Agak lama tak update blog..Bese la.orang busy.hahahha.
Entry kat atas tu nampak macam pelik..Tapi itulah yang saya rasa sekarang nie..Kenapa saya jeles?hahaha
Tak dapat di nafikan bila tengok orang upload gambar diorg kuar dating dengan pakwe diorg..
Muka bahagia je kan?Bila tengok gambar tu,hanya mampu senyum,,hahaha..Tapi saya?Gambar dengan dia pon takde..
Jangan kata gambar,,dating pon takde..Buleh kira la dating dengan dia bape kali je..Tapi tu kebetulan je.
Tapi tak pernah dating berdua arr...Tapi tu tak penting..
Sebab bagi saya,saya lebih suka keluar dengan dia ramai-ramai..
Takde la dia bosan dengan saya an..hahaha jumpa pon dalam kelas je,tu pon buat donorr je..muahaha
Bohong la kalau saya tak teringin nak jumpa dia,tak rindu dia,nak keluar sama2..Kalau sakit,dia buleh tahu,(manja la tu konon) hahaha
Jangan kata dating,contact pon jarang-jarang..yang paling dasyat kadang2 sampai 4 bulan tak contact,bila naik sem tak bertegur sapa..mcm bukan saya punya laki je.hahaha
Bila time birthday masing2,,takde2 hadiah nya..Just wish je,tapi tak kesah pon.asalkan igt birthday masing2 dah..haha
haaa pelik arkk?Tapi itulah Kamiorg..Bila saya cerita kat orang lain,semua macam errrrr~
Tak tahu ape perasaan diorg..Mungkin pelik kenapa kamiorg macam nie..hahaha
Sampai pernah ade yang kata "kalau aku jadi ko,aku tinggalkan aje lelaki macam tu.."hahahah emosi betol dia tu..kalau ikotkan hati,nak je bagi penumbuk..tapi kang nanti tak abes belajar kang dia tu..hahahaha
Sampai ade yang tak tahu saya nie dia punya perempuan pon ade...Yang paling sedihh
lagi,ade yang sangka perempuan lain tulah awek dia..seball doh,tapi
takpe la..
Yelah,saya nie cuma manusia biasa..Perempuan yang lemah,tak pernah terlepas dari perasaan nie..Even Siti Aisyah pon cemburu sebab Nabi Muhammad selalu sebut nama Siti Khadijah..Namun ape2 pon,selagi kamiorg tak kahwin,selagi itulah kamiorg takleh jadi macam couple yang lain..Yang keluar berdua-duaan tanpa Muhrim,,berpegang tangan,selalu SMS bagai tu...cewahhh poyooo je...hahaha
Terbaca cerita Imam Muda Hilal Asraf..
(.....da yang tanya, macam mana kami menjaga hubungan kami sepanjang 2 tahun pertunangan?
Sebenarnya telah saya coretkan perkara ini di dalam Buku Motivasi Cinta: Sebelum Aku Bernikah secara panjang lebar.
Namun ringkasnya kalau boleh diceritakan di sini adalah, kami berdua
memahami bahawa kami mahukan keberkatan daripada Ilahi. Percintaan bukan
matlamat hidup, percintaan hanyalah checkpoint. Matlamat hidup adalah
redha Allah. Maka cinta itu mestilah diletakkan bawah redha Allah SWT.
Maka sepanjang 2 tahun itu kami lebih banyak menyibukkan diri dengan
usaha nak mempertingkatkan diri. Kami masing-masing sibuk dengan usrah
masing-masing, pelajaran masing-masing, rakan masing-masing, keluarga
masing-masing dan sebagainya.
Cuma sekali-sekala, baru kami berhubung melalui email. Masa birthday
salah seorang daripada kami, yang seorang lagi akan SMS wish birthday.
Masa saya pulang bercuti ke Malaysia, kami akan set ibu bapa kami untuk
bawa kami bertemu, ditemani kedua-dua ibu bapa kami. Sekali sekala kami
bertukar hadiah. Begitulah.
Tapi taklah kemaruk sampai hari-hari contact, SMS tanya dah makan ke
belum atau sekadar apa khabar, atau berjumpa sebulan sekali. Bukan.
Bahkan kami akan sentiasa rujuk pada Ummi Abah dan Ibu Ayah kami.
Begitulah kami melalui 2 tahun pertunangan kami. Simple sahaja.
Pokok pangkalnya, jangan kemaruk sangat. Allah matlamat kita. Cinta itu
sampingan sahaja dalam mencapai matlamat itu. Maka cinta kena tunduk
pada apa yang Allah redha.
Sibukkanlah diri dengan persiapan untuk mengemudi rumahtangga. Itu amat amat amat penting.
Sweet-sweet, asmara-asmara, jumpa hari-hari, contact hari-hari, itu semua lepas kahwin pasti ada. Jangan risau. ♥......)

Tengok tak ayat UAI nie...Haaa,ape pon saya hanya mampu berpegang pada janji Allah..Setiap manusia dicipta berpasang-pasangan..Kalau ade jodoh dengan dia,,berjauhan 7 negara sekalipon tetap akan bersama akhirnya..Hanya mampu berdoa.