Rabu, 23 Ogos 2017

Kimchi Mat Kimchi

Assalamualaikum Semua Pembaca Blog Sekalian....

Hari tu saya ada janji yang saya nak update entry pasal make-up kan. Tapi disebabkan gambar barang make-up saya tak ambil lagi, dengan masih dalam mencari maklumat pasal make-up, saya tangguhkan dulu. Hari ni nak update pasal makan. Hehehe...

Makanan yang saya nak cerita dalam entry kali ni adalah KIMCHI. Umum tahu kimchi adalah makanan dari Korea. Siapa-siapa yang rajin tengok drama Korea tak pun tengok Running man je dah cukup tahu dah pasal makanan ni. Kimchi ni macam sayur jeruk la. Ada kubis, sayur, lobak merah. Kimchi pun ada banyak jenis juga. Ada timun kimchi la, kimchi lobak putih la bagai. Resepi nya korang google je. Ade banyak resepi yang mudah nak buat Kimchi. Biasa saya tengok youtube je. Ade satu chef dari Korea nama Maangchi, dia tu banyak share pasal buat Kimchi. 

Orang Korea cakap, kalau perempuan pandai buat Kimchi, maknanya dia memang pandai masak. Mungkin kat sana, basic lauk kot untuk diorang kalau nak makan. Bagi yang tak tahu, kimchi ni bukan hanya untuk makan dengan nasi, tapi nak makan dengan bubur boleh, ramyeon pun boleh. Ada juga yang buat sup kimchi, nasi goreng kimchi pun boleh. 

Kalau korang tak reti nak buat kimchi, meh saya share satu brand kimchi segera yang saya selalu beli. Chongga Mat Kimchi. Sebab dia tulis dalam bahasa Korea jadi tak tahu apa nama dan jenama dia. Baca English jelah. Asalnya, saya pun tak boleh masuk tekak juga dengan kimchi ni, sebab pernah try kat Dubu-Dubu kat Midvalley, KL, rasa pelik la. Dalam kepala fikir, tang mana sedap nya Kimchi nie? Sampailah kawan saya bagi saya rasa yang brand ni baru boleh masuk tekak. Yang jenama nie series rasa sedap. Halal, jangan risau. Ade cop halal kat atas packaging ni, iaitu halal dari Korea. Meh saya share gambar packaging dan rupa kimchi nya. 


Ni packaging depan.
Nampak je merah tu, tak pedas pun. Banyak rasa bawang putih dengan cuka la. Rasa masam sikit.


Ni rupa Kimchi nya. Yang putih tu bahan nak bagi kimchi tahan lama. Jangan makan pula.

Nie rupa packaging belakang.


Inilah kimchi. Merahh bak hang..
Ni contoh saya campur kimchi dalam maggi. Sorry dah nak abes baru ingat nak ambil gambar

Okeh, kepada yang nak cuba tu boleh la cari di pasaraya. Saya biasa cari kat pasaraya Aeon. Di datangkan dengan dua saiz. Kecil harga RM 9.90 200gram. Yang besar tak rasanya RM 17.90 tak ingat berapa gram. Korang boleh la google resepi nak buat stew kimchi ke, ramyeon ke, boleh la letak kimchi ni terus, selain makan dengan nasi. Okeh, selamat mencuba. Adious. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan