Sabtu, 24 Februari 2018

List Make - Up Yang Saya Pakai

Assalamualaikum Semua..

Maaf saya lambat update blog. Haritu saya janji nak bagitahu make-up yang saya pakai kalau saya keluar atau nak ke majlis dinner atau kenduri kahwin. Saya sebenarnya bukan jenis yang suka make-up sangat pun. Kalau keluar pergi mall ke atau keluar dengan kawan-kawan, biasa pakai basic make-up je such as foundation, eyeliner, mascara and last sekali lipstick. Tapi kalau pergi majlis keraian atau kenduri kawan kahwin, memang saya make-up heavy sikit la, tapi tak over pun. Cuma tambah concealer, eyeshadow dengan blusher je. Okeh, back to entry utama. Saya akan listkan apa make-up saya pakai dengan review nya sekali. Basically, make-up murah je. Hoho. Hopefully, boleh jadi as a references untuk korang yang tengah cari make-up untuk di pakai.  Nak belajar pakai make-up, korang google je. Banyak sangat youtuber yang buat tutorial make-up. Saya listkan ikut turutan dari first sampai last step saya pakai make-up.


1. Foundation

Foundation yang saya pakai sekarang dari brand In2it BB Aqua code rose beige. Kenapa saya pilih foundation nie? Sebab muka saya combination skin. Plus, foundation nie water based. So, orang yang kulit berminyak sesuai pakai foundation yang water based. Itu kalau liquid foundation la. Ade yang kata, kalau kulit berminyak, sesuai pakai matte foundation. Sebab yang nie senang serap ke kulit. Contoh korang boleh google Maybelline Dream Matte Mousse. Sebab saya takde foundation jenis tu sekarang. Ada satu foundation sahaja. Haha. 

Yang best nya foundation nie 5 dalam 1. Berfungsi sebagai foundation, make-up base, primer, sunblock dengan moisturizer. So, lagi senang semua ada. Tak perlu apply banyak-banyak dah kat kulit. Huhu. Yang cons nya, dia bukan fully coverage. So,siapa-siapa yang suka foundation yang fully coverage, saya sarankan cari foundation lain. Huhu.

Cara nak pakai foundation In2it nie ade di belakang produk nie. Ada sesetengah orang apply pakai tangan la or brush. Tapi saya lagi suka applu foundation pakai span. Lagi rata kot dari apply pakai tangan dan brush. Huhu. Tapi sebelum pakai foundation, saya biasa pakai moisturizer, then sunblock then baru pakai foundation. Double protection sikit. Hihi. Boleh dapatkan foundation nie kat Watsons atau Guardian dengan harga RM 17.90 rasanya. Masa saya beli dapat percuma bedak compact dari In2it juga.




Itu texture dia. 

2. Concealer

Concealer yang saya pakai adalah dari Maybelline pure mineral. Kalau tengok kat gambar di bawah, dia claims ini healty natural concealer. Saya pun tak paham. Hahaha. Yang saya pakai nie code number 2. Concealer nie berfungsi untuk menutup lagi cela2 kat muka kita nie lagi lagi bintik hitam dengan parut jerawat. Lepas pakai foundation, saya memang pakai concealer terutamanya bawah mata, tepi hidung, dan pipi. Sebab pipi saya ade parut jerawat. Sapu je kat tempat yang kita rasa perlu, then dap-dapkan je. Itu yang biasa saya buat.

Concealer nie senang je nak apply, cuma nya ini pun bukan full coverage. So, susah la nak tutup cela2. Tutup pun sikit2 je. Mungkin orang yang muka dia takde masalah sangat sesuai pakai concealer nie. Ramai yang lagi suka pakai concealer Maybelline Instant Age Rewind. Nanti saya nak try beli concealer yang tu pula. Hihi



























Itu texture dia. 


3. Eyebrow

Next step eyebrow. Eyebrow yang saya pakai jenama Catrice costmetics code 020. Kenapa saya pilih colour brown? Bukan warna hitam? Because kening saya dah agak tebal dah. Kalau pakai yang warna hitam, takut kening jadi lagi tebal. Haha so saya lagi prefer warna brown nie.

Cara pakai. Lukis kening di atas dan bawah kening, dan juga tengah2 kening. Then, beruskan guna berus yang ade kat pencil tu. Cara nak lukis kening boleh tengok kat youtube je. Harga eyebrow nie dalam RM17.90 rasa nya. Lupa dah.






4. Eyeshadow

Eyeshadow yang saya pakai ada dua brand sebenarnya. Satu jenama elianto. Actually, eyeshadow ada dua jenis. Satu yang kilat, dan satu yang tak berkilat. Yang elianto nie tak berkilat. Code saya pakai adalah 11 silky brown. Jenama ke dua adalah dari In2it. In2it eyeshadow nie ada 5 warna. Saya memang suka beli eyeshadow yang memang semua warna dalam pallete tu saya boleh pakai. Code yang saya pakai nie ESC 03 sorbet deluxe. Yang bestnya eyeshadow nie ada moisturizer dan juga vitamin E tau. Dan juga colour gold tu saya guna sebagai highligther. So, eyeshadow nie boleh 2 dalam 1 la. Haaa bagus nie. Hahaha

Cara pakai: First step memang saya pakai yang elianto dahulu sebagai base. After that, baru pakai jenama In2it. Saya apply pakai berus eyeshadow. Kadang malas guna jari je.






























Okeh. Next step saya akan terangkan dalam entry nextnya. Sebab saya tak ambil lagi gambar eyeliner, mascara. blusher dan juga lipstick. Nak edit lagi. Kang kalau karang panjang-panjang lama pula korang nak baca. Hihi.
Okeh. Adious.

Rabu, 23 Ogos 2017

Kimchi Mat Kimchi

Assalamualaikum Semua Pembaca Blog Sekalian....

Hari tu saya ada janji yang saya nak update entry pasal make-up kan. Tapi disebabkan gambar barang make-up saya tak ambil lagi, dengan masih dalam mencari maklumat pasal make-up, saya tangguhkan dulu. Hari ni nak update pasal makan. Hehehe...

Makanan yang saya nak cerita dalam entry kali ni adalah KIMCHI. Umum tahu kimchi adalah makanan dari Korea. Siapa-siapa yang rajin tengok drama Korea tak pun tengok Running man je dah cukup tahu dah pasal makanan ni. Kimchi ni macam sayur jeruk la. Ada kubis, sayur, lobak merah. Kimchi pun ada banyak jenis juga. Ada timun kimchi la, kimchi lobak putih la bagai. Resepi nya korang google je. Ade banyak resepi yang mudah nak buat Kimchi. Biasa saya tengok youtube je. Ade satu chef dari Korea nama Maangchi, dia tu banyak share pasal buat Kimchi. 

Orang Korea cakap, kalau perempuan pandai buat Kimchi, maknanya dia memang pandai masak. Mungkin kat sana, basic lauk kot untuk diorang kalau nak makan. Bagi yang tak tahu, kimchi ni bukan hanya untuk makan dengan nasi, tapi nak makan dengan bubur boleh, ramyeon pun boleh. Ada juga yang buat sup kimchi, nasi goreng kimchi pun boleh. 

Kalau korang tak reti nak buat kimchi, meh saya share satu brand kimchi segera yang saya selalu beli. Chongga Mat Kimchi. Sebab dia tulis dalam bahasa Korea jadi tak tahu apa nama dan jenama dia. Baca English jelah. Asalnya, saya pun tak boleh masuk tekak juga dengan kimchi ni, sebab pernah try kat Dubu-Dubu kat Midvalley, KL, rasa pelik la. Dalam kepala fikir, tang mana sedap nya Kimchi nie? Sampailah kawan saya bagi saya rasa yang brand ni baru boleh masuk tekak. Yang jenama nie series rasa sedap. Halal, jangan risau. Ade cop halal kat atas packaging ni, iaitu halal dari Korea. Meh saya share gambar packaging dan rupa kimchi nya. 


Ni packaging depan.
Nampak je merah tu, tak pedas pun. Banyak rasa bawang putih dengan cuka la. Rasa masam sikit.


Ni rupa Kimchi nya. Yang putih tu bahan nak bagi kimchi tahan lama. Jangan makan pula.

Nie rupa packaging belakang.


Inilah kimchi. Merahh bak hang..
Ni contoh saya campur kimchi dalam maggi. Sorry dah nak abes baru ingat nak ambil gambar

Okeh, kepada yang nak cuba tu boleh la cari di pasaraya. Saya biasa cari kat pasaraya Aeon. Di datangkan dengan dua saiz. Kecil harga RM 9.90 200gram. Yang besar tak rasanya RM 17.90 tak ingat berapa gram. Korang boleh la google resepi nak buat stew kimchi ke, ramyeon ke, boleh la letak kimchi ni terus, selain makan dengan nasi. Okeh, selamat mencuba. Adious. 

Jumaat, 18 Ogos 2017

Daily Skincare Routine Pada Waktu Siang (Entry 2)

Assalamualaikum Semua...

Haaa kali nie untuk entry kedua, saya akan sambung pasal skincare routine yang buat waktu siang. Sebenarnya agak sama je dengan routine malam punya, tapi ade sedikit tambahan yang saya nak highlight kat sini. Haaaa.

Okeh apabila kita dah buat skincare routine malam, then kita tidur. Bila bangun tidur, first step yang saya buat adalah cuci muka dengan make-up remover dahulu. Kenapa Make-up remover dahulu? Sebab bila dah buat skincare routine malam, minyak-minyak dan kotoran akan keluar. Sebab tu bila bangun tidur, muka berminyak gila, lagi-lagi oily skin macam saya nie. Sebab tu cuci muka pakai make-up remover dahulu. Lagipun, make-up remover bukan sekadar remove make-up je, tapi ia juga boleh buang whitehead tau. Huhu make-up yang saya pakai adalah Garnier Micellar Water Pure Active yang cap biru tu. Saya ade update kat previous entry. 

Lepas cuci pakai make-up remover, haaaa baru cuci pakai celanser. Kalau siang saya pakai cleanser lain. Saya pakai cleanser yang light dia punya foam. Kenapa? Sebab malam skincare dah treat muka kita, dah buang sel-sel kulit mati kat muka. So, tidak di galakkan pakai cleanser yang heavy buihnya. Takot nanti dia akan rosakkan sel-sel kulit yang tak rosak lagi tu. Cleanser yang saya pakai pada waktu siang adalah Himalaya Herbals Purifying Neem Face Wash. Disebabkan muka saya berjerawat kat pipi nie, memang saya akan pilih cleanser yang akan remove jerawat. Cleanser malam pun saya pakai yang boleh remove acne. Himalaya Neem nie memang ramai yang bagi review best punya. So, saya pun try beli yang kecil punya. Alhamdulillah la, setakat pakai nie jerawat kurang sikit. Takde timbul jerawat-jerawat besar tu dah. Nie light je buih dia. Buih sikit je bila kita apply kat muka nie. Lepas cuci, then bilas. Produk ni natural produk, and dia ade turmenic dan neem. Apa kelebihan turmenic nie? Macam yang saya mention sebelum nie, turmenic boleh kill acne bacteria dan kurangkan pimple.




Okeh, lepas pakai cleanser macam biasa la pakai toner. Then serum, then moisturizer. Kalau malam, lepas pakai mositurizer pakai ubat jerawat atau ubat parut jerawat kan. Tapi kalau siang, lepas pakai moisturizer saya akan pakai sunblock atau sunscreen. Siang memang wajib pakai sunscreen sebab nak protect muka dari sinaran UV. Simple. Sebab sinaran UV juga merupakan salah satu faktor muka kita bermasalah, tona tak sekata bagai. Sunscreen yang saya pakai sekarang ada dua. Satu hada Labo UV perfect. Ade saya mention dalam post Hada Labo Review sebelum nie. Tapi sebab dah abes dan saya tak beli lain lagi, saya sekarang pakai Bio-Essence Sunscreen Moisturizing Cream SPF 56. Haaa selain protect skin dari UV, produk nie jugak ade moisturizer yang boleh bagi kelembapan kat kulit. Cara saya pakai saya dap-dapkan je kat muka. Saya tak pasti ada lagi ke tak sunscreen nie kat pasaran sebab jarang saya nampak dah kat Watsons or Guardian. Yang ade pun yang  Bio-Water Cooling Sunscreen tu. Pakai yang tu pun okeh. Ramai juga yang bagi best review untuk produk tu. Lepas pakai sunscreen baru la pakai make-up or foundation kalau perlu. Kalau keluar sekejap, saya pakai bedak je. Malas pakai make-up. Huhuhu

Sunscreen saya pakai sekarang.



Tengok kapas muka nie kotor lepas saya lap muka dengan make-up remover bila bangun tidur.

Untuk tambahan, biasa petang saya akan scrub muka saya nie. Macam yang saya mention dalam post sebelum nie, saya pakai St. Ives Green Tea Scrub Blackhead Clearing. Nie bau dia memang best. Saya biasa guna 3 atau 4 kali seminggu je. Scrub dia tak heavy sangat. Light dan halus je. Lepas cuci then bilas macam biasa. Korang akan rasa muka korang lembut gituww. Muehehe.

Okeh itu je perbezaan penjagaan kulit siang dan malam bagi saya. Sapa sapa baca entry nie follow la blog ini. Nanti saya update pasal make-up yang saya pakai pula. Nak kata suka make-up tak jugak sebab barang make-up tak berapa banyak, (sebab student lagi, nak beli nak tak berapa nak mampu) tapi pengetahuan tu ada la. Huhihuhi. Jumpa lagi guys. Semoga kita semua dalam keadaan baik dan hidup diberkati Ilahi. Bye.  

Khamis, 17 Ogos 2017

Daily Skincare Routine Pada Waktu Malam (Entry 1)

Assalamualaikum Pembaca Blog Sekalian..

First sekali, mohon maaf ye. Dah lama sangat tak update blog. Agak busy juga la. Ke sana ke mari. Tengah struggle siapkan thesis yang hanya tinggal beberapa kerat je lagi nak siapkan nie. Huhu. Doakan saya abes cepat. 

Okeh. Entry kali nie mengenai routine saya pakai skincare pada waktu malam. Haaaa entry sebelum sebelum nie mengenai tips nak jaga kulit muka atau list produk skincare yang saya pakai. Tapi entry kali nie berbeza sikit. Yang nie, saya akan listkan turutan produk yang patot di pakai first dan last.  Haaaa. Okehh saya akan bagitahu skincare routine pada waktu malam dahulu. Waktu siang saya akan update di entry 2 sebab tulis panjang panjang nanti ngantuk pula korang baca. Huhuhu

Pakai skincare routine nie mesti kena ikut turutan. Jangan main taramm je pakai. Betul. Sebab tu bila baca kat direction produk, pakai toner mesti lepas kita cuci muka. Sebab tu sebelum pakai, baca direction kat produk tu. Biasa diorang akan bagitahu. Okeh skincare yang saya pakai waktu malam bermula dengan cleanser dahulu. Cleanser yang saya pakai pada waktu malam adalah Hada Labo Tamagohada AHA BHA acne control. Cleanser nie buih dia heavy sikit. Malam memang kena pakai cleanser yang buih sebab nak buang kotor kotor kat muka kita nie setelah seharian berdepan dengan habuk habuk udara. Cehhh. Lagi satu, malam adalah peluang untuk kita rawat kulit muka tau. That why kita kena pakai cleanser yang banyak buih. 

Lepas pakai cleanser, saya akan pakai toner. Toner yang saya pakai adalah Hada Labo Tamagohada Mild Peeling Lotion. Haaa boleh google atau tengok kat post saya sebelum nie. Toner nie best sebab tak melekit. Lagi pun, dia ada glyconic acid yang boleh remove dead cell. Cara saya pakai saya dah ceritakan dalam post sebelum nie. After pakai toner, saya pakai serum. Serum nie saya baru cuba. Al maklum la, student macam saya mana mampu nak beli serum. Maheiii wehh. Nie pun sebab dapat duit raya. Hahaha. Serum saya pakai adalah Bio-essence Bio-energy snail. Ini adalah snail secretion repair serum. Serum nie sebenarnya adalah the most treatment skincare tau. Orang yang kulit bermasalah memang wajib pakai serum. Serum nie memang saya suka sebab senang absorb dalam kulit. Cara saya pakai selalu saya letak setitik kat dahi, hidung, dagu dan pipi dengan menggunakan absorption yang dah ade kat serum tu. Lepas tu dap dap kan sahaja bagi dia serap ke dalam kulit. Serum nie yang bagus sebab dia ada collagen, boleh repair parut jerawat dan jerawat, anti aging, and protect skin dari harmful pollutants. Serum ni boleh dapat kat Watsons or Guardian. Pasaraya ada jugak. 
Serum Bio-Essence Snail. 
Lepas pakai serum, barulah pakai moisturizer. Moisturizer yang saya pakai Hada Labo Hydrating Cream with A.C.E Booster Capsule. Haaa ini moisturizer best sebab dia ade vitamin A, C, dan E dalam cream nie. Krim nie ade biji biji warna oren, macam scrub tapi bukan scrub. Biji biji inilah ade ketiga-tiga vitamin tu dan bila apply kat muka kita, dap dapkan aja biji tu then biji tu akan hancur dan meresap ke kulit kita. Krim nie pon ada empat jenis Hyaluronic acid yang akan lock kelembapan di muka korang. Krim nie boleh dapatkan kat Watsons or Guardian juga. 
Tengok. Ade biji-biji oren dalam krim tu

Hada Labo A.C.E Hydrating Cream


Last step, baru pakai ubat jerawat atau ubat parut jerawat. Saya pakai ubat jerawat kalau ade jerawat naik kat muka nie. Ubat jerawat yang saya pakai adalah Aiken Tea Tree Pimple Cream. Kalau pakai masa jerawat tengah teruk, memang gatal dia aduhhh rasa macam nak garuu je. Tapi kalau dah pakai dua tiga kali memang jerawat kecut. Ubat parut jerawat pula saya pakai bio-oil je. Kalau tanya saya, bio-oil berkesan ke pakai kat parut? Berkesan tapi kesan nya lambat la. Bukan senang nak remove parut weh. Kalau nak tengok produk bio-oil, korang boleh pergi kat previous entry kat blog nie. Huhuhu

Ubat jerawat Aiken
Mesti ada yang tanya, perlu ke pakai banyak banyak skincare nie kat muka? Cuci muka je tak cukup? Bagi saya tak, sebab tiap-tiap produk tu function dia tak sama. Kadang lepas kita cuci muka, kita akan perasan muka kita akan kering kan? Then, we should pakai toner and moistorizer untuk bagi balik kelembapan kat muka. Kelembapan penting tau supaya masalah kulit tak timbul semula. 

Untuk tambahan, dua atau tiga kali seminggu saya akan pakai mask pada waktu malam. Mask yang saya pakai sekarang adalah Garnier Skin Natural Pure Active 3 in 1. This mask best gila. Pakai rasa panass je muka. Mask nie memang sesuai untuk orang yang muka oily and berjerawat. Kenapa 3 in 1? Sebab dia ada tiga fungsi yang boleh diguna. Sebagai cleanser pon boleh, sebagai scrub pon boleh, sebagai mask pon boleh. Saya hanya guna sebagai mask je. Apply kat muka then biarkan selama 3 ke 4 minit then bilas. Diperkaya dengan tanah liat putih, masker nie boleh menjadikan toner kulit sekata tau. Bau pun best. Selain Garnier, saya pon amalkan pakai bedak sejuk dengan kunyit. Campur je bedak sejuk dengan kunyit then tempek kat muka. Kunyit tu bagus untuk matikan kuman jerawat. Mask nie saya pakai sebelum saya cuci muka. Maksodnya, pakai mask dahulu, then bilas. Tunggu bagi muka kering. Lepas tu, baru cuci muka macam biasa.

Muka depan. Tengok ade tulis 3 in 1. 
Boleh baca direction kat belakang nie macam mana nak pakai.

So konklusinya, pakai foam cleanser dulu, lepas tu toner, lepas tu serum, moisturizer then baru ubat jerawat atau parut jerawat. Setakat nie saya pakai, jerawat dah kurang sikit la dari yang dulu-dulu. Okeh tu aja nak update. Nanti saya update entry ke-2 untuk skincare routine waktu siang. Adious. 

Rabu, 17 Mei 2017

Travelog: Kedai Makan Rahmat, Pasir Gudang Johor.

Assalamualaikum Semua Pembaca Blog Sekalian,..


Selalu entry pasal makeup, pasal master la, pasal skincare la. Sekarang saya nak update pasal makan pula. Seperti yang anda baca kat entry di atas, last weekend haritu, saya dan kawan saya pergi mandi kat Desaru, Johor. Punya la teringin nak mandi pantai dari tahun lepas lagi. Last weekend haritu baru la dapat mandi.

Lepas mandi, perut pon dah lapar. So, kitorang decide pergi makan kat Pasir Gudang. Sebab dekat dengan rumah kawan. Dengan berbekalkan GPS waze, sampailah kitorang kat Restoran Makan Rahmat. Sampai je kat situ, makkk aihh banyak gila kereta kat tempat parking. Sampaikan kitaorang kena tunggu orang keluar dulu, then baru parking.

Sebelum duduk kat meja, kena tempah menu dulu kat kaunter makanan, then baru diorang serve kan tempat duduk. Tapi series tak lama pon tunggu makanan sampai. Sekejap je. Sebenarnya banyak lauk dia, tapi sebab kitaorang sampai lambat, jadi lauk pon dah banyak abes. Restoran dia tepi muara sungai je. Atas air la. Kalau sampai awal, dapat la duduk meja betul2 tepi laut je. Kalau lambat, dapat la meja tengah tengah.

Tapi kalau nak reserve pon boleh. Tapi tak pasti macam mana nak reserve. Rasa nya call dulu la kot. Nombor telefon korang boleh tengok kat apps Tripvisor boleh. Ade no. telefon kat situ.

Menu yang paling femes kat sini adalah ikan siakap goreng. Isi memang lembut gila. Ade lauk lain jugak seperti udang goreng. Tiap tiap hari ade lauk special. Macam kitaorang pergi haritu ade lauk ketam berlada, kerang masak apa tah dan sambal telur. Ramai la yang order ketam masak berlada tu. Di sebabkan kekangan wang, kitaorang order ikan siakap jelah. Huuuuuu

Nasi putih dia.
Ikan Siakap Goreng dia. Boleh tempah dua tiga ekor ikan kalau datang ramai.
Any review pasal restoran nie atau nak dapatkan no. telefon restoran Kedai Makan Rahmat nie, boleh go to website Tripvisor https://www.tripadvisor.com.my/Restaurant_Review-g298280-d5484367-Reviews-Kedai_Makan_Rahmat-Pasir_Gudang_Johor_Bahru_District_Johor.html



Lauk lain yang kami order.

Penuh lauk. Huhi. Dia akan bagi kicap lada. Boleh cicah dengan isi ikan siakap goreng tu.

Air. Saya order air sirap limau je.
Okeh. Itu sahaja untuk entry kali nie. Next entry saya akan buat travelog kat Batu Pahat pula. Jelajah makanan apa pula yang best. Adoius.

Khamis, 13 April 2017

Tips Untuk Jaga Kulit Muka.

Assalamualaikum Pembaca belog sekalian..

Entri kali nie mengenai tips penjagaan kulit muka. Haaa umum tahu sekarang banyak produk-produk kat luar sana tu. Ade yang boleh dibeli di farmasi, ade yang boleh beli kat online. Ade yang dah di uji secara dermatologically, ade yang tak. Main beli pukal pastu buat brand sendiri. Kalau boleh elakkan dari beli produk macam nie. Nak beli produk skincare, pastikan buat survey atau research dulu. Cari info kat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dahulu sama ada produk tu selamat atau tak untuk kita. Nowadays, memang banyak sangat produk lagi lagi yang local ade bahan beracun, dan banyak dah kes bila pakai muka berjerawat bernanah, muka menggelupas, muka pecah, eahhh hahaha. Mohon hati-hati.

Okeh, back to the title entri tadi, penjagaan kulit. Kulit saya pon bukan flawless pon. Sebelum nie, kulit muka saya gelap dan kusam. Banyak jugak la produk yang saya pernah cuba sebelum nie antaranya Nano-white, Bio-Essence, Simplysiti, Garnier, dan Safi. Haaaa main tukar-tukar produk mula mula nya. Tapi 2 tahun lepas, saya ade try satu produk online nie. Brand dirahsia. Dulu muka saya hanya berjerawat kat pipi kanan. Tapi bila try produk nie, terus pipi kiri naik jerawat pulak. Malah, makin teruk. Sampaikan gatal-gatal la. Lepas tu, saya terus stop pakai. Bila stop pakai, makin teruk pulak. Asal tumbuh je, hilang tinggal parut, lepas tu tumbuh kat tempat lain pulak. Naik fed up la saya. Lepas tu, saya pantang makan. Kacang memang elakkan la. 

Actually, macam macam tips jugak la saya try untuk kurangkan jerawat nie. Sampaikan saya jumpa skincare Hadalabo nie. Boleh tengok entry saya kat http://ceritadaripadaku.blogspot.my/2016/11/review-hada-labo-aha-bha-face-wash-mild.html 
Skincare nie memang saya pakai hingga harini.

Face Scrub
Selain itu, saya juga pakai scrub. Scrub sangat penting untuk remove dead skin cell, remove dirt, blackhead and whitehead. Sekarang saya pakai scrub ST. IVES Green Tea Scrub. Umum tahu Green tea sangat bagus untuk jerawat. Saya cuma pakai dua hari sekali sahaja, walaupun sebenarnya boleh jugak pakai tiap-tiap hari. Sebab dia punya scrub smooth je. Tak kasar. Kalau muka tak breakout, mungkin la boleh apply tiap-tiap hari. Bagi muka yang baru nak sembuh dari breakout nie, masih tak berani nak pakai tiap-tiap hari kot. Huhuhu

Bedak Sejuk sebagai Masker
Selain itu, saya jugak amalkan pakai bedak sejuk. Haaaa, orang dulu-dulu memang pakai bedak sejuk kan. Sebab tu muka orang-orang tua mana ade jerawat. Huhi. Korang boleh je carik kat kedai jamu. Situ banyak. Macam saya, mak cik saya bagi sebab besan dia jual bedak sejuk. Ada yang original (means tak campur apa-apa la), ada juga yang campur dengan kayu manis. Yang ini bagus untuk jerawat. Bese saya pakai yang ini masa muka saya tengah breakout haritu. Kalau yang original, saya suka campur dengan kunyit sikit sebelum pakai kat muka. Cara pakai, amik beberapa biji bedak sejuk tu, then campurkan sedikit dengan air. Kalau nak campur dengan kunyit, then letak je sekali dengan bedak sejuk tu. Kalau nak order, boleh wassup Mak Ngah Jauriah di 012-589 7651 ataupun search facebook makngah.juariah.3

Makeup Remover
Haaaaa ramai yang salah sangka dengan mekap remover. Ada yang cakap "alaa bukan penting pon makeup remover nie. Basuh muka dengan air sudahhh." Haaaa salah kak cik adek. Make up remover sangattt penting. Sebab make up akan totally can be removed by this remover. Then, baru korang boleh basuh muka. Ini kerana make up juga boleh menyebabkan muka korang berminyak dan berjerawat. Selain tu, make up remover pon boleh remove korang punya kotoran kat muka tu. Lagipun, tak semua make up boleh ditanggalkan dengan air. Kalau ade yang waterproof macam mana. Haaa Haaaa. Biasa saya akan remove make up dahulu then baru cuci muka tu. Make up remover yang saya pakai hanya Garnier Micellar water yang cap biru tu (pure active). Yang tu sesuai untuk muka sensitif. Cara pakai, just titik kat kapas muka, then lapkan atau tekapkan kat muka korang. Boleh dapat kat Watsons or Guardian. Harga masa saya beli RM 9.90 sahaja (harga pengenalan). Sekarang dah RM 13.70 I guess. 
Disebabkan lupa nak ambil gambar, saya ambil kat internet sahaja. Huhu

Face Mist
Saya juga pakai face mist. Yang nie saya baru je try. Nie saya beli online je. Face mist yang saya pakai nie adalah Mineral Green Tea Face Mist dari DYXY. This kind of product untuk hydrating and glowing. Selain tu, face mist nie jugak boleh rawat muka kita tau sebab dia ade green tea. Haaa kalau muka jerawat tu, boleh la try. Just sembur je kat muka. Saya suka sembur bila muka saya tak pakai apa-apa. Sehari sekali. Huhiii Boleh dapatkan di nyyra beauty (instagram) dan NYYRA Beauty Stokis DYXY Johor (facebook). Johor sebab saya beli kat stokis NYYRA Johor. 

Dari depan
Dari belakang. 

Bio Oil
Bahagian Hadapan

Bio Oil dari belakang. Ade explanation kegunaan Bio Oil.

Bio oil nie memang bagus untuk merawat parut. Dan juga tahan lama. Saya dah pakai oil nie bertahun tahun dah walaupon botol kecik. Dan kena konsisten pakai. Biasa saya pakai malam kalau saya tak pakai bedak sejuk. Lepas dalam 1 jam gitu saya cuci muka. Selain pakai kat parut, saya apply jugak kat tepi tepi hidung nie sebab dia boleh jugak merawat uneven skin tone. Produk nie juga boleh dapat kat guardian atau watsons samada botol kecil atau besar. Harga tak berapa ingat dah. Huhu

Bedak Berubat Aiken
Nie bukan sekadar bedak. Tapi ini adalah bedak berubat. Bedak berubat aiken nie boleh merawat ruam-ruam dan jerawat, kemerahan, bau badan dan kaki dan sebagainya. Bagi yang tak suka pakai diodorant, boleh la pakai bedak nie. Bedak nie takde bau. Bedak nie saya pakai kat muka kalau saya tak pakai make up ataupon nak keluar kejap je. Masa muka tengah breakout dulu, saya memang amalkan bedak nie apply sebelum tidur. Pakai kat tempat yang breakout. Boleh cari kat Watsons atau Guardian je ataupun kat pasaraya. 

Cuka Epal dan Pati Delima (Gulsan)

Selain itu produk untuk luaran, saya juga amalkan produk untuk dalaman. Cewahhh. Yang saya amalkan adalah pemakanan sunnah iaitu makan cuka epal dan pati delima. Saya cerita pasal cuka epal dulu ye. Cuka epal nie korang boleh makan atau boleh dijadikan sebagai toner muka tau. Tapi saya biasa buat makan je. Campur dengan air then minum lepas lunch tiap-tiap hari. Tidak di sarankan minum macam tu je sebab dia tajam sangat. Dan jangan minum time perut kosong. Nanti boleh effect kat perut. Cuka epal nie banyak khasiatnya tau. Cuka epal nie kaya dengan anti oksiden, so memang bagus untuk kulit dan juga boleh cuci usus, merawat diabetes, boleh kuruskan badan, keluarkan kahak, menstabilkan gula dalam badan dan sebagainya. Yang saya guna sekarang adalah jenama Halawatulsunnah dalam RM 12.90. Boleh dapat kat kedai jamu la. Biasa banyak jenama cuka epal nie. Pilih je. Hahaha
Cuka epal dan Gulsan
Untuk pati delima, haaa nie kakak saya yang recommend. Pati delima pon banyak khasiatnya. Antaranya boleh menstabilkan kitaran haid. Asalnya, saya makan untuk kitaran haid nie la. Sebab saya ade senggugut dan pernah haid tak datang dalam 3 bulan jugak la. Kakak saya sarankan saya makan nie, lepas tu baru la senggugut saya kurang dan period datang. Saya ade buat research sikit, wanita memang patut amalkan pati delima nie. Selain dari menstabilkan kitaran haid, ia juga boleh mencantikkan kulit, membuang lemak lebihan kat perut, mencegah kanser rahim, merawat keputihan, dan juga untuk kurus. Huhi biasa saya amalkan pagi dengan malam tiap-tiap hari. Biasa saya tuang kat sudu minum macam tu je. Kalau tak tahan masam dia tu, campur la dengan air. Pati delima nie boleh dapat kat kedai jamu dalam RM 12.90.

Tips Tambahan
Okeh. Ade tambahan sikit. Kalau nak cuci muka tu, cuci la tangan dulu. Kot kot tangan tadi pegang apa-apa ke, kotor tangan tu. Lepas tu pegang pula muka. Dan, kalau duduk saja saja tu, jangan la gatal-gatal pegang muka korang tu. Itu pon boleh jadi punca jerawat juga tau. Selain itu, jangan campur tuala badan dan muka. Haaaa nie kebanyakan orang selalu buat. Asingkan tuala badan dan muka okeh. Kalau saya, saya akan tukar tuala muka tu seminggu sekali. Kadang saya tak suka sangat lap muka dengan tuala. Kalau boleh, saya biar je muka tu kering sendiri. Ataupun, saya dapkan je muka dengan tuala. Jangan lap muka macam korang lap badan korang okeh. Sarung bantal pon kena kerap tukar. At least, seminggu sekali.

Okeh. Itu sahaja yang dapat saya sharekan untuk entri kali nie. Harap semua pembaca dapat sedikit info untuk di amalkan bersama. Semua perempuan memang idamkan kecantikan kan. Termasuk saya. Huuuu. Selamat mencuba semua.  

Khamis, 23 Mac 2017

Pengalaman Menyambung Pengajian Master Dan Tips Buat Research

Assalamualaikum Semua pembaca blog sekalian, 

Lama nya tak update blog. Sudah 5 bulan agaknya. Maaflah semua. Sangat sibuk dengan dunia pelajar postgrad nie. Entry kali nie mengenai pengalaman saya sendiri sambung master dan sedikit tips buat mereka yang tengah start nak buat Master atau phD research. Huhu. Saya dah update sebenarnya cara-cara nak apply master di post sebelum nie 

Seperti yang saya janjikan yang saya akan post mengenai kos master yang saya ambil sekarang nie dan pengalaman bila berada di dunia student postgrad nie. Nak sambung belajar nie memang kena banyak buat research dulu sebelum decide kos apa kita nak ambil bila nak buat master atau phD. Tambahan lagi, banyak universiti di Malaysia mahupun di oversea yang menawarkan kos yang hampir sama. Di Malaysia sahaja dah berapa banyak universiti awam di campur pulak dengan universiti swasta. Dengan kos yang bermacam-macam lagi la memeningkan. Iyaa dok? Huhi

Kos master yang saya ambil sekarang adalah master of management, specialization technology management di UTM Skudai. Kenapa saya ambil kos nie? Sebab kos nie sama dengan saya punya degree di UMP dulu. Saya fesyen tak suka campur kos. Lebih suka fokus pada satu bidang sahaja. Kos master di UTM nie mixed mode which means that saya ambil coursework dan juga research. Mode campur la senang cerita. Sebab apa saya ambil mode nie, sebab saya nak rasa dua dua mode, kelas dan juga research. Lagi senang. Haha. UTM juga menawarkan research mode juga untuk kos nie tapi fokus buat research jelah. Ade juga kelas tapi kelas research method dan TITAS sahaja. Kalau mixed mode ade subjek lain yang kena ambil contohnya, finance, marketing, operation management, managing change, and innovation. First semester biasa kena gi kelas macam biasa, then 2nd semester baru daftar buat research. Sekarang saya dah semester 5 dan bukan grad on time la. Kenapa tak grad on time? Sebab sangkut tang research. Main main je buat, sebab tu kena extend. Nasib dapat sv yang memang baik gila. Asal jumpa je seru nama solehan. Bila lama tak jumpa dia akan tanya 'awak apa khabar?' Lecturer yang tak pernah lekang dengan senyuman. Hahaha. Nasib la dapat anak murid macam saya nie. Bila nak jumpa, baru prepare apa yang patot. Nak jumpa main wasep je padahal kena set appointment at least 24 jam sebelum appointment time. Hahaha maap Dr. Umar. Lain kali saya akan behave. Huehehe. Jangan contohi saya ye pembaca sekalian. Nak jumpa sv mohon set appointment. Huhi. 

Bila berada di dunia student master nie, macam macam dugaan dan cabaran saya hadapi. Berendam air mata jugak la. Sampaikan pernah terlintas di fikiran nie nak berenti belajar pun ada. Seriesly. Pengalaman pertama sekali, bila berhadapan dengan kekurangan wang belanja. Saya sambung master hanya bergantung harap dengan biasiswa myBrain15. Biasiswa nie hanya tanggung student punya yuran pengajian sahaja. So paham paham la, duit untuk makan, topup, minyak kereta semua harapkan duit parents. Kat UTM nie saya terpaksa guna kereta sebab fakulti dan kolej kediaman tersangat la jauh. Nak gi kafe makan pun kena guna kereta. So, berjimat sangat la penting. Kadang nampak je benda yang kita nak sangat beli, tapi bila memikirkan duit parents bagi untuk makan semua tu, saya terpaksa abaikan. Stail saya pulak, kalau duit parents bagi memang saya guna untuk makan, topup minyak kereta semua tu lah. Kalau nak beli baju ke, seluar ke, memang saya akan guna duit sendiri. Dugaan tu. Huhu. So, sekarang nie, memang saya ade buat keje sambil sambil contuhnya ambil upah buat assignment orang, tolong lecturer buat keje, ataupun join skim pelajar bekerja (SPB). 

Yang kedua, research. Haaa ini memang cabaran paling berat bagi student postgrad. Buat research dah memang menjadi adat resam student postgrad. Takkan boleh lari punya. Even korang ambil coursework pon ade research jugak tapi tak seberat master by research la. Apa cabaran buat research? First sekali tajuk. Nak buat research kena tahu tajuk research korang dan apa yang korang nak kaji. Bayangkan bidang yang korang ambil pon luas. Kena kecikkan la skop research tu. Huhu. Then jumpa sv tak boleh dengan tangan kosong. Setiap kali jumpa sv kena tunjuk progress korang. Haaaa standard la tu. Jangan pergi jumpa sv korang tanpa sebarang persediaan. Nanti diorg halau balik nanti. Haaaa. Yang penting kena tahu basic pasal research korang tu. Untuk yang zero knowledge macam mana nak buat research dan carik apa yang korang nak kaji, meh saya bagi tips sikit.

Carik Rujukan

First sekali, carik la jurnal-jurnal yang berkaitan dengan research korang. Baca dan hadamkan. At least, korang dah jimat masa untuk buat rujukan nanti. Dari situ, korang dah dapat gambaran sikit apa yang korang nak kaji nanti. And at least bila korang jumpa sv boleh tunjuk sikit apa yang korang dah buat. Carik references dan buku buku, thesis thesis senior sebagai rujukan/ ilmu-ilmu asas. Cara nak carik rujukan sangat penting samada korang google je ataupun pergi je ke library database. Macam sv saya ajar, pergi je kat google scholar. Taip keyword haaa keluar la list-list dia tu. Kadang ada paper yang kena bayar. Bese saya mintakkan kawan dari universiti lain tolong downloadkan. Huhehuhe.

Basic Knowledge Pasal Komputer

Lagi satu, haaa basic knowledge pasal komputer kena ada beb. Zaman laa nie memang semua penulisan guna komputer terutamanya Microsoft office (Microsoft word, excel, power point). Lagi satu kena mahir software jugak. Macam saya, research saya kena analyze pakai SPSS. So, sedikit sebanyak kena tahu basic software nie. Kalau tak, macam mana nak analyze data. Huuuu. Selain tu, kalau nak buat rujukan, ade software yang boleh manage korang punya rujukan nanti. Senang just copy paste je masukkan dalam ruang references dalam thesis korang seperti Mendeley or Endnote.
Saya guna mendeley untuk manage references thesis saya. 

Penulisan

Ade certain certain perkataan atau ayat yang tidak boleh di tulis dalam thesis. I mean it is not sound like academic punya penulisan la. Maksudnya, penulisan mestilah kena formal. Nie sv saya ajar la. Contoh perkataan yang prohibited dalam academic penulisan adalah 'for sure', 'dare', atau ayat ayat yang macam keras la. Kiranya tak sesuai la perkataan tu. Hoho. Lagi satu, rujukan kena yang latest punya. Maksudnya, tahun tu elakkan ambil yang 1990 ke atas lagi-lagi fakta. Dan ayat fakta kena state reference/sumber dan tahun berapa. Kena alert.

Istiqamah

Haaa ini paling penting. Sebab kita buat research tak sama macam belajar dalam kelas. Research nie bila tak siap, selagi tu korang kena hadap sampai muntah. Bila tak siap, melangau la korang. Haha. Apa yang penting korang kena istiqamah. Setkan sehari tu berapa jam fokus pada research. Macam sv kawan saya, dia setkan 8 jam sehari ngadap research dia masa phD dulu. Ikotla  nak ngadap 2 jam je ke, tapi bila 8 jam, so maksudnya kena ngadap thesis tu 4 kali la sehari. Cukup kan 8 jam. Haaaa, kalau saya tak sanggup kot. Saya ikot mood. Kadang kalau rajin, memang siang sampai malam saya ngadap. Tapi, bila dah jumpa sv, saya tak pandang dah research tu. Tengok hari lain pulak. Haha maap sv. Hehe.

Persediaan Mental

Haaa ini pon penting jugak. Macam yang saya mention la, bila kita buat research, memang macam-macam dugaan ada. File kena virus la, file hilang la, laptop rosak la, sv reject chapter korang la. Kena buat semula, kena repair balik la bagai. So, saya nasihatkan buat backup. Simpan file thesis korang kat mana-mana la, email ke, google drive ke. Jangan simpan kat pendrive sebab pendrive senang kena virus. So bila hadapi benda-benda macam nie, be positive. Ohhh ya, menda-menda seperti gugur rambut dan muka timbul jerawat tu menda biasa bila berada di dunia postgrad nie. Hahaha. Ingat, setiap kejayaan takkan datang bergolek tanpa jerit perih yang kita hadapi. Thats why nak berjaya sangat susah. And then, jangan tinggalkan research korang tu lama sangat. Sat lagi nak recap balik, haaa nangis nanti. Lagi satu, carik la kawan-kawan dan sv kita untuk mendengar dan sentiasa cuba dan terus mencuba. Ingat, mental memang kena kuat bila kita jadi student master dengan phD nie. Dan jangan overload sangat. Rehatkan la minda dan badan anda tu. Petang-petang tak buat kerja, pergi la joging. Cewahhh. Hoho

Haaa tulisan merah merah tu sv saya yang conteng. Huhu
Haaaa nie salah satu yang sv saya conteng lagi. Nie 1st time jumpa dia la nie. Huhu
Nie full proposal thesis. Nie after defense proposal. Viva exam belum lagi yer. Huhu
So, konklusinya, sambung master dan phD bukan la sesuatu yang senang. Nanti bila korang naik pentas pegang skrol master phD, mesti korang nangis punya bila pikir apa yang korang lalui nie. Cewahhh. Ingat balik apa tujuan korang sambung belajar nie. Pokok pangkalnya, niat kita nie nak tuntut ilmu. Sebab tu ianya di anggap ibadah. Kerana apa? Kerana menuntut ilmu adalah jalan menuju Syurga dan sesungguhnya, Allah S.W.T mengangkat darjat ahli ilmu di dunia dan akhirat. So, sapa sapa yang ada niat nak sambung belajar tu, good luck and all the best. Kepada sapa-sapa yang masih dalam perjuangan untuk memegang skrol master dan phD, jangan putus asa, jangan putus harap. Survive la selagi boleh. Ingat orang tersayang. Malaysia boleh. Ehehehe