Assalamualaikum...
Hai pembaca sekalian. Merujuk kepada entry di atas, cehhh macam tulis surat pulak. Entry nie mungkin sesuai untuk mereka yang tengah mencari kos untuk sambung belajar dan sesuai untuk mereka yang sememangnya zero knowledge dalam kos nie. Hahaha. Ada yang bertanya kepada saya, degree dulu ambil kos ape? Saya jawab la saya dari kos Bachelor of industrial technology management or pengurusan teknologi industri. Tapiii haaa mereka tanya balik, tu kos ape tu? Kos tu belajar ape je? Paling menyakitkan hati ade yang bertanya saya tak susah ke nak carik keje nanti? Rasa nak jotos je muka dia. Ingat budak engineering tu memang gerenti dapat keje ke? Hohohoho marohhh pulak. Haha
Okehh, firstly saya cerita macam mana saya boleh dapat kos nie. Sebenarnya saya tak apply kos nie pon. Langsung tak tahu pasal kos nie. Saya apply kos lain actually kalau kat UMP. Tapi rezeki lebih memihak ke arah kos nie. Jadik saya terima dengan redha. Saya search kat internet ape objectif kos nie, subjek yang perlu di belajar, dan basic yang kita perlu ada untuk belajar kos nie. Bila search, saya ternganga sekejap. Sebab SPM saya amik kos sains tulen dan matrik saya amik kos sains fizik. So saya memang takde basic education langsung untuk semua subjek dia. .Gelisah tu tuhan saja yang tahu. Tapi saya daftar jugak kt UMP under this kos. Bila berkenalan dengan kawan2 kat sana, ramai jugak yang sama nasib macam saya. So, tak risau dah. Haha cuma kena usaha keras jugak la untuk belajar2 basic finance, management, account, innovation semua tu. Huhu
Actually kos nie korg akan belajar mengenai pengurusan dalam bidang industri. Kalau kat UMP, kos nie fokus dalam manufacturing industri. Pengurusan industri nie luas tau. Tak fokus kepada pengurusan pejabat je tapi merangkumi semua department dalam industri tu. Kalau korg ambil kos nie di UMP, korg akan jumpa subjek basic management like creative and innovation, human resources, OSH and CAD design. And core subjek like industrial management, procument or purchasing, supply chain management, operation management, production control, logistics management, strategic management and projek management. So, lecturer kat UMP yang mengajar dalam semua subjek nie ada banyak pengalaman dalam bidang industri means that sebelum mereka jadi pensyarah, mereka dah lama kerja dalam sector industry. Selalunya lecturer banyak bagi contoh2 yang mereka lalui masa mereka kerja dulu. Senang la kan. Lagi kita paham.
Korg bukan sahaja belajar theory, tapi subjek calculation juga ada. Macam finance, accounting, optimization method (igt lagi lecturer foreigner mengajar, huhu), matematics for management, applied statistic and statistical process control (main dengan graf dengan belajar software Minitab).
Walau apa pon ape basic education kita, kalau kita usaha sikit, mesti kita dapat kuasai kos ini. Kos nie senang je nak skor tapi di sebabkan saya malas dan bercintan cintun masa degree dulu, so tersasar la pointer dulu. Pengajarannya, jangan bercinta masa belajar. Hahahaha okehh. Jumpa lagi.
![]() |
See. My certificate for bachelor. Huuuu |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan