Rabu, 23 Ogos 2017

Kimchi Mat Kimchi

Assalamualaikum Semua Pembaca Blog Sekalian....

Hari tu saya ada janji yang saya nak update entry pasal make-up kan. Tapi disebabkan gambar barang make-up saya tak ambil lagi, dengan masih dalam mencari maklumat pasal make-up, saya tangguhkan dulu. Hari ni nak update pasal makan. Hehehe...

Makanan yang saya nak cerita dalam entry kali ni adalah KIMCHI. Umum tahu kimchi adalah makanan dari Korea. Siapa-siapa yang rajin tengok drama Korea tak pun tengok Running man je dah cukup tahu dah pasal makanan ni. Kimchi ni macam sayur jeruk la. Ada kubis, sayur, lobak merah. Kimchi pun ada banyak jenis juga. Ada timun kimchi la, kimchi lobak putih la bagai. Resepi nya korang google je. Ade banyak resepi yang mudah nak buat Kimchi. Biasa saya tengok youtube je. Ade satu chef dari Korea nama Maangchi, dia tu banyak share pasal buat Kimchi. 

Orang Korea cakap, kalau perempuan pandai buat Kimchi, maknanya dia memang pandai masak. Mungkin kat sana, basic lauk kot untuk diorang kalau nak makan. Bagi yang tak tahu, kimchi ni bukan hanya untuk makan dengan nasi, tapi nak makan dengan bubur boleh, ramyeon pun boleh. Ada juga yang buat sup kimchi, nasi goreng kimchi pun boleh. 

Kalau korang tak reti nak buat kimchi, meh saya share satu brand kimchi segera yang saya selalu beli. Chongga Mat Kimchi. Sebab dia tulis dalam bahasa Korea jadi tak tahu apa nama dan jenama dia. Baca English jelah. Asalnya, saya pun tak boleh masuk tekak juga dengan kimchi ni, sebab pernah try kat Dubu-Dubu kat Midvalley, KL, rasa pelik la. Dalam kepala fikir, tang mana sedap nya Kimchi nie? Sampailah kawan saya bagi saya rasa yang brand ni baru boleh masuk tekak. Yang jenama nie series rasa sedap. Halal, jangan risau. Ade cop halal kat atas packaging ni, iaitu halal dari Korea. Meh saya share gambar packaging dan rupa kimchi nya. 


Ni packaging depan.
Nampak je merah tu, tak pedas pun. Banyak rasa bawang putih dengan cuka la. Rasa masam sikit.


Ni rupa Kimchi nya. Yang putih tu bahan nak bagi kimchi tahan lama. Jangan makan pula.

Nie rupa packaging belakang.


Inilah kimchi. Merahh bak hang..
Ni contoh saya campur kimchi dalam maggi. Sorry dah nak abes baru ingat nak ambil gambar

Okeh, kepada yang nak cuba tu boleh la cari di pasaraya. Saya biasa cari kat pasaraya Aeon. Di datangkan dengan dua saiz. Kecil harga RM 9.90 200gram. Yang besar tak rasanya RM 17.90 tak ingat berapa gram. Korang boleh la google resepi nak buat stew kimchi ke, ramyeon ke, boleh la letak kimchi ni terus, selain makan dengan nasi. Okeh, selamat mencuba. Adious. 

Jumaat, 18 Ogos 2017

Daily Skincare Routine Pada Waktu Siang (Entry 2)

Assalamualaikum Semua...

Haaa kali nie untuk entry kedua, saya akan sambung pasal skincare routine yang buat waktu siang. Sebenarnya agak sama je dengan routine malam punya, tapi ade sedikit tambahan yang saya nak highlight kat sini. Haaaa.

Okeh apabila kita dah buat skincare routine malam, then kita tidur. Bila bangun tidur, first step yang saya buat adalah cuci muka dengan make-up remover dahulu. Kenapa Make-up remover dahulu? Sebab bila dah buat skincare routine malam, minyak-minyak dan kotoran akan keluar. Sebab tu bila bangun tidur, muka berminyak gila, lagi-lagi oily skin macam saya nie. Sebab tu cuci muka pakai make-up remover dahulu. Lagipun, make-up remover bukan sekadar remove make-up je, tapi ia juga boleh buang whitehead tau. Huhu make-up yang saya pakai adalah Garnier Micellar Water Pure Active yang cap biru tu. Saya ade update kat previous entry. 

Lepas cuci pakai make-up remover, haaaa baru cuci pakai celanser. Kalau siang saya pakai cleanser lain. Saya pakai cleanser yang light dia punya foam. Kenapa? Sebab malam skincare dah treat muka kita, dah buang sel-sel kulit mati kat muka. So, tidak di galakkan pakai cleanser yang heavy buihnya. Takot nanti dia akan rosakkan sel-sel kulit yang tak rosak lagi tu. Cleanser yang saya pakai pada waktu siang adalah Himalaya Herbals Purifying Neem Face Wash. Disebabkan muka saya berjerawat kat pipi nie, memang saya akan pilih cleanser yang akan remove jerawat. Cleanser malam pun saya pakai yang boleh remove acne. Himalaya Neem nie memang ramai yang bagi review best punya. So, saya pun try beli yang kecil punya. Alhamdulillah la, setakat pakai nie jerawat kurang sikit. Takde timbul jerawat-jerawat besar tu dah. Nie light je buih dia. Buih sikit je bila kita apply kat muka nie. Lepas cuci, then bilas. Produk ni natural produk, and dia ade turmenic dan neem. Apa kelebihan turmenic nie? Macam yang saya mention sebelum nie, turmenic boleh kill acne bacteria dan kurangkan pimple.




Okeh, lepas pakai cleanser macam biasa la pakai toner. Then serum, then moisturizer. Kalau malam, lepas pakai mositurizer pakai ubat jerawat atau ubat parut jerawat kan. Tapi kalau siang, lepas pakai moisturizer saya akan pakai sunblock atau sunscreen. Siang memang wajib pakai sunscreen sebab nak protect muka dari sinaran UV. Simple. Sebab sinaran UV juga merupakan salah satu faktor muka kita bermasalah, tona tak sekata bagai. Sunscreen yang saya pakai sekarang ada dua. Satu hada Labo UV perfect. Ade saya mention dalam post Hada Labo Review sebelum nie. Tapi sebab dah abes dan saya tak beli lain lagi, saya sekarang pakai Bio-Essence Sunscreen Moisturizing Cream SPF 56. Haaa selain protect skin dari UV, produk nie jugak ade moisturizer yang boleh bagi kelembapan kat kulit. Cara saya pakai saya dap-dapkan je kat muka. Saya tak pasti ada lagi ke tak sunscreen nie kat pasaran sebab jarang saya nampak dah kat Watsons or Guardian. Yang ade pun yang  Bio-Water Cooling Sunscreen tu. Pakai yang tu pun okeh. Ramai juga yang bagi best review untuk produk tu. Lepas pakai sunscreen baru la pakai make-up or foundation kalau perlu. Kalau keluar sekejap, saya pakai bedak je. Malas pakai make-up. Huhuhu

Sunscreen saya pakai sekarang.



Tengok kapas muka nie kotor lepas saya lap muka dengan make-up remover bila bangun tidur.

Untuk tambahan, biasa petang saya akan scrub muka saya nie. Macam yang saya mention dalam post sebelum nie, saya pakai St. Ives Green Tea Scrub Blackhead Clearing. Nie bau dia memang best. Saya biasa guna 3 atau 4 kali seminggu je. Scrub dia tak heavy sangat. Light dan halus je. Lepas cuci then bilas macam biasa. Korang akan rasa muka korang lembut gituww. Muehehe.

Okeh itu je perbezaan penjagaan kulit siang dan malam bagi saya. Sapa sapa baca entry nie follow la blog ini. Nanti saya update pasal make-up yang saya pakai pula. Nak kata suka make-up tak jugak sebab barang make-up tak berapa banyak, (sebab student lagi, nak beli nak tak berapa nak mampu) tapi pengetahuan tu ada la. Huhihuhi. Jumpa lagi guys. Semoga kita semua dalam keadaan baik dan hidup diberkati Ilahi. Bye.  

Khamis, 17 Ogos 2017

Daily Skincare Routine Pada Waktu Malam (Entry 1)

Assalamualaikum Pembaca Blog Sekalian..

First sekali, mohon maaf ye. Dah lama sangat tak update blog. Agak busy juga la. Ke sana ke mari. Tengah struggle siapkan thesis yang hanya tinggal beberapa kerat je lagi nak siapkan nie. Huhu. Doakan saya abes cepat. 

Okeh. Entry kali nie mengenai routine saya pakai skincare pada waktu malam. Haaaa entry sebelum sebelum nie mengenai tips nak jaga kulit muka atau list produk skincare yang saya pakai. Tapi entry kali nie berbeza sikit. Yang nie, saya akan listkan turutan produk yang patot di pakai first dan last.  Haaaa. Okehh saya akan bagitahu skincare routine pada waktu malam dahulu. Waktu siang saya akan update di entry 2 sebab tulis panjang panjang nanti ngantuk pula korang baca. Huhuhu

Pakai skincare routine nie mesti kena ikut turutan. Jangan main taramm je pakai. Betul. Sebab tu bila baca kat direction produk, pakai toner mesti lepas kita cuci muka. Sebab tu sebelum pakai, baca direction kat produk tu. Biasa diorang akan bagitahu. Okeh skincare yang saya pakai waktu malam bermula dengan cleanser dahulu. Cleanser yang saya pakai pada waktu malam adalah Hada Labo Tamagohada AHA BHA acne control. Cleanser nie buih dia heavy sikit. Malam memang kena pakai cleanser yang buih sebab nak buang kotor kotor kat muka kita nie setelah seharian berdepan dengan habuk habuk udara. Cehhh. Lagi satu, malam adalah peluang untuk kita rawat kulit muka tau. That why kita kena pakai cleanser yang banyak buih. 

Lepas pakai cleanser, saya akan pakai toner. Toner yang saya pakai adalah Hada Labo Tamagohada Mild Peeling Lotion. Haaa boleh google atau tengok kat post saya sebelum nie. Toner nie best sebab tak melekit. Lagi pun, dia ada glyconic acid yang boleh remove dead cell. Cara saya pakai saya dah ceritakan dalam post sebelum nie. After pakai toner, saya pakai serum. Serum nie saya baru cuba. Al maklum la, student macam saya mana mampu nak beli serum. Maheiii wehh. Nie pun sebab dapat duit raya. Hahaha. Serum saya pakai adalah Bio-essence Bio-energy snail. Ini adalah snail secretion repair serum. Serum nie sebenarnya adalah the most treatment skincare tau. Orang yang kulit bermasalah memang wajib pakai serum. Serum nie memang saya suka sebab senang absorb dalam kulit. Cara saya pakai selalu saya letak setitik kat dahi, hidung, dagu dan pipi dengan menggunakan absorption yang dah ade kat serum tu. Lepas tu dap dap kan sahaja bagi dia serap ke dalam kulit. Serum nie yang bagus sebab dia ada collagen, boleh repair parut jerawat dan jerawat, anti aging, and protect skin dari harmful pollutants. Serum ni boleh dapat kat Watsons or Guardian. Pasaraya ada jugak. 
Serum Bio-Essence Snail. 
Lepas pakai serum, barulah pakai moisturizer. Moisturizer yang saya pakai Hada Labo Hydrating Cream with A.C.E Booster Capsule. Haaa ini moisturizer best sebab dia ade vitamin A, C, dan E dalam cream nie. Krim nie ade biji biji warna oren, macam scrub tapi bukan scrub. Biji biji inilah ade ketiga-tiga vitamin tu dan bila apply kat muka kita, dap dapkan aja biji tu then biji tu akan hancur dan meresap ke kulit kita. Krim nie pon ada empat jenis Hyaluronic acid yang akan lock kelembapan di muka korang. Krim nie boleh dapatkan kat Watsons or Guardian juga. 
Tengok. Ade biji-biji oren dalam krim tu

Hada Labo A.C.E Hydrating Cream


Last step, baru pakai ubat jerawat atau ubat parut jerawat. Saya pakai ubat jerawat kalau ade jerawat naik kat muka nie. Ubat jerawat yang saya pakai adalah Aiken Tea Tree Pimple Cream. Kalau pakai masa jerawat tengah teruk, memang gatal dia aduhhh rasa macam nak garuu je. Tapi kalau dah pakai dua tiga kali memang jerawat kecut. Ubat parut jerawat pula saya pakai bio-oil je. Kalau tanya saya, bio-oil berkesan ke pakai kat parut? Berkesan tapi kesan nya lambat la. Bukan senang nak remove parut weh. Kalau nak tengok produk bio-oil, korang boleh pergi kat previous entry kat blog nie. Huhuhu

Ubat jerawat Aiken
Mesti ada yang tanya, perlu ke pakai banyak banyak skincare nie kat muka? Cuci muka je tak cukup? Bagi saya tak, sebab tiap-tiap produk tu function dia tak sama. Kadang lepas kita cuci muka, kita akan perasan muka kita akan kering kan? Then, we should pakai toner and moistorizer untuk bagi balik kelembapan kat muka. Kelembapan penting tau supaya masalah kulit tak timbul semula. 

Untuk tambahan, dua atau tiga kali seminggu saya akan pakai mask pada waktu malam. Mask yang saya pakai sekarang adalah Garnier Skin Natural Pure Active 3 in 1. This mask best gila. Pakai rasa panass je muka. Mask nie memang sesuai untuk orang yang muka oily and berjerawat. Kenapa 3 in 1? Sebab dia ada tiga fungsi yang boleh diguna. Sebagai cleanser pon boleh, sebagai scrub pon boleh, sebagai mask pon boleh. Saya hanya guna sebagai mask je. Apply kat muka then biarkan selama 3 ke 4 minit then bilas. Diperkaya dengan tanah liat putih, masker nie boleh menjadikan toner kulit sekata tau. Bau pun best. Selain Garnier, saya pon amalkan pakai bedak sejuk dengan kunyit. Campur je bedak sejuk dengan kunyit then tempek kat muka. Kunyit tu bagus untuk matikan kuman jerawat. Mask nie saya pakai sebelum saya cuci muka. Maksodnya, pakai mask dahulu, then bilas. Tunggu bagi muka kering. Lepas tu, baru cuci muka macam biasa.

Muka depan. Tengok ade tulis 3 in 1. 
Boleh baca direction kat belakang nie macam mana nak pakai.

So konklusinya, pakai foam cleanser dulu, lepas tu toner, lepas tu serum, moisturizer then baru ubat jerawat atau parut jerawat. Setakat nie saya pakai, jerawat dah kurang sikit la dari yang dulu-dulu. Okeh tu aja nak update. Nanti saya update entry ke-2 untuk skincare routine waktu siang. Adious.