Selasa, 22 November 2016

Review: Hada Labo AHA BHA Face Wash, Mild Peeling Lotion and UV Perfect Gel

Assalamualaikum Pembaca Blog sekalian,

Lama nya tak update blog. Mintak maaf sangat sangat, busy dalam menempuhi liku-liku kehidupan sebagai pelajar master di UTM nie.Alahaii sapa kata sambung belajar ke peringkat master dan PhD tu senang? Banyak sangat cabarannya tau. Lagi-lagi bila tengah buat research or dissertation. Kadang-kadang rasa putus asa, rasa give up tu mestilah ada. Betol tak student-student postgrad sekalian? Nanti next entry saya sharekan apa cabaran dan tips semasam menjadi sutdents postgraduate nie. Huhu.

Entry kali nie pasal review lagi. Kali mengenai daily face wash, toner dan moisturizer yang saya pakai. Saya sangat admit yang kulit muka saya tak lawa dan tak flawwless mana pon. Tapi as a girl, mesti kita impikan kulit yang bersih, bebas dari sebarang jeragat, jerawat, bekas jerawat bagai lah. Huhi. Dulu muka saya gelap, masa kat sekolah dengan matriks. Then, masa kat UMP, timbul pulak jerawat kat pipi kiri dengan kanan nie haa. Siap tggal parut lagi tu. Adoii lagi la tension. 
Muka masa Matrik. Masa nie mana ade kamera 360 lagi. Haha

Untuk nak hilangkan parut jerawat nie, memang saya dah try banyak dah produk. Tapi takde sangat kesan. Sampailah saya tengok review dari blog2 orang lain then terbaca la review orang mengenai Hada Labo nie. Umum tahu bahawa Hada Labo nie produk dari Jepun dan ambassador dia Jun Ji Hyun. Sapa tak kenal dia tu, heroin cerita My Love From Another Star dan yang terbaharu cerita The Legend of the Blue Sea. Haaaa tengok la muka dia. Cun kot. Walaupon dah kawen dan ada anak sorang dah, tapi muka tetap flawless. Haha. 

Hada Labo ada banyak face wash. Tapi saya pakai Aha Bha Face Wash. Firstly, nak cerita pasal Hada Labo Aha Bha Face Wash. This face wash sesuai dengan masalah kulit muka saya sekarang, pore-acne and oily skin. Biasa saya pakai pagi dan juga malam sebelum tido tiap tiap hari. Face wash nie jugak ada:
Double Action Exfoliating Formula iaitu AHA (glycolic acid) and BHA (salicylic acid) yang boleh melembutkan, dan remove cel kulit mati. 
Boleh buang blackhead dan polish kulit kusam refine's skin texture supaya kulit lembut dan radiant.
Triple Anti-pollution formula iaitu membantu dan protect kulit dari sebarang pollution environment
Low irritating and pH balance skin dan no alcohol, mineral oil and colorant. Huhi

AHA BHA Face Wash Depan
AHA BHA Face Wash belakang
Untuk Mild peeling lotion pula, ini sebenarnya bukan lotion tangan or kaki tau. Tapi toner. Orang Jepun memang panggil toner tu lotion sebenarnya. Sebab tu semua toner Hada Labo tu dia tulis lotion. Don't get confius. Huhi. This lotion ada Gluconic acid yang boleh buat kulit kita fresh and lembut bila apply. Lotion nie sesuai untuk kulit normal to combination skin. Bese saya pakai lepas pakai face wash. Just titik atas tapak tangan dan tap je kat muka. Saya tak suka pakai kapas. Sebab ada tips yang mengatakan toner lagi mudah serap ke dalam kulit jika kita tap2 kan je dengan tangan berbanding guna kapas. Lagi satu tips, selepas cuci muka kita dengan face wash, terus je apply toner sebab ianya boleh elakkan muka kita dari kering. Sebab buih dari face wash boleh buat kulit kita kering, so bila pakai toner terus boleh elakkan muka kita keep hydrate semula. That why saya letak lotion nie kat bilik air, sebab lepas cuci muka terus je pakai lotion nie. Huhi
Mild Peeling Lotion depan

Mild Peeling Lotion  belakang
Untuk moisturizer pulak, saya pakai Hada Labo UV Gel SPF 50++. This gel 5 dalam 1 tau. Dia boleh jadi essence, makeup base, moisturizer, mask dan juga face primer untuk intense hydrate dan UV protection. Haaaa jimat kan. Selain moisture kulit, dia jugak boleh jadik UV protector sebab ada SPF 50++. Saya kalau carik moisturizer memang akan carik yang ada SPF sebab bila kita keluar, memang akan terdedah dengan sinaran UVA and UVB. So, this gel memang sangat membantu untuk protect kulit saya dari UV. Selain tu jugak, gel nie ada vitamin C derivative yang boleh remove kulit kusam dan keeps kulit kita glow. Dia ada mengandungi dua jenis acid iaitu Nano hyaluronic and hyaluronic acid yang juga boleh intense and keeps hydration tahan lama. Biasa saya pakai siang je sebab gel nie ade UV. Malam mana ade UV. Hahaha saya pakai juga pada waktu malam tapi pakai kat mana2 part kulit yang kering je sebab dia kan boleh mositurize kulit kita. 

Ini Perfect UV Gel SPF 50++ depan. Belakang dia tulisan Jepun je. Mana paham. Huhi 
Ini set yang saya pakai tiap tiap hari 
Produk nie boleh dapat kat Watson, Guardian dan pasaraya Giant and Aeon pon ada. Harga nya mahal jugak la. Nangis jugak la saya kalau nak beli lagi-lagi masih bergelar students nie, tapi di sebabkan kesan dia saya suka., terpaksa jugak beli.Huuuuu. Kalau face wash biasa dalam RM 27. Mild Peeling Lotion dalam Rm 49.90 dan UV Gel SPF 50 ++ dalam RM 44.90. Selalu lah buat perbandingan harga macam saya. Kalau kat pasaraya biasa mahal, so saya selalu beli kat Watson or Guardian sahaja. Huhu setakat nie saya pakai, parut jerawat makin pudar, dan jerawat kat pipi kanan saya dah berkurangan. Orang kata kalau parut jerawat makin pudar, maka muka kita makin cerah la tu. Huhi. Okeh, kepada semua yang masih mencari skin care apa yang sesuai dengan kulit acne-prone and oily skin, cuba lah Set Hada Labo AHA BHA nie. Dan pilihlah produk yang sesuai dengan masalah kulit anda. Jangan main tarammm je. Nanti jadi makin teruk nanti. Haaaa okehlah. Selamat mencuba. Adious..