Assalamualaikum semua...
Haaaa tempat mengadu.Manusia mana yang tak ada masalah kan.Semua manusia ada masalah tersendiri, dari segi kewangan la, masalah keluarga la, masalah bercinta pun ada..Hahaha. Dan bila kita di timpa kesusahan je, bila ada masalah je, mesti kita akan cari sesiapa untuk berkongsi masalah kita, tapi ada juga sesetengah orang dia tak suka berkongsi masalah dia..Huhu
Tak kisah la kepada siapa pun kita mengadu, parents kita ke, kawan kita ke, adek beradik kita ke, tapi dari segi ape jua aspek kehidupan, kebergantungan kita pada ALLAH adalah kekuatan seorang muslim.Jangan sesekali merungut atau mengeluh. Jika kita mengalami masalah, mengadulah pada DIA. Kerana DIA yang mendatangkan ujian nie pada kita untuk kita jadi kuat. Berdoa lah pada DIA.Hanya dengan berdoa sahaja yang mampu mengubah takdir DIA.
Tapi bagi saya, jika saya dalam kesedihan tak pun rindukan seseorang, saya akan pandang ke arah langit. Rasa tenang sangat. Rasa macam ALLAH sedang memerhati saya. Hurmmmm. In Sha ALLAH DIA dengar segala keluh resah kita, dan DIA akan makbulkan doa kita..
Indeed ALLAH does not fail in (His) promise (13:31)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan