Jumaat, 26 April 2013

Tambah Koleksi Buku Lagi

Haaa harini memang hari yang agak busy bagi saya.Pergi jumpa pensyarah dua kali..Dah la bilik pensyarah tu agak jauh jugak...Ohhh penat.Demi thesis yang tercinta nie.Terpaksa la kerah tenaga sikit..huhuhu

Berbalik pada tajuk entry kat atas,lepas balik dari jumpa lecturer,gi gerai buku kat salah satu tempat kat UMP nie..Banyak juga la buku dia jual.Memandangkan baucer buku ade lagi RM50,so saya dapat la beli tiga buku..

Nie buku 1st sekali saya amik..Tajuk dia 33 Pesan Nabi..Dalam buku nie,penulisan dia berdasarkan komik..Watak utama dia 3 ekor kartun tu la..Hurmmm menarik jugak la tengok kat dalam buku nie..Takde la bosan kan.Bagi yang minat baca komik buleh la baca buku nie..Lagi berguna tau..hoooo

Buku yang kedua tajuknya Bolehkah Bercouple?Penulisnya Ustaz Mohd Nidzam Abd Kadir..Saya tertarik dengan buku nie sebab saya pun tergolong dalam golongan yang diceritakan buku tu kan..Banyak tips yang ade dalam buku nie..Dan juga ianya banyak menceritakan hubungan antara lelaki dan perempuan..Batas antara lelaki dan perempuan..huhu

Haaa inilah buku yang betol2 menarik perhatian saya tadi..Tak tahu lagi satu buku nak amik ape nak cukupkan lagi RM50,tiba2 terpandang buku nie..Buku nie banyak memberi kepahaman bagi saya tentang cinta kepada ALLAH..Yelah,cinta bukan sahaja untuk manusia tetapi cinta juga untuk Allah, Nabi junjungan kita iaitu Muhammad, ibu bapa, haiwan dan juga tumbuh tumbuhan..Tetapi cinta yang paling agung, paling utama adalah cinta kepada Ilahi dan juga Muhammad..

Haaa,tapi tak sempat kot nak baca sekarang..Saya kena baca masa cuti sem nanti.Baru la syok.Sekarang masih busy dengan thesis yang adoii,susahhhnya (Ishh,tak baek merungut..)huhuhu..So,kepada sesiapa yang tak abeskan lagi baucer buku tu,beli la buku-buku macam nie..Haaa.Tak pon buat la hadiah untuk sape2.Haaa ok jugak tu..ngeheheheh


Tiada ulasan:

Catat Ulasan