Ahad, 20 Disember 2015

Memories of Projek One14 (Part 2)

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Sambung menulis blog lagi sambil menunggu bedak sejuk kering kat muka nie. Sambung lagi bercerita mengenai projek One14 nie. Bila dah list punya list, cut aktiviti nie itu, lecturer kitorg mencadangkan satu aktiviti buat poster competition kat sekolah. Sebelum buat pertandingan poster, lecturer kitorg kena bagi talk dulu mengenai extremism. Campaign kat sekolah nie di buat kat  Sekolah Menengah Kebangsaan Sri pulai perdana kat pulai Johor. Waktu kitorg pergi, memang budak budak nie dah abes final exam. Dah nak cuti sekolah dah pun. 

Talk Session
Event nie start pada pukul 1.30 petang. Kitorg kena sampai kat sekolah tu pukul 11.00 pagi.Atas arahan boss daaa. Hahaha. Sampai sampai kitorg kena set up tempat la. Macam bilik untuk di gunakan untuk buat games dan jugak untuk poster competition Selain tu, aktiviti pasang banner, pasang signboard untuk menunjukkan mereka support kitorg punya kempen, dan jugak aktiviti bergambar. 

Cabaran masa kempen kat sekolah nie, of course la student ramai. Sebab cikgu cikgu turunkan satu satu pelajar kelas diorg kat bawah untuk kitorg explain kenapa kempen nie di buat di sini. Pelajar sekolah of course diorg tak berapa tahu sangat mengenai isu keganasan yang berlaku sekarang. So, it is cabaran la kena explain more sikit kat mereka ape itu keganasan dan ape yang akan berlaku jika ianya berterusan. 

Untuk poster competition, kitorg dah letakkan tema iaitu mengenai keganasan dan juga toleransi antara kaum. Pemenang akan dapat t-shirt One14 kitorg dan juga wang tunai. Tiga pemenang akan dipilih berdasarkan sekreatif mana diorg punya poster tu. Huhuhu

Penilaian poster. Juri terdiri drpd ketua projek, yang lelaki tu, dengan lecturer kami. 
Selain tu, kitorg ade jugak social games untuk merapatkan hubungan antara kitorg dan juga murid murid kat situ la.Cewahhhh. Hahaha. Ade tiga games kitorg main berkumpulan. First games idea dari ketua projek kitorg. Main building block. Mereka di beri kertas A4 dan mereka kena pikir idea macam mana nak bina bangunan pakai kertas. Hang nak lipat ka kertas tu, nak konyokkan ka hang punya pasai. Jadik nampak bangunan. Muahahaha. Dan lima minit kemudian, mereka kena amik kad. Kad tu ade yang baik dan tidak la. Kalau kad baik, mungkin akan dpt kertas baru, dan kalau buruk, mereka kena buang 1 kertas dri bangunan tu. Huahahaha. Games ke dua adalah mind your step. Mereka kena igt mana kotak yang boleh pijak atau tak. Simple je. 
Social games. Yang duduk kat meja tu saya. Huahahha
So, main objektif kempen kat sekolah nie adalah untuk capai target audience kitorg which is millenials umur dari 13 tahun hingga 25 tahun. Kempen nie berunsur education jugak sebenarnya sebab kitorg cuba membuka mata murid murid nie tentang isu isu keganasan nie kekalkan sikap toleransi antara kaum nie. 

Photobooth. 
Sign support. 
Next entry saya akan cerita next kempen kami di UTM pulak. Ape aktiviti yang kami dah buat kat sana. Nak cerita kat sini of course la panjang kan entry nie. Okehhh adious. 

Team kitorg at school event. 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan