Sabtu, 28 Disember 2013

Ceritera 4 Tahun Di UMP

Assalamualaikum...

Berakhir je exam petang tadi, maka setapak je lagi saya akan keluar dari UMP nie. Sekejap je masa berlalu. Selepas nie masing2 akan bawak diri. Ade yang nak kerja, ade yang nak sambung master, ade yang nak kawen, ade jugak yang rancang nak kerja sambil belajar. Tak kesah la ape pun rancangan korang semua, temann di sini sentiasa mendoakan korang berjaya dalam mencapai cita-cita korang. Huahuahua

Sekejap je masa berlalu. Betol kata mak saya, 4 tahun tu tak lama mana pun. Tup tup dah nak abes dah. Terlalu banyak kenangan kat UMP nie. Tak terkira rasanya. Lepas abes sem nie, masing2 akan pergi Latihan Industri ataupun praktikal. Maklum la, LI tak sama mcm belajar kat sini. Masing2 bawak diri pergi sana. Jumpa pun nanti time konvo je. Hohoho sedih la tu. Sedihh la jugak. Antara gambar sedikit kenangan masa kat UMP nie sepanjang 4 tahun nie. Huhu terima kasih teman-teman ITM semua.Korg memang terbaikk. Huahua

Tak lupa juga kepada roomate saya, bia, pika, and wana..Korang memang roomate yang baik..Kalau aku sakit, diorg antara orang yang paling kelam kabut sekali..Hahaha maklum la, temannn nie selalu sakit..
Macam macamm sakit haa ade..Hahaha terima kasihhh roomate ku sygg..Di harap korg jaga diri sepanjang LI nanti. Huhu

Tak lupa jugak kepada teman baik ku, liza, nur dengan nabil..Kalau tengok gambar kat bawah tu, semua chubby2 kan?Aku sorg je yang kurus keding..hahaha ternyata sahabat tak mengenal saiz badan..Hahahhaa jahat gila aku nie..haha jangan marah arrr.Hehehe korang memang kawan aku susah dan senang. Selalu tengok aku menangis, layan perangai aku yang gila2 nie, yang selalu blur nie. hahaha tiga2 orang nie memang lain2 perangai. Si liza yang kuat bebel macam mak nenek,kalau dengar dia bebel conform kena tutup telinga..Hahaha nur pulak, kalau dah angin satu badan, memang semua orang gerun, termasuk aku. Haha nabil pulak, ok dia sorang je lelaki dalam geng kamiorg..Ibarat macam liza cakap la, dia hero kamiorg. Nak gi mana2 memang kena mintak tolong dia la. Nampak je macam tu tapi pandai masak oiii. Untung la bini dia tapi dia selalu meroyan pasal cinta dia tu. Tak abes2..hahaha cepat la nabil oiii kawen. Huhu
And lastly tak lupa juga untuk geng2 semampan (mahasiswa anak pahang) aku. Semampan bagi banyak kenangan sepanjang aku join program diorg.Dapat kenal2 geng2 anak pahang dari Universiti lain.Sekarang aku just mantan je.Aku pun tak tahu ape sumbangan aku pada semampan.Maaf tak dpt beri komitmen sgt dalam kelab nie, tapi aku sentiasa doakan semoga semampan terus maju..yeahhhh Huhu.Sayangg semampan.

Ok nanti kita story lagi. Nak tidoo sebab esok nak kena basuh ayam? Pehal nak basuh ayamm. Haha esok malam ade bbq last event kamiorg sebelum kamiorg praktikal.Doakan semuanya berjalan lancar..Cauuu dulu..Assalamualaikum..

Ahad, 8 Disember 2013

Sukarelawan Banjir (part 2)

Assalamualaikum..

Harini sambung lagi tolong mangsa banjir hari ke dua..Harini pulak kamiorg tolong dua buah rumah. Satu rumah Dr. Hadi, lecturer kat fakulti kamiorg, satu lagi buah rumah kat permatang badak. Kat rumah lecturer OSH tak silap..Huhu, harini ada sedikit rezeki sarapan roti dengan inti kaya, planta, jem strawberi dengan oren.Huuuuu seronok..Huahua

Sedikit gambar situasi hari kedua.Rumah pertama kamiorg pergi. Banyak sangat cuci pinggan kat rumah orang nie. Dalam beratus jugak la. Sebab orang nie memang suka kumpul pinggan kot.Haha.

Bergambar bersama tuan rumah

Antara classmate yang tolong.







Petang pukul 2.00 petang, bertolak pergi rumah lecturer OSH kat permatang badak..Situasi kat rumah kedua. Hoho






Abes je dari rumah kedua, tuan rumah sumbang RM 50.Mulanya tanakkk amik tapi tuan rumah paksa juga. So, kamiorg gi KFC belanje kfc bucket yang besar tu. Cukup la, janji free kan. Rezeki sebab tolong orang dalam kesusahan..Huhu



Semoga bantuan kamiorg mampu meringankan beban yang di tanggung mangsa banjir dalam mengharungi ujian dari ALLAH s.w.t. Kamiorg hanya mampu menolong dari segi tenaga. Ape yang di ceritakan dalam entry nie bukan nak menunjuk, tapi cuma nak berkongsi apa yang kami cuba bantu untuk menolong mangsa banjir nie. Terpulang pada orang nak kata ape, tapi kamiorg dah pergi tolong, dengan redah hujannya. Mujur tak demam nie. Huahua sekian assalamualaikum.

Sabtu, 7 Disember 2013

Sukarelawan Banjir (part 1)

Assalamualaikum..

Lama sudah tak update blog..Nie masa untuk bersihkan.Huahua..Petang tadi tengah mengantuk melayan internet tiba tiba dapat satu mesej kat facebook dari Al-ikhtiaruddin ajak pergi bantu salah seorang lecturer yang jadi mangsa banjir. Rasa macam nak pergi je. Tak dapat tolong dari segi kewangan, dapat tolong dari segi tenaga jadi la. Huhu, saya dan ada beberapa orang classmate pun join la. Takde buat ape kan. Huhu, berbekalkan lima biji kereta kamiorg bertolak pukul 4 petang tadi. Huhu..Sampai je kat kampung permatang badak tu, sedihhh je tengok diorg bersihkan rumah diorg.Banyak perabut yang dah rosak sebab banjir.Makan banyak duit jugak nak baiki semua nie. Adoiiii, sedihh betol. 

Bersihkan depan rumah

Setelah semua kerja siap.
Antara classmate yang join

With norliza zafira. Abaikan baju kuning tu. Tak hensem pun.Haha

Awekkkk hot..Haha

Model penyapu..Haha



Esok sambung part 2.Ade lagi rumah pensyarah dan staf fakulti yang akan kamiorg tolong esok.Nak kena bangun awal sebab ditugaskan untuk menyediakan sarapan.Huhu harap semuanya berjalan lancarrr esok.Selamat malam.. Peace Yooo..