Ahad, 21 April 2013

Ditindih Ketika Tidoo?


 Assalamualaikum
Hoooo entry kali nie.Takpe la,lain sikit entry kali nie..hahaha.Tak semua orang pernah mengalami entry di atas kan?Tapi saya nie dah masok kali kedua dah..1st kat matrik dulu(matrik Pahang)..Kali kedua kat sini pulak.Kat UMP..Malam semalam saya stay up untuk siapkan thesis saya nie..So lambat la tido.Masa nak tidoo saya terasa sesak nafas,tangan saya langsung tak dapat bergerak..Dan saya juga tak dapat baca secebis ayat al-quran sekalipun...Ya ALLAH,takotnya saya masa tu..Meremang bulu roma lepas tu..huhu.Lepas tu baru saya buleh menyebut ALLAH HUAKHBAR (allah maha besar)..Baru la badan saya rasa ringan..Selepas tu saya baca ayat kursi banyak kali sampai saya terlena.

Betol ke Peristiwa ditindih ketika tidoo tu wujud ar?Hurmmm dari segi saintifik, benda nie di panggil sleep paralysis iaitu apabila otak kita aktif waktu kita mimpi, maka arahan daripada otak untuk sampai ke anggota badan kita akan lambat..Sebab tu badan kita tak buleh nak gerak.Tapi lepas tu ok dah..

Dari segi Spiritual pulak,urmm tak pasti la pulak kenapa wujud menda nie..Tapi syaitan kan,memang keje dia menyesatkan manusia dan cuba untuk menganggu manusia even kita tengah tidoo. Tapi sympton yang spritual pulak tak buleh bercakap dan tak leh bergerak..

So, apabila kita berada dalam situasi macam nie,jangan sesekali panik..Cuba untuk gerak2 kan badan anda..Cuba juga baca ayat kursi untuk hilangkan gangguan tidoo tu..Sebelum tido tu,amik wuduk dulu,baca ayat kursi,3 Qul dan juga doa sebelum tidoo..Tiada kuasa yang lebih hebat melainkan kuasa DIA,iaitu ALLAH YANG ESA..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan