Khamis, 17 Ogos 2017

Daily Skincare Routine Pada Waktu Malam (Entry 1)

Assalamualaikum Pembaca Blog Sekalian..

First sekali, mohon maaf ye. Dah lama sangat tak update blog. Agak busy juga la. Ke sana ke mari. Tengah struggle siapkan thesis yang hanya tinggal beberapa kerat je lagi nak siapkan nie. Huhu. Doakan saya abes cepat. 

Okeh. Entry kali nie mengenai routine saya pakai skincare pada waktu malam. Haaaa entry sebelum sebelum nie mengenai tips nak jaga kulit muka atau list produk skincare yang saya pakai. Tapi entry kali nie berbeza sikit. Yang nie, saya akan listkan turutan produk yang patot di pakai first dan last.  Haaaa. Okehh saya akan bagitahu skincare routine pada waktu malam dahulu. Waktu siang saya akan update di entry 2 sebab tulis panjang panjang nanti ngantuk pula korang baca. Huhuhu

Pakai skincare routine nie mesti kena ikut turutan. Jangan main taramm je pakai. Betul. Sebab tu bila baca kat direction produk, pakai toner mesti lepas kita cuci muka. Sebab tu sebelum pakai, baca direction kat produk tu. Biasa diorang akan bagitahu. Okeh skincare yang saya pakai waktu malam bermula dengan cleanser dahulu. Cleanser yang saya pakai pada waktu malam adalah Hada Labo Tamagohada AHA BHA acne control. Cleanser nie buih dia heavy sikit. Malam memang kena pakai cleanser yang buih sebab nak buang kotor kotor kat muka kita nie setelah seharian berdepan dengan habuk habuk udara. Cehhh. Lagi satu, malam adalah peluang untuk kita rawat kulit muka tau. That why kita kena pakai cleanser yang banyak buih. 

Lepas pakai cleanser, saya akan pakai toner. Toner yang saya pakai adalah Hada Labo Tamagohada Mild Peeling Lotion. Haaa boleh google atau tengok kat post saya sebelum nie. Toner nie best sebab tak melekit. Lagi pun, dia ada glyconic acid yang boleh remove dead cell. Cara saya pakai saya dah ceritakan dalam post sebelum nie. After pakai toner, saya pakai serum. Serum nie saya baru cuba. Al maklum la, student macam saya mana mampu nak beli serum. Maheiii wehh. Nie pun sebab dapat duit raya. Hahaha. Serum saya pakai adalah Bio-essence Bio-energy snail. Ini adalah snail secretion repair serum. Serum nie sebenarnya adalah the most treatment skincare tau. Orang yang kulit bermasalah memang wajib pakai serum. Serum nie memang saya suka sebab senang absorb dalam kulit. Cara saya pakai selalu saya letak setitik kat dahi, hidung, dagu dan pipi dengan menggunakan absorption yang dah ade kat serum tu. Lepas tu dap dap kan sahaja bagi dia serap ke dalam kulit. Serum nie yang bagus sebab dia ada collagen, boleh repair parut jerawat dan jerawat, anti aging, and protect skin dari harmful pollutants. Serum ni boleh dapat kat Watsons or Guardian. Pasaraya ada jugak. 
Serum Bio-Essence Snail. 
Lepas pakai serum, barulah pakai moisturizer. Moisturizer yang saya pakai Hada Labo Hydrating Cream with A.C.E Booster Capsule. Haaa ini moisturizer best sebab dia ade vitamin A, C, dan E dalam cream nie. Krim nie ade biji biji warna oren, macam scrub tapi bukan scrub. Biji biji inilah ade ketiga-tiga vitamin tu dan bila apply kat muka kita, dap dapkan aja biji tu then biji tu akan hancur dan meresap ke kulit kita. Krim nie pon ada empat jenis Hyaluronic acid yang akan lock kelembapan di muka korang. Krim nie boleh dapatkan kat Watsons or Guardian juga. 
Tengok. Ade biji-biji oren dalam krim tu

Hada Labo A.C.E Hydrating Cream


Last step, baru pakai ubat jerawat atau ubat parut jerawat. Saya pakai ubat jerawat kalau ade jerawat naik kat muka nie. Ubat jerawat yang saya pakai adalah Aiken Tea Tree Pimple Cream. Kalau pakai masa jerawat tengah teruk, memang gatal dia aduhhh rasa macam nak garuu je. Tapi kalau dah pakai dua tiga kali memang jerawat kecut. Ubat parut jerawat pula saya pakai bio-oil je. Kalau tanya saya, bio-oil berkesan ke pakai kat parut? Berkesan tapi kesan nya lambat la. Bukan senang nak remove parut weh. Kalau nak tengok produk bio-oil, korang boleh pergi kat previous entry kat blog nie. Huhuhu

Ubat jerawat Aiken
Mesti ada yang tanya, perlu ke pakai banyak banyak skincare nie kat muka? Cuci muka je tak cukup? Bagi saya tak, sebab tiap-tiap produk tu function dia tak sama. Kadang lepas kita cuci muka, kita akan perasan muka kita akan kering kan? Then, we should pakai toner and moistorizer untuk bagi balik kelembapan kat muka. Kelembapan penting tau supaya masalah kulit tak timbul semula. 

Untuk tambahan, dua atau tiga kali seminggu saya akan pakai mask pada waktu malam. Mask yang saya pakai sekarang adalah Garnier Skin Natural Pure Active 3 in 1. This mask best gila. Pakai rasa panass je muka. Mask nie memang sesuai untuk orang yang muka oily and berjerawat. Kenapa 3 in 1? Sebab dia ada tiga fungsi yang boleh diguna. Sebagai cleanser pon boleh, sebagai scrub pon boleh, sebagai mask pon boleh. Saya hanya guna sebagai mask je. Apply kat muka then biarkan selama 3 ke 4 minit then bilas. Diperkaya dengan tanah liat putih, masker nie boleh menjadikan toner kulit sekata tau. Bau pun best. Selain Garnier, saya pon amalkan pakai bedak sejuk dengan kunyit. Campur je bedak sejuk dengan kunyit then tempek kat muka. Kunyit tu bagus untuk matikan kuman jerawat. Mask nie saya pakai sebelum saya cuci muka. Maksodnya, pakai mask dahulu, then bilas. Tunggu bagi muka kering. Lepas tu, baru cuci muka macam biasa.

Muka depan. Tengok ade tulis 3 in 1. 
Boleh baca direction kat belakang nie macam mana nak pakai.

So konklusinya, pakai foam cleanser dulu, lepas tu toner, lepas tu serum, moisturizer then baru ubat jerawat atau parut jerawat. Setakat nie saya pakai, jerawat dah kurang sikit la dari yang dulu-dulu. Okeh tu aja nak update. Nanti saya update entry ke-2 untuk skincare routine waktu siang. Adious. 

5 ulasan:

  1. Nak tanya masker tu pakai selepas apa ye?

    BalasPadam
  2. Nak tanya masker tu pakai selepas apa ye?

    BalasPadam
  3. Hi...thank you kepada blogger ini untuk membenarkan saya post disini. Saya ingin let go tanaka white day cream kerana baru sedar bahawa saya allergic dengan krim ini. Saya pakai dekat seminggu. 95% ada lagi. Saya nak let go murah2 juga. Saya juga ada beberapa item Nano white. Berminat sila call atau watsapp 012 2176378. Thank you...😊

    BalasPadam
  4. Saya nak tanya , saya pakai ubat jerawat adapalene . jadi malam saya baru sapu adapalene . krim pelembap malam saya nak pakai time bila ye ?

    BalasPadam
  5. bedak sejuk kiranya pakai sebelum cuci muka or selepas cuci muka, boleh ke saya pakai bedak sejuk selepas saya pakai serum

    BalasPadam