Isnin, 28 September 2015

Liku Liku Kehidupan Pelajar Master (Episod 2)

Assalamualaikum semua pembaca sekalian...

Harap anda semua jaga la kesihatan hendaknya. Musim jerebu. Hujan pon tak nak turun kat skudai ni haaa. Huhu. Okeh saya akan share lagi mengenai perjalanan pelajar master or phD nie episod ke dua. Banyak lagi cerita yang belum saya share kan lagi. Huhi.

Ade jugak kawan kawan saya yang bertanya kepada saya mengenai yuran. Actually yuran bergantung kepada pihak universiti jugak. Tapi kos saya di UTM semester pertama lagi mahal dari semester 2 dan ke 3. Sebab mungkin semester pertama tu baru masuk, jadik ade lah tu benda lain nak kena cover. Ade biasiswa yang available untuk taja korang punya yuran if korang dapat sambung study in postgrad. Contohnya MyBrain. Tapi yang nie just taja korang punya yuran sahaja lah. Tapi if korang bayar dahulu yuran pengajian, then korang dapat MyBrain, yuran yang korang dah bayar tu MyBrain akan bayar semula cuma lama sikit la nak dapat duit tu. Tapi sampai bulan 12 nie sahaja. Next year tak ada lagi tajaan nie sebab ikot RMK ke berapa tah saya pon tak igt memang KPM taja sampai bulan 12 sahaja. Tapi tak apa, ada lagi biasiswa lain. Salah seorang kawan saya dapat JPA, tapi untuk postgrad ada interview. Kena alert la bila mereka bukak untuk application. Pinjaman MARA pon ada jugak tapi start tahun nie, mereka akan kenakan 7% interest katanya. Entah la, tapi saya setakat nie hanya ambil MyBrain jelah. Huhu

Lagi satu yang saya nak share pasal pelajar postgrad nie adalah cara pelajar postgrad and pelajar undergrad belajar takkan sama. Yaa, that why postgrad lagi tinggi dari undergrad. Pelajar postgrad banyak kena guna critical thinking. Kena banyak membaca case study, kena relate theory dengan contoh, lepas tu lecturer pon diorg ajar sikit je. Selebihnya atas usaha kita sendiri. Kena banyak membaca buku buku lain. Huhi

Lagi satu, anda akan jumpa ramai foreigner sebab basically foreigner ramai jugak yang sambung study sebagai pelajar postgrad kat Malaysia nie. Lagi lagi student exchange. Macam entry episod satu haritu, ade pelajar exchange dari negara China, tapi sekarang beliau dah balik China dah. Nama dia Bob. Selalu kitorg akan bercerita mengenai Malaysia dan dia akan bercerita mengenai China. Haha semoga beliau sehat sehat sahaja di sana sekarang. Huhi.

And finally, nak cerita nie. Main stress pelajar postgrad nie adalah research sebenarnya. Bukan nya assignment ke, final exam ke, mid term test ke, group project ke bukang sama sekali. Khususnya master mixedmode memang ade assignment, projek, test tapi itu bukan main stress. Hahaha, well semestinya mana mana pelajar postgrad takkan boleh lari dari research, sebab itulah syarat untuk kita sambung phD nanti. 

 Ada yang berkata kepada saya rugi sambung study, baik terus keje la. Haaaa peduli kan kata orang. Niat di hati nie hanya nak tuntut ilmu dan rezeki ade di mana mana je. Tak semestinya kita sambung study, at the end kita tak dapat kerja terus. Jangan sempitkan mindset anda. Huahahaha Peluang untuk sambung study tu tak selalu ade tapi kerja boleh di carik betol dak? Okehhh mana mana pembaca blog nie yang akan sambung study untuk master or phD, tahniah saya ucapkan dan selamat maju jaya saya ucapkan. Selamat menempuh research yang mencabar gila gila tu. Hahahaha adiouss
Inilah team marketing yang akan menempuh projek besar jemputan dari orang dari negara US under Barack Obama Office. Harap berjaya ke US hendaknya. Doakan2 yer. Huhu yang berdiri dari kiri: purple tu saya (as secretary), Hihi lepas tu Anna, Kak ida, Meor (captain projek nie), Izzat, Musa (pelajar dari China), Nabihah, Kak Rin, Farah dan Suhaili.
Yang duduk tu dari kiri, Syira, next, Dr Hazarina (lecturer marketing and coordinator projek nie), and Syikin (Bendahari and runner). Hahaha itu sahaja.

Anna, Farah and Syira tu pelajar undergrad marketing. Diorg volunteer nak join team nie. Huahaha. Sekian, Terima kasih. Akan ade update lagi. Tunggu naaa. Hahahaha



Tiada ulasan:

Catat Ulasan