikum. 

Jumaat, 12 Februari 2016

Review: Bio-essence Miracle Bio Water

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Hai pembaca sekalian. Entry kali nie nak review sikit pasal produk Bio-essence Miracle Bio Water. Bagi pengguna tegar Bio-essence mesti pernah tengok atau dengar pasal produk ni. Actually dah lama saya pakai produk nie around 3 tahun jugak la. 

Saya tengah demam masa tengah tulis entry nie. Maklumkah sekejap hujan sekejap panas Malaysia sekarang. Aiyaaa. Cuaca panas kat Malaysia nie boleh menyebabkan kulit kita kering dan jugak panas. Of course la kita nakkan produk yang boleh sejukkan kulit kita, or become more hydrating la gitu. Huhu. Mula mula saya kenal dengan produk nie masa buat presentation dalam kelas. Masa tu kelas management of technology. Semua pelajar di kehendaki pilih satu produk berasaskan technology, so present la technology apa yang di pakai, features semua. And one of my friends present pasal produk nie. Semua terkejut dah kenapa present pasal produk kecantikan. Siap bawak bagi chance untuk kitorg spray lagi tu. 

Inilah Miracle Bio Water

Tapi kawan saya menerang kan teknologi yang di pakai dalam produk nie. Produk nie menggunakan spring water yang boleh menyejukkan kulit kita, selain tu ade jugak Bio-energy fluid yang boleh give benefits dalam dermatology. First time spray kat muka masa dalam kelas dulu, rasa fresh gila muka. Muka rasa sejuk gila. Nie sebab produk nie mengandungi low uniquely mineral and low salt yang mana boleh bagi maximum hydration. With low of both mineral and salt,it's will give your skin feel 2x cooling, soothing, softening, moisturizing and anti-irritaing effects. 

Produk nie bukan saja boleh guna kat muka tapi boleh juga guna kat rambut dan badan. Untuk kulit sensitif pon boleh dan bukan saja orang dewasa boleh pakai. Baby pon boleh guna jugak. 

List of benefits kat belakang botol. 


Benefits bila kita gunakan produk nie:

Control minyak kat muka effectively
Memperbaiki pores
For whitens and brightens skin
Skin becomes more elasticity
Kurangkan dark circles and give lifts skin
Relieves sensitive skin
Mengurangkan jerawat dan jugak redness
Boleh guna lepas make-up for longer lasting and natural look
Melembapkan and menyuburkan kulit
Mengurangkan tiredness and give energising kat kulit
Soothes skin after treatment
Melembapkan lustrous hair
Mengurangkan rambut kering
Menyegarkan dan melembapkan kulit lepas exercise
Soothes and calms damage skin
Under hot sun boleh melembapkan and refresh kulit kita.

Cara guna miracle bio water nie:
Just hold the bottle around 20 cm form targeted area and spray saja kat muka, rambut atau kawasan yang kita nak. Tak perlu pat dry after make-up. Biarkan saja sampai kering. Senang. 

 Just spray ke kat mana yang anda nak.Spray pon tak terlalu ketat. So tekan sahaja. 
Produk nie boleh dapat kat Watson or Guardian. Biasa saya beli kat situ saja. Ade dalam 100ml (itu yang kecik la) atau 300ml (itu botol besar). Biasa kalau botol kecik dalam RM 20 something la. Kalau 300ml dalam RM 46 something gitu. Biasa saya beli yang kecik je. Tak mampu nak beli yang botol besar tu since dah jadik student nie kena berjimat sikit. Hahahaha

Okeh. Jumpa lagi. Adios.